Tuesday, 27 July 2021

Mari Kenali Website (Sistem) Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin

 

Mari Kenali Website (Sistem) Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin


Yang sudah berdaftar menjadi ahli Shaklee pasti tertanya-tanya macam mana untuk ketahui info dan bagaimana pula rupa website Shaklee ini kan. Jadi hari ini mari kita sama-sama kenali fungsi menu dan tab-tab utama yang ada di dalam sistem Shaklee. 

Jika sudah berdaftar sebagai ahli, anda semestinya punyai peluang yang sama tidak kira pangkat. Website dan sistem yang sama digunakan oleh tiap ahli berdaftar.

Secara umumnya inilah rupa sistem Shaklee bila anda masuk ke WEBSITE rasmi. Anda boleh memilih bahasa yang anda selesa untuk guna di bahagian atas sebelah kiri. 


Mari Kenali Website Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin

Tiap-tiap butang tab itu ada fungsinya yang tersendiri, dan disini Winy akan kongsikan apakah fungsinya secara ringkas. 

Kita mulakan dengan tab ABOUT. 

Ini ialah bahagian untuk kita mengenali Shaklee secara ringkas. Di manakah cawangan-cawangan yang terdekat, kajian-kajian yang sudah dijalakan, latar belakang Shaklee. Sangat informatif dan mudah untuk difahami. 

Mari Kenali Website Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin


Seterusnya kita beralih kepada WHY SHAKLEE. 

Mari Kenali Website Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin


Tab ini di khususkan buat mereka yang tertanya-tanya bagaimanakah pelan bisnes Shaklee, dari misi dan visi, panduan produk, pengiktirafan yang Shaklee akan beri buat ahli berdaftar mereka. 

Seterusnya ke tab yang memang sentiasa akan di singgahi oleh ahli Shaklee iaitu SHOP. Di bahagian ini anda boleh melihat kesemua jenis produk, promosi-promosi yang di anjurkan dan juga melihat info tiap produk (saiz sajian, set-set cadangan, kuantiti, berat, info-info semasa dan juga bahan-bahan) 


Mari Kenali Website Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin

Antara promosi bulanan yang layak di beli dan disertai oleh setiap ahli berdaftar. 

Korang boleh tukar kepada grid atau betuk list. Boleh juga tapis produk kepada yang hanya ada di dalam sistem/warehouse pada ketika itu. 

Mari Kenali Website Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin




Mari Kenali Website Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin


Anda boleh klik tiap produk dan lihat info, sumber-sumber dan kelebihan tiap produk. Bukan itu sahaja korang boleh untuk kongsikan link kepada sahabat handai mahupun ahli keluarga untuk sama-sama melihat info mengenai produk tersebut dengan menekan butang copy URL. 


Seterusnya kita lihat tab yang menjadi nadi untuk ahli yang berbisnes dengan Shaklee. Tak lain tak bukan, BUSINESS CENTER.


Mari Kenali Website Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin


1. DASHBOARD 

Tempat kita lihat prestasi harian, berapa point, berapa bonus (untuk prestasi kelmarin). 


2. START HERE

Semua dokumen/pdf yang berkaitan dengan pelan dan bisnes Shaklee


3. GENEALOGY

Senarai ahli berdaftar, point dan jumlah jualan semasa


4. BONUS INQUIRY

Tempat untuk semak penyata bonus, breakdown/slip bonus


5. ONLINE ENROLLMENT

Pendaftaran ahli secara dalam talian


6. PREACTIVE LIST

Senarai ahli yg belum aktif ID-nya


7. UV TRANSFER

Untuk buat pindahan point/UV dan lihat senarai pindahan dari uplines


Conference points ialah bilangan point untuk melancong. Personal Group untuk melihat senarai nama ahli berdaftar di bawah organisasi kita. Business Leader Progress Report merupakan satu dokumen prestasi bagi seorang leader dalam Shaklee. Manakala, Shaklee Academy ialah bagi mereka yang layak untuk join kelas-kelas yang di anjurkan oleh Shaklee. Selalunya terbuka untuk Coