Sunday, 22 August 2021

Mangavol: Adat Dan Pantang Larang | Winichelen Wongkin

 

Mangavol: Adat Dan Pantang Larang | Winichelen Wongkin

INAVOL merupakan satu karya berharga turun-temurun etnik Rungus. Dengan corak yang unik dan menarik menambahkan lagi serinya. Dan sudah pasti memerlukan ketelitian dan kesungguhan yang tinggi dari si penenun.
Malah karya ini tidak boleh di tenun sewenang-wenangnya kerana ia mempunyai pantang larang yang tersendiri.

NOTA:
INAVOL = HASIL TENUNAN
MANGAVOL = MENENUN

Cerita bermula apabila gadis Rungus bernama RONGKIGO berjalan mengambil air di sungai dan terdengar bunyi yang belum pernah di dengarinya. Lalu dia pun berjalan ke arah bunyi itu dan terlihat sebuah rumah panjang. Lalu ternampaklah dua orang gadis yang sangat rupawan sedang ‘Mangavol’ duduk bertentangan. Dikatakan turun dari Kayangan.


Mangavol: Adat Dan Pantang Larang | Winichelen Wongkin
Tapi Tinongkupan


Seorang sedang menenun ‘TINONGKUPAN’ (Pakaian wanita Rungus) yang bernama LAMBING SILAD dan seorang lagi sedang menenun ‘BADU’ (Pakaian lelaki Rungus) yang bernama PITAS NGADAU. Badu’ dikatakan panas dan Tinongkupan itulah penyejuknya sebab itu mereka duduk bertentangan.

Mangavol: Adat Dan Pantang Larang | Winichelen Wongkin
Gambar Badu' ini dipetik dari buku Tenunan Etnik Rungus Inavol



Dan kedua-duanya nama itu mempunyai maksudnya tersendiri. Lambing bermaksud ‘Lembing’ iaitu senjata, manakala Silad ialah sejenis tumbuhan yang di pakai ketika upacara dan ritual orang Rungus. Pitas pula daripada perkataan Nopitas yang membawa maksud terputus dan Ngadau membawa maksud Adau atau hari.

Silad



ADAT DAN PANTANG LARANG

Secara umunya Adat dan Pantang Larang ini ialah suatu bentuk larangan bagi mengelakkan berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.

Dan hanya mereka yang bergelar Bobolizan atau mempunyai Rinait sahaja yang boleh menenun pada suatu ketika dahulu.

Adat dan Pantang Larang mangavol terdiri daripada 3 fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas mangavol.

SEBELUM
1. Wanita mengandung dilarang untuk menenun sama sekali. 
2. Bayi dan kanak-kanak tidak dibenarkan berada di tempat penenunan. 

Peralatan yang digunakan semasa mangavol.
Gambar di ambil dari galeri Sabah Handicraft Collection



SEMASA
1. Kanak-kanak dan haiwan peliharan dilarang sama sekali untuk bermain di
atas, di bawah dan di tempat penenunan.
2. Dilarang untuk menengking, merotan, memarahi anak ketika sedang
menenun.
3. Jika sedang menenun dan berlakunya kematian di sesebuah kampung itu,
maka proses menenun haruslah dihentikan serta-merta.
4. Menenun haruslah dalam keadaan yang senyap.
5. Dilarang untuk menenun pada petang hari kerana dikhuatiri akan
mengaburkan penglihatan. 
6. Dilarang untuk memperlekehkan, mentertawakan ‘surip’ (corak) terutamanya
surip ‘Monsimog’ kerana ia dikatakan makhluk halus dan bobolizan atau yang
ada rinait sahaja boleh menenun surip ini. 
7. Surip ‘Vinusak’ (bunga hutan) haruslah di siapkan pada hari yang sama.
8. Wanita yang baru sahaja kematian suami dilarang untuk menenun kerana
dikatakan akan membawa malapetaka. 

