Friday, 2 July 2021

Cara Hidup Berjimat Cermat Dan Tips Menyimpan Duit: Frugal Living | Winichelen Wongkin


Cara Hidup Berjimat Cermat Dan Tips Meyimpan Duit: Frugal Living | Winichelen Wongkin

Frugal living membawa maksud hidup dengan berjimat cermat dan hidup bersederhana untuk simpan lebih banyak tabungan. Jika cakap pasal wang, benda ini sensitif kerana ada yang punya banyak, ada yang  berkecukupan ada yang tidak mampu jana langsung. Berkenaan hidup berjimat cermat ini juga ramai yang beranggapan serong sebab cara kehidupan kita berbeza. Kalau kamu salah seorang yang tertarik dengan hidup berjimat cermat ini Winy sangat sarankan untuk baca. 

Sebabnya, untuk waktu-waktu yang sukar seperti sekarang di masa pandemik kovid ini, Winy sangat sarankan kita untuk berjimat cermat. 'Living Below Your Means'. Kita hidup dengan membelanjakan lebih sedikit berbanding yang kita jana. Sebagai contoh pendapatan bulanan kita 2000 jadi kita hidup macam pendapatan 1000 ringgit sahaja. Walaupun agak payah sebab kita sebagai manusia banyak keinginannya namun jika bertekad, manusi mampu lakukan yang mustahil kan. 

Winy juga masih dalam proses untuk hidup berjimat cermat cara orang kampung ini. Dan antara tips yang Winy praktikan dan boleh nampak hasilnya Winy akan kongsi disini. Jika  suka boleh follow, atau korang boleh tambah baik lagi. Please tambah di ruangan komen ya. ;'') 


1:  Berhenti shopping benda yang tidak penting (essential). Dengan semua akses kini di hujung jari mesti semua pun kita mau beli kan. Tapi jika ingin menyimpan dan berjimat elakkan untuk membeli barang yang tidak kerap digunakan. Contohnya baju. Kita guna dahulu apa yang ada pada buat masa ini. 

2: Simpan duit dengan membuat duit lebih banyak. Tambah skil, atau guna hobi kepada sumber pendapatan. Dapatkan pendapatan dari pelbagai arah/cara. Sebagai contoh tolong jiran untuk potong rumput, kutip sampah, kumpul kertas atau kotak-kotak kosong untuk dijual. Tidak apalah penat sikit yang penting kita seronok untuk buat dan boleh jana pendapatan. 

3. Beli barangan second hand untuk yang kurang penting. Contohnya baju, kasut, perabot, buku-buku yang berjenama dan dijual pada harga yang lebih murah. 

4. Semak perbelanjaan melalui transaksi harian di dalam akaun. Agik-agihkan duit ke beberapa akaun untuk lebih senang trace kemanakah duit kita banyak keluar dan di bayar. Lebih baik untuk simpan duit yang memang khas untuk bayar belanja pada 1 akaun dan agihkan menurut kepentingan. Mana yang harus dibayar dulu dan mana yang kemudian. 

5. Masak di rumah. Antara aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga. Jika ingin makan di luar boleh sekali sekala dan waktu ada duit belanja lebih. Dan bukannya dari duit untuk bayar perbelanjaan. 

6. Gunting rambut sendiri atau minta tolong kawan. Waktu PKP ni memang agak susah untuk kita ke salon jadi bolehlah minta tolong kawan-kawan atau keluarga terdekat untuk tolong gunting dan beri upah sedikit. 

7. Kurangkan berjalan, membeli barangan branded. Bagi yang berkemampuan mungkin tidak ada masalah tetapi bagi yang kurang mampu, jika ada keinginan untuk membeli barangan branded atau ingin keluar selalu boleh dikurangkan.

8. Jika ada rebate atau bonus pulangan walaupun sikit simpan untuk kecemasan. Mungkin dapat dari belian barang dapur atau belian minyak kenderaan bolehlah disimpan untuk masa akan datang. 

9. Jika makan di luar pilih tempat yang paling menjimatkan tapi mengenyangkan. Kuantiti juga banyak cukup untuk semua. 

10. Senaraikan semua jenis hutang dan semak perberlanjaan. Yang selalu menjadi masalah apabila kita tidak tahu pergi mana wang yang kita jana sebab tidak dapat urus wang dengan betul. Hutang pula makin bertambah dan rasa kesempitan duit. 

11. Bila buat belian barangan dapur seelok-eloknya beli untuk 1-2 minggu agar dapat mengurangkan belanja. Senaraikan mana yang patut dan bahan-bahan yang dibeli boleh diguna untuk memasak beberapa jenis masakan.

12. Paling penting ialah cari cara yang paling sesuai dengan anda dan sedia untuk melakukannya. Ada banyak tips untuk berjimat, tetapi manakah cara yang paling sesuai untuk anda itulah yang kita ikuti. Sebabnya mungkin bagi saya benda itu tidak penting, tapi bagi orang lain penting. 

Terima kasih kerana sudi membaca. 


Cara Hidup Berjimat Cermat Dan Tips Meyimpan Duit: Frugal Living | Winichelen Wongkin


0 comments:

Post a Comment