Thursday, 15 July 2021

Tanda-Tanda/ Simptom Masalah Kencing Manis Atau Diabetes Yang Anda Perlu Ketahui | Winichelen Wongkin

 

Tanda-Tanda/ Simptom Masalah Kencing Manis Atau Diabetes Yang Anda Perlu Ketahui | Winichelen Wongkin

Rakyat Malaysia sememangnya sangat sinonim dengan Penyakit 3 serangkai iaitu Kencing Manis (Diabetes), Darah Tinggi, Sakit Jantung. Dan ketiga-tiga penyakit ini menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia. 

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia ini sebahagian besar disebabkan oleh tabiat dan gaya hidup seseorang itu. Antaranya: 

  • Tabiat suka merokok 
  • Mempunyai masalah hipertensi
  • Berat badan yang berlebihan atau Obes
  • Gaya hidup yang tidak aktif
  • Pemakanan yang tidak seimbang
Dan apabila sudah menyerang sangat-sangat mengambil masa untuk sihat seperti sedia kala. 

Winy akan kongsikan tujuh tanda-tanda salah satu penyakit yang ada dalam 3 serangkai ini iaitu kencing manis atau Diabetes. Untuk pengetahuan umum juga. Penyakit Kencing Manis ini mempunyai dua jenis iaitu Type 1 dan Type 2.

Dan sebagai peringatan ini hanyalah panduan umum dan langkah berjaga-jaga. Untuk kepastian sila ke klinik atau hospital terdekat untuk membuat ujian. 


Tanda-Tanda/ Simptom Masalah Kencing Manis Atau Diabetes Yang Anda Perlu Ketahui | Winichelen Wongkin



Tanda 1: RASA DAHAGA YANG MELAMPAU


Jika kita terdedah dengan cuaca panas dan banyak melakukan aktiviti yang akan mengeluarkan peluh maka itu adalah normal. Namun jika berasa haus yang sangat kuat dan sudah meminum banyak air juga tidak dapat hilangkan dahaga maka anda harus berjaga-jaga. Dan untuk simptom ini, selalunya akan berlaku pada mereka yang menghidap Type 2 Diabetes. 

Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan kadar glukos dalam darah. Jika glukos terlalu tinggi maka buah pinggang akan dipaksa untuk bekerja lebih dari biasa dengan menapis dan menyerap. 
Dan jika buah pinggang tidak mampu untuk mengawal maka anda pasti akan rasa ingin kerap kencing dan akan mengakibatkan badan kita dehadrasi. Jika anda kerap ke tandas dan rasa haus yang melampau sehingga bibir menjadi kering. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor. 


Tanda-Tanda/ Simptom Masalah Kencing Manis Atau Diabetes Yang Anda Perlu Ketahui | Winichelen Wongkin


Tanda 2: LUKA LAMBAT SEMBUH

Mereka yang mempunyai masalah kencing manis ini selalunya mempunyai masalah untuk sembuhkan luka. Walaupun luka sekecil sebiji kacang hijau. Ini kerana dengan paras gula yang tinggi maka lebih lama masa di ambil untuk menyembuhkan luka. Dan anda juga akan perasan bahawa luka itu selalunya terdapat di bahagian kaki dan jari. 

Tanda-Tanda/ Simptom Masalah Kencing Manis Atau Diabetes Yang Anda Perlu Ketahui | Winichelen Wongkin



Tanda 3: TANGAN DAN KAKI RASA KEBAS

Tangan dan kaki juga akan rasa kebas. Ini lebih kompleks kerana anda mungkin mempunyai masalah pada bahagian saraf disebabkan oleh kencing manis ini. Anda akan mula rasa seperti di cucuk jarum dan kebas pada bahagian jari kaki dan jari tangan. 


Tanda-Tanda/ Simptom Masalah Kencing Manis Atau Diabetes Yang Anda Perlu Ketahui | Winichelen Wongkin



Tanda 4: GUSI BERDARAH

Mereka yang punyai masalah kencing manis ini mempunyai risiko untuk dapat 'Periodonitis' yang mana berlakunya infeksi pada gusi dan sekali gus akan buat gigi cepat rapuh berbanding mereka yang tiada masalah ini. Gusi kemerahan, berdarah dan bengkak ialah tanda-tanda awal. Dan disarankan untuk membuat pemeriksaan gigi secara berkala juga. 

Buat mereka yang ingin mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau orang tua. Maka perlulah monitor tahap kesihatan sendiri dan juga ibu bapa. 

Diharap dapat membantu korang semua. 


Sumber:

Kementerian Kesihatan Malaysia
Reader's Digest july 2018

0 comments:

Post a Comment