SELEPAS
1. Inavol yang sudah siap ditenun tidak boleh dipakai terus terutama ‘Badu’. 
        Ia harus dijemur dahulu dalam 1-2 hari kerana dikatakan pemiliknya iaitu 
        Pitas Ngadau akan melihat karyanya. 
2. 2 ekor ular ‘Suvari’ akan datang untuk melihat surip yang sudah disiapkan. 
       Dan dikatakan ular Suvari ini berwarna merah menyala seakan-akan api.
       Seperti yang ada pada 'Solinsing Badu’.
Gambar Badu' ini dipetik dari buku Tenunan Etnik Rungus Inavol



Bagi yang ingin dapatkan buku ‘Tenunan Etnik Rungus Inavol’ yang di tulis oleh Enohetty dan Ester Nora boleh berhubung dengan nombor ini Enohetty (010- 944 3018) berharga RM18. Ini harga belian saya yang dahulu. Mungkin ada perubahan harga untuk sekarang. 

Mangavol: Adat Dan Pantang Larang | Winichelen Wongkin


Terima kasih untuk bacaan dan yang sudi luangkan masa untuk menonton siaran langsung saya sebelum ini. Boleh klik link ini jika ingin melihat kembali kamu boleh lihat PGS TV Network. 

Jangan lupa juga untuk follow page Puruvan TV dan Persatuan Gimpuhut Sabah untuk dapatkan info-info terbaru. 



Continue Reading

Thursday, 12 August 2021

Cara-Cara Mengira Bonus Duit (Cash) Shaklee: Panduan Untuk Ahli Shaklee | Winichelen Wongkin


Cara-Cara Mengira Bonus Duit (Cash) Shaklee: Panduan Untuk Ahli Shaklee | Winichelen Wongkin


Sebagai pengedar atau ahli Shaklee yang baru anda boleh terus menjana pendapatan tanpa memerlukan modal. Dan hanya bermodalkan bayaran keahlian iaitu RM35 tanpa ada sebarang cas yang tersembunyi. Dan untuk pengetahuan, Shaklee tidak akan membayar apa-apa komisen kepada pengedar/ahli untuk pendaftaran ahli baru di bawah anda.

Apabila anda mempunyai jaringan pelanggan dan ahli berdaftar yang kukuh pula, anda boleh juga boleh meningkatkan pendapatan dan pangkat. 

Pada entri ini Winy ingin kongsikan bagaimana caranya untuk mengira Bonus Personal (dari belian sendiri), dan apabila ada ahli berdaftar dengan kita yang dikenali sebagai Net Personal Bonus. 

Sebelum itu, buat ahli baru yang belum mengenali bagaimanakah rupa sistem kita boleh berkenalkan DISINI. Dan bagi yang tertanya-tanya apakah kelebihan-kelebihan yang boleh anda perolehi apabila berdaftar sebagai ahli Shaklee boleh rujuk DISINI.

Dan untuk pengetahuan semua Shaklee sudah pun bantu kita untuk mengira bonus ini secara terperinci. Bahkan ada penyata bonus yang boleh ada muat turun melalui sistem Shaklee. Namun bagi yang baru ingin memulakan perniagaan, anda boleh jadikan ini sebagai panduan untuk mencapai target jualan atau belian anda. 

Antara istilah yang anda perlu ketahui sebelum kita belajar secara lebih mendalam adalah:-

PUV - Personal Unit Volume (Mata belian/jualan sendiri)
PV - Personal Volume (Jumlah belian/jualan berdasarkan UV)
PB - Personal Bonus (Bonus belian/jualan sendiri)
NPB - Net Personal Bonus (Bonus ahli berdaftar di bawah kita) 

Cara-Cara Mengira Bonus Duit (Cash) Shaklee: Panduan Untuk Ahli Shaklee | Winichelen Wongkin
Contoh UV dan PV



Anda boleh lihat sendiri bonus semasa di ruangan Business Center seterusnya ke Bonus Statement (Penyata Bonus)
  
Cara-Cara Mengira Bonus Duit (Cash) Shaklee: Panduan Untuk Ahli Shaklee | Winichelen Wongkin


