Cara Mudah Untuk Renew/Memperbaharui Kad Debit RHB Bank Tanpa Pergi Ke Cawangan | Winichelen Wongkin
Semenjak Pandemik melanda negara tempoh hari tiap kali ada urusan penting seperti memperbaharui cukai jalan, urusan di penjabat pendaftaran, imigresen memerlukan temujanji dan ini pastinya mengambil masa yang lama kerana ramai yang mempunyai urusan sama juga terbengkalai lama.
Sesiapa yang punyai perbankan internet pasti dapat selesaikan dengan mudah.
Langkah 1: Login ke RHB NOW jika korang melihat ada pop up yang keluar tekan 'NOT NOW'. Seterusnya masukan ID dan kata laluan seperti biasa.
Langkah 2: Tekan MENU dengan menekan 3 garisan di sebelah atas kiri dan skrol ke bawah sehingga jumpa simbol bintang 'APPLY'.
Langkah 3: Masukkan no kad debit semasa anda, tarikh luput, serta alamat penuh untuk penghantaran kad yang baharu. Kena pastikan bahawa alamat itu akan terus sampai ke penerima dan bukannya menggunakan peti surat.
Langkah 4: Setelah selesai kita akan menerima TAC untuk tujuan pengesahan. Selesai! Kita hanya menunggu kad debit yang baharu untuk tiba.
0 Comments