Bagaimana Saya Membeli Kereta Dengan Bonus Shaklee | Winichelen Wongkin


Hai semua,

Sudah lama Winy impikan untuk dapat kereta sendiri.

Sampaikan pernah di ketawakan oleh seseorang sebab Winy bagitau sebelum ada kereta Winy tidak mau kahwin. Orang ni kata Winy bakal jadi andartu. 

Tapi benda tu sikit pun tidak terkesan dalam hati. Malah menjadi penguat semangat Winy. Tiap kita punya prinsip dan impian yang berbeza kan, saya hormati tiap pendapat.

Kisahnya dah berkali cuba untuk loan kereta namun tidak lepas-lepas. Bukan sekali dua ya, imagine dari tahun 2017 lagi, hampir tiap suku tahun Winy cuba untuk loan. Sehingga 2-3 jenis slip gaji Winy sertakan sekali, bagi depo juga. Winy buat pekerjaan lebih dari 1 ya penat badan tu jangan cakaplah. Kah! Winy tidur hanya 3-4 jam sehari. Mungkin sebab ini punca utama kesihatan Winy jatuh tahun 2019 dulu admitted dan minor surgery. 

Jawapannya tetap 'TIDAK LAYAK' Sampai terfikir apa masalah diri sampaikan susah sangat nak lepas loan.

Antara sebabnya. Rekod terlalu bersih (basically Winy memang 0 loan di mana-mana bank, PTPTN juga sudah habis bayar semasa selesai pengajian sebabnya lagi selesa bila kita bebas hutang), perlu penjamin, score tidak cukup.

Even pernah cuba untuk loan sebiji laptop yang harganya di bawah 2000 juga tidak lepas. Apakan daya hanya mampu bersabar. Sahabat-sahabat yang rapat dengan Winy memang tahulah kisahnya. 

Bagaimana Saya Membeli Kereta Dengan Bonus Shaklee | Winichelen Wongkin


Dan sekali lagi Winy cuba kali ini hanya menggunakan payslip Shaklee untuk loan kereta pada tahun ini, jaga sehabis baik rekod dan statement. Itupun masih lagi rasa tidak yakin sebab berkali-kali mencuba masih tidak lepas. Hantar permohonan, tidak sampai 2 minggu loan lulus, dapat pula rate yang memang berkenan sangat dihati. Proses pula sangat smooth.

Serius tidak berhenti Winy ucapkan rasa syukur, sebak sangat rasa bila dealer bagitau loan kereta Winy dah lulus. Uwaaahhh... After so many years. ;")

Berkali-kali cuba dan gagal namun kali ni hanya gunakan slip Shaklee sepenuhnya Winy lepas loan kereta ni dengan menggunakan nama Winy sorang saja, tanpa penjamin. 

Bagaimana Saya Membeli Kereta Dengan Bonus Shaklee | Winichelen Wongkin


Bagaimana Saya Membeli Kereta Dengan Bonus Shaklee | Winichelen Wongkin



Rasa bersyukur sangat. Apa yang Winy impikan sekian lama kini jadi kenyataan. He is beyond great. I am forever grateful. Thank you Lord. 

Not my dream car, but still really close to my heart because this is my first car. 

Terima kasih juga buat tiap doa-doa yang dihantar mungkin ini juga menjadi asbab proses permohonan Winy menjadi lebih mudah. 

Lebih menyeronokan lagi Shaklee yang akan tolong bayar installment tiap bulan sebabnya Winy ada bonus kereta daripada Shaklee. Duit bonus lain untuk keperluan lain, untuk tabungan dan boleh jadikan pelaburan juga. 

Percayalah slip Shaklee tidak akan mengecewakan. I prove it. 

Tugas kita untuk jaga bisnes kita sehabis baik dengan penuh etika, jaga slip dan berusaha sehabis baik.

Sekian coretan untuk menginsipirasi anda. Dont get it wrong ya. I just feel like over the moon and happy to share with you guys my story. 





4 Comments

  1. Uwarrghh sebak baca. After so many years. Dan berkali-kali tak lepas. Akhirnyaa berjaya juga keluarkan kereta.

    Syukur.

    Tahniah Winy 💗

    ReplyDelete