Bila ada muat turun penyata atau slip bonus Shaklee, korang akan nampak penyata seperti ini. Kepada sesiapa yang ingin menjadikan Shaklee ini sebagai salah satu tempat menjana pendapatan, slip inilah yang anda perlu kemukakan kepada pihak bank apabila ingin membuat pembelian rumah, kereta dan lain-lain. (Berdasarkan kelayakan anda) 


Cara-Cara Mengira Bonus Duit (Cash) Shaklee: Panduan Untuk Ahli Shaklee | Winichelen Wongkin




Cara-Cara Mengira Bonus Duit (Cash) Shaklee: Panduan Untuk Ahli Shaklee | Winichelen Wongkin

Berikut merupakan pecahan bonus yang Shaklee sudah tolong untuk kira siap-siap untuk tiap ahli berdaftar. Sangat memudahkan pengedar sebenarnya. Namun, selepas ini korang juga boleh mengira dengan sendiri. 

Secara umumnya bonus duit Shaklee ini dikira dari jumlah peratusan jualan atau belian produk. Apabila anda mencapai sesuatu peratus, iaitu minima 150 UV atau anggaran jualan/PV ialah RM500 dan ke atas sebulan maka anda layak untuk menerima bonus yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing tiap 14hb setiap bulan.

UV - Tentukan PERATUS kelayakan bonus
PV - Tentukan NILAI bonus dalam Ringgit Malaysia 



Cara-Cara Mengira Bonus Duit (Cash) Shaklee: Panduan Untuk Ahli Shaklee | Winichelen Wongkin



Kita mulakan dengan pengiraan personal bonus.

Andaikan anda berjaya mencapai 150 mata/UV maka anda layak untuk dapatkan 5%.

Saya akan ambil contoh RM500 sebagai jualan ataupun PV untuk menunjukkan perbezaan bonus. Tapi yang sebenarnya bila % tinggi sudah pasti jualan atau PV juga tinggi kan. 

A - 150 UV iaitu 5% dan 500 PV maka, 500 X 5% = 'RM25.00'
Jika mencapai 300 PUV maka layak 8%, maka 500 X 8% = 'RM40.00'

Dan begitulah untuk untuk peratusan bonus seterusnya. 

Sekarang kita akan mengira untuk bahagian net personal bonus pula. Untuk ingatan bersama, jika ahli berdaftar di bawah kita sudah layak untuk mendapat bonus maka peratusan bonus kita dapat dari ahli berdaftar itu sudah berkurang. (Over ride bonus) Ini sebagai ganjaran untuk sokongan dan perkhidmatan yang kita tawarkan. (Coaching, Bantu urus stok, Penghantaran, etc)


A - PUV 150/PV 500
B - PUV 150/PV 500 (layak mendapat bonus 5%)

Maka GUV - Mata kumpulan akan menjadi 300, dan layak mencapai 8%.

Maka, 500 X 8% = 'RM40.00' Personal bonus. Dan NPB ialah 8% - 5% = 3%.
Kita hanya perolehi 3% dari belian ahli itu. 

500 X 3% = RM15

Oleh yang demikian jumlah bonus yang anda miliki ialah, RM40 + RM15 = RM55

Jika ada 5 ahli berdaftar dan semua layak untuk mencapai 5% bonus bagaimana pula? 

Kita akan kira jumlah dari 5 orang ini. 

150 x 5 = 750 uv + puv kita 150 = 900 GUV 
Dan berdasarkan jadual peratusan bonus kita akan layak untuk mendapatkan 11% bonus. 

Maka untuk bonus sendiri kita akan dapat 500 X 11% = RM55, seterusnya untuk downline 11% - 5% = 6%

Kita akan dapat 500 X 6% = RM30, RM30 X 5 orang = RM150. Jumlah sebenar bonus kita ialah RM55 + RM150 = RM205.

Anda juga boleh lihat contoh ini, 

Cara-Cara Mengira Bonus Duit (Cash) Shaklee: Panduan Untuk Ahli Shaklee | Winichelen Wongkin



Agak memeningkan namun bila sudah biasa untuk mengira, ia akan buat kita lebih senang untuk mencapai target. Selamat belajar semua!

