Thursday, 16 September 2021

Manfaat/Kelebihan CoQ10 Untuk Kesihatan| Winichelen Wongkin

Manfaat/Kelebihan CoQ10 Untuk Kesihatan| Winichelen Wongkin


Menurut kajian keperluan CoQ10 bagi orang dewasa untuk bekerja dan melakukan aktiviti seharian ialah 100mg. Dan ini akan memberikan banyak manfaat kepada badan. CoQ10 ini secara amnya dihasilkan oleh badan kita melalui pengambilan makanan yang tinggi kadar CoQ10. Namun semakin meningkat usia bilangan penghasilan CoQ10 semakin berkurangan, tubuh akan mengalami kesukaran untuk CoQ10 dan menyebabkan aktiviti kehidupan seharian merosot.

Mereka yang mengambil Statin, ubat untuk rendahkan paras kolestrol memerlukan lebih banyak CoQ10 kerana ubat ini akan mengurangkan kadar penghasilan CoQ10 sebanyak 40%.

CoQ10 yang kita tahu lebih banyak tertumpu di organ-organ utama yang melibatkan banyak tenaga seperti otak, hati dan jantung. Peredaran darah yang baik dan lancar menjadi indikasi bahawa jantung kita kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan lancar dan bertenaga, CoQ10 amatlah perlu untuk menguatkan otot jantung, menyokong fungsi jantung yang sihat, dan meningkatkan paras tenaga kepada mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti Statin.

Dalam pada itu, CoQ10 juga sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk dapatkan zuriat. Hal ini kerana, CoQ10 kaya dengan antioksidan yang melindungi sperma (bagi lelaki) daripada radikal bebas dan meningkatkan jumlah bilangan sperma. Bagi wanita pula CoQ10 ini mampu meningkatkan kualiti ovum agar lebih sihat dan mudah untuk mensyewakan sperma.

Bagi mereka yang sering mengalami masalah pening kepala atau migrain CoQ10 dikatakan boleh mnegurangkan simptom kerana ia bertindak melindungi saraf, membantu dalam mengurangkan pembentukan plak amiloid, yang menjadi punca utama penyakit Alzheimer di dalam otak. Selain itu ia juga mampu untuk menjana fungsi otak yang baik dengan membantu meningkatkan fokus dan fungsi sel-sel otak.
Bagi mereka yang melakukan aktiviti yang menggunakan penggunaan minda atau melakukan pekerjaan di bawah tekanan seperi bahagian pengurusan. Pengambilan CoQ10 yang mencukupi semestinya perlu.

Boleh tengok:

0 comments:

Post a Comment