Thursday, 16 September 2021

Apakah Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Coenzyme-Q10 (CoQ10) | Winichelen Wongkin

 

Apakah Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Coenzyme-Q10 (CoQ10) | Winichelen Wongkin

Coenzyme-Q10 atau lebih dikenali sebagai CoQ10 "Ko-Q-Ten" ini merupakan komponen penting dalam penghasilan tenaga di peringkat sel badan. Ia berada di dalam mitokondria, yang merupakan stesen janakuasa sel kita. Tanggungjawab utama CoQ10 ini untuk menghasilkan tenaga di setiap sel. CoQ10 ini merupakan nutrien yang larut dalam lemak, yang terdapat dalam hampir semua sel. Juga merupakan antioksidan semulajadi. CoQ10 ini bertindak sebagai palam pencucuh (spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP) - Adinosine Triphosphate.

Apakah Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Coenzyme-Q10 (CoQ10) | Winichelen Wongkin
Sumber: Google

Coenzyme-Q10 ini juga boleh dikenali sebagai Vitamin Q yang mana ia merupakan sejenis bahan yang boleh di dapati di jantung, hati dan otak kita. Namun bilangan CoQ10 ini lebih tinggi di jantung kita kerana jantung memerlukan lebih banyak tenaga untuk mengepam darah keseluruh badan. Semakin meningkat umur pula bilangan CoQ10 semakin berkurangan, walhal kita perlukan lebih banyak tenaga untuk melakukan pekerjaan seharian.

CoQ10 merupakan bahan asas dalam penjanaan tenaga sel. Ia berfungsi secara berpanjangan untuk memulakan dan menghasilkan tenaga. Apabila sel-sel manghasilkan tenaga yang banyak, badan anda mempunyai tahap tenaga yang baik akan meningkatkan tahap stamina dan juga meningkatkan kesihatan anda secara menyeluruh.

Jantung ialah organ yang bekerja keras di sepanjang hayat kita dan semestinya memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja. Justeru itu, bilangan CoQ10 yang ada pada jantung juga memainkan peranan kelancaran darah di pam keseluruh badan. Apabila tahap CoQ10 di tahap yang optimum maka jantung kita boleh mengepam darah keseluruh badan dengan lebih cekap dan efektif.
Justeru, adalah dinasihatkan untuk mengambil makanan yang bersesuaian dan cukup untuk penghasilan CoQ10 dalam diet seharian kita.











0 comments:

Post a Comment