Tuesday, 14 September 2021

Tanda-Tanda Anda Mengalami Masalah Kelesuan | Winichelen Wongkin

 

Tanda-Tanda Anda Mengalami Masalah Kelesuan | Winichelen Wongkin

Secara umumnya kelesuan merupakan keadaan apabila badan berasa sangat penat, kurang kapasiti untuk bekerja atau terlalu mengantuk sehingga mengganggu fokus. Terdapat beberapa cabang kelesuan ini. Iaitu melibatkan fizikal, mental dan juga emosi.

Masalah ini jika berlanjutan maka banyak kemungkinan yang tidak baik berlaku. Contohnya, kemalangan jalan raya. Banyak kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh pemandu yang terlelap, terlalu penat. Oleh itu, jika anda mengalami gejala-gejala seperti berikut silalah berjumpa dengan pakar jika ia sudah menggangu aktiviti harian.

1. FIZIKAL
  • Menguap berkali-kali sepanjang hari.
  • Mata terasa berat dan sering tertutup.
  • Mata berair dan sering menggosok.
  • Sakit kepala.
  • Pening dan loya.
2. MENTAL
  • Sukar untuk fokus.
  • Sensitif dan mudah tersinggung.
  • Mudah terlupa dan sering melakukan kesilapan kecil, yang biasanya tidak dilakukan.
  • Komunikasi yang kurang berkesan.
3. EMOSI
  • Kurang motivasi
  • Mudah marah
  • Suka memendam dan mendiamkan diri
  • Tidak lagi seronok melakukan aktiviti yang selama ini disukai
Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlajutan kerana akan memudaratkan kesihatan. Pastikan rehat yang mencukup dan mengamalkan diet yang seimbang.


Boleh lihat juga:






0 comments:

Post a Comment