Cara-Cara Mengira Bonus Duit (Cash) Shaklee: Panduan Untuk Ahli Shaklee | Winichelen Wongkin



Jika ingin berdaftar bersama kami boleh klik butang INI. 

Juga boleh buat bacaan lanjut mengenai produk kami DISINI. 


Continue Reading

Sunday, 8 August 2021

Tahniah Malaysia! Pingat Perak Acara Berbasikal (Keirin) Lelaki | Winichelen Wongkin

Tahniah Malaysia! Pingat Perak Acara Berbasikal (Keirin) Lelaki | Winichelen Wongkin


Nama Dato Azizulhasni Awang tidak asing lagi di seluruh Malaysia, dengan gelaran Pocket Rocket Man negara. Dan kali ini sekali lagi menghadiahkan kita sebutir pingat di temasya sukan terbesar dunia Olimpik Tokyo 2020. Yang pastinya lebih membanggakan kerana mendapat pingat perak, yang merupakan pingat kedua negara pada temasya Olimpik kali ini. 

Ini merupakan pingat kedua beliau untuk acara Keirin selepas memenanginya di Olimpik Rio 2016, 5 tahun lepas. 

Sedikit pengenalan mengenai acara Keirin ini, ia merupakan sukan berbasikal melibatkan pecutan yang mana ia di kawal oleh pemandu bermotor atau tidak bermotor pada awal perlumbaan . Ia di perkenalkan pada tahun 1948, dan pada tahun 2000 di bawa masuk sebagai salah satu sukan yang di pertandingkan di Olimpik Syndey, Australia. 


Tahniah Malaysia! Pingat Perak Acara Berbasikal (Keirin) Lelaki | Winichelen Wongkin


Secara menyeluruh peserta akan menghabiskan 6 pusingan (laps) dengan menggunakan basikal tanpa break dengan gear yang tetap. Kedudukan pelumba pada awal perlumbaan akan di undi dan dimulakan oleh "Pacer" dengan kelajuan 30km/j untuk 3 pusingan yang pertama dan akan bertambah ke 50km/j untuk memisahkan diri daripada pelumba-pelumba di atas trek. 

Loceng akan dibunyikan pada pusingan (lap) yang terakhir. 


Tahniah Malaysia! Pingat Perak Acara Berbasikal (Keirin) Lelaki | Winichelen Wongkin


Acara Keirin ini merupakan acara kegemaran Dato Azizulhasni Awang. Yang mana sepanjang menyertai Olimpik beliau mempunyai rekod yang sangat baik. 

Olimpik Beijing, China 2008, Dato Azizulhasni Awang berjaya menempatkan diri di top 10 terbaik. Pada tahun 2012 di London pula beliau berjaya menaiki tangga ke tempat 6 terbaik. Dan terus menghadiahkan kita pingat gangsa pada Olimpik Rio tahun 2016. Dan sekali lagi menggembirakan seluruh rakyat Malaysia dengan pingat perak pada olimpik Tokyo, 2020 ini. 


Tahniah Malaysia! Pingat Perak Acara Berbasikal (Keirin) Lelaki | Winichelen Wongkin


Tahniah Malaysia! Pingat Perak Acara Berbasikal (Keirin) Lelaki | Winichelen Wongkin


Dengan kejayaan Dato Azizulhasni Awang ini semestinya membuka lagi ramai anak watan untuk menyertai sukan berbasikal ini. Dengan menyaksikan seorang pelumba negara kita iaitu Syah Firdaus yang juga berada di pentas Olimpik sangat membanggakan. Semoga kilauan emas di acara berbasikal ini akan terhasil di temasaya sukan Olimpik akan datang. 

Satu negara bersorak kerana bendera negara berkibar gah di pentas Olimpik pada hari ini. Terima kasih Dato Azizulhasi Awang! Kami berbangga atas kejayaan anda. Demi Malaysia!





Continue Reading