Kelebihan CoQ10 yang ramai orang tidak tahu lagi | Winichelen Wongkin


Seperti yang kita tahu CoQ10 ini tertumpu banyak di organ-organ penting seperti jantung dan otak untuk menyokong kesihatan jantung dan otak kita. Tapi tahukah anda bahawa CoQ10 ini mempunyai kelebihan yang lain lagi? Jom kenali.

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan kulit dan ingin kelihatan kekal remaja, CoQ10 ini membantu dalam meremajakan kulit. Semakin meningkat usia dan tanda-tanda penuaan pada kulit pula semakin kelihatan boleh dilambatkan dengan pengambilan CoQ10 yang mencukupi. Ia berfungsi untuk memelihara kulit kita dengan menggalakkan pembaikpulihan sel, meningkatkan pengeluaran sel yang sihat dan mengaktifkan kembali sel-sel baru dengan lebih efektif.

Selain itu, CoQ10 juga membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka. CoQ10 membantu dalam penghasilan semula tisu-tisu yang rosak dengan meningkatkan penghasilan sel baru, pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen ke dalam tisu yang perlu di baiki. Dalam pada itu, CoQ10 juga berperanan dalam menurunkan keradangan. Menurut kajian juga menunjukkan bahawa CoQ10 membantu dalam meningkatkan kekuatan otot dan jisim otot fast-twitch (type-II) yang mana ia merupakan otot yang menjana kuasa dan kekuatan. Ia jug bertindak dalam mengurangkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel otot kera tinggi kadar antioksida.
Oleh itu tidak hairanlah CoQ10 ini merupakan salah satu nutrisi yang penting dalam mengekalkan kesihatan kendiri.Dan berita baik untuk kita semua, CoQ10 ini boleh juga di dapati dalam bentuk suplemen. Namun sila berhati-hati ketika memilih produk.

0 Comments