Pesta Magahau Rungus, Gimpuhut dan Pengalaman Menyertai | Winichelen Wongkin
Sumber: Facebook. Pesta Magahau Zon Beluran 2021


Magahau merupakan suatu perayaan yang sangat sinonim dengan masyarakat Rungus, di Sabah. Yang membawa maksud kegembiraan. Menurut Esterlina dan Mohd Kipli dalam kajian mereka Magahau merupakan suatu perayaan besar-besaran etnik Rungus sebagai tanda kesyukuran atas nikmat kesejahteraan hidup. Ia tertakluk kepada kepercayaan tradisi etnik Rungus, sebab itu ia tidak boleh disambut sewenang-wenangnya tanpa persiapan yang rapi dan melakukan upacara ritual seperti lumuvas dan mamapak. 

Pesta Magahau Rungus, Gimpuhut dan Pengalaman Menyertai | Winichelen Wongkin
Sumber: Facebook. Pesta Magahau 2019

Pada awalnya etnik Rungus ini mengamalkan kepercayaan Labus atau Animisme sebelum kedatangan agama Kristian atau Islam. Kepercayaan ini berkaitan dengan pemujaan pelbagai semangat atau makhluk halus yang bersifat sakti. Menurut Porodong (2012), ia menjelaskan bahawa sistem kepercayaan etnik Rungus ini mempunyai dua dimensi yang mana ia mempunyai alam manusia dan alam ghaib (supernatural). Alam ghaib ini mempunyai kuasa osundu (kuasa baik) dan kuasa rogon (kuasa jahat atau hantu). Manakala menurut Raymond Majumah (2015) pula kepercayaan animisme ini berkait rapat dengan upacara ritual yang berbentuk penyembahan. 


Pesta Magahau Rungus, Gimpuhut dan Pengalaman Menyertai | Winichelen Wongkin
Sumber: Facebook 

Untuk julung kalinya Pesta Magahau ini pasti diraih dengan penuh gilang gemilang. Antara program yang semestinya menjadi tumpuan ramai dalam pesta ini ialah Gimpuhut (Ratu Cantik) bagi etnik Rungus. Selain Monurizak (pertandingan menyanyi) dan Hontira (permainan tradisi).

Sumber: Facebook. Press Conference Monurizak 2021

Gimpuhut ini dipertandingkan dan terbuka kepada gadis-gadis yang berbangsa Rungus atau kacukan KDMR. Yang mana gadis-gadis ini memakai pakaian tradisi etnik Rungus dan berbahasa Rungus. Mereka akan di nilai dari segi penyampaian, persembahan, kepetahan berkata atau pengucapan awam, dan juga sesi soal jawab. 

Kali ini Winy sendiri berpeluang untuk sertai Mitarab Gimpuhut Momogun (Pertandingan Ratu Cantik Etnik Rungus), bertanding bagi Zon Beluran dan memenangi pertanding ini seterusnya mewakili Beluran untuk peringkat negeri kelak. Mitarab Gimpuhut ini dibahagikan kepada 7 zon yang mana peserta akan berentap di bahagian zon terlebih dahulu dan seterusnya ke peringkat negeri yang mana ia selalunya di buat pada kemuncak Pesta Magahau. 

Dan pada tahun ini ia akan di adakan pada 12.12.2021 di Sabah International Convention Center. 

Winy sangat berbesar hati untuk sertai Mitarab Gimpuhut ini kerana ini mendalami lagi ilmu berkenaan dengan etnik Winy sendiri iaitu Rungus.

Bagi gadis-gadis yang mempunyai rupa paras yang rupawan bolehlah menyertai pertandingan ini di masa akan datang. Ini kerana, bukan sahaja kita mempunyai pengalaman yang berharga malah kita boleh mengetahui lebih banyak benda lagi. 

0 Comments