Sunday, 22 August 2021

Mangavol: Adat Dan Pantang Larang | Winichelen Wongkin

 

Mangavol: Adat Dan Pantang Larang | Winichelen Wongkin

INAVOL merupakan satu karya berharga turun-temurun etnik Rungus. Dengan corak yang unik dan menarik menambahkan lagi serinya. Dan sudah pasti memerlukan ketelitian dan kesungguhan yang tinggi dari si penenun.
Malah karya ini tidak boleh di tenun sewenang-wenangnya kerana ia mempunyai pantang larang yang tersendiri.

NOTA:
INAVOL = HASIL TENUNAN
MANGAVOL = MENENUN

Cerita bermula apabila gadis Rungus bernama RONGKIGO berjalan mengambil air di sungai dan terdengar bunyi yang belum pernah di dengarinya. Lalu dia pun berjalan ke arah bunyi itu dan terlihat sebuah rumah panjang. Lalu ternampaklah dua orang gadis yang sangat rupawan sedang ‘Mangavol’ duduk bertentangan. Dikatakan turun dari Kayangan.


Mangavol: Adat Dan Pantang Larang | Winichelen Wongkin
Tapi Tinongkupan


Seorang sedang menenun ‘TINONGKUPAN’ (Pakaian wanita Rungus) yang bernama LAMBING SILAD dan seorang lagi sedang menenun ‘BADU’ (Pakaian lelaki Rungus) yang bernama PITAS NGADAU. Badu’ dikatakan panas dan Tinongkupan itulah penyejuknya sebab itu mereka duduk bertentangan.

Mangavol: Adat Dan Pantang Larang | Winichelen Wongkin
Gambar Badu' ini dipetik dari buku Tenunan Etnik Rungus Inavol



Dan kedua-duanya nama itu mempunyai maksudnya tersendiri. Lambing bermaksud ‘Lembing’ iaitu senjata, manakala Silad ialah sejenis tumbuhan yang di pakai ketika upacara dan ritual orang Rungus. Pitas pula daripada perkataan Nopitas yang membawa maksud terputus dan Ngadau membawa maksud Adau atau hari.

Silad



ADAT DAN PANTANG LARANG

Secara umunya Adat dan Pantang Larang ini ialah suatu bentuk larangan bagi mengelakkan berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.

Dan hanya mereka yang bergelar Bobolizan atau mempunyai Rinait sahaja yang boleh menenun pada suatu ketika dahulu.

Adat dan Pantang Larang mangavol terdiri daripada 3 fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas mangavol.

SEBELUM
1. Wanita mengandung dilarang untuk menenun sama sekali. 
2. Bayi dan kanak-kanak tidak dibenarkan berada di tempat penenunan. 

Peralatan yang digunakan semasa mangavol.
Gambar di ambil dari galeri Sabah Handicraft Collection



SEMASA
1. Kanak-kanak dan haiwan peliharan dilarang sama sekali untuk bermain di
atas, di bawah dan di tempat penenunan.
2. Dilarang untuk menengking, merotan, memarahi anak ketika sedang
menenun.
3. Jika sedang menenun dan berlakunya kematian di sesebuah kampung itu,
maka proses menenun haruslah dihentikan serta-merta.
4. Menenun haruslah dalam keadaan yang senyap.
5. Dilarang untuk menenun pada petang hari kerana dikhuatiri akan
mengaburkan penglihatan. 
6. Dilarang untuk memperlekehkan, mentertawakan ‘surip’ (corak) terutamanya
surip ‘Monsimog’ kerana ia dikatakan makhluk halus dan bobolizan atau yang
ada rinait sahaja boleh menenun surip ini. 
7. Surip ‘Vinusak’ (bunga hutan) haruslah di siapkan pada hari yang sama.
8. Wanita yang baru sahaja kematian suami dilarang untuk menenun kerana
dikatakan akan membawa malapetaka. 

SELEPAS
1. Inavol yang sudah siap ditenun tidak boleh dipakai terus terutama ‘Badu’. 
        Ia harus dijemur dahulu dalam 1-2 hari kerana dikatakan pemiliknya iaitu 
        Pitas Ngadau akan melihat karyanya. 
2. 2 ekor ular ‘Suvari’ akan datang untuk melihat surip yang sudah disiapkan. 
       Dan dikatakan ular Suvari ini berwarna merah menyala seakan-akan api.
       Seperti yang ada pada 'Solinsing Badu’.
Gambar Badu' ini dipetik dari buku Tenunan Etnik Rungus Inavol



Bagi yang ingin dapatkan buku ‘Tenunan Etnik Rungus Inavol’ yang di tulis oleh Enohetty dan Ester Nora boleh berhubung dengan nombor ini Enohetty (010- 944 3018) berharga RM18. Ini harga belian saya yang dahulu. Mungkin ada perubahan harga untuk sekarang. 

Mangavol: Adat Dan Pantang Larang | Winichelen Wongkin


Terima kasih untuk bacaan dan yang sudi luangkan masa untuk menonton siaran langsung saya sebelum ini. Boleh klik link ini jika ingin melihat kembali kamu boleh lihat PGS TV Network. 

Jangan lupa juga untuk follow page Puruvan TV dan Persatuan Gimpuhut Sabah untuk dapatkan info-info terbaru. 



0 comments:

Post a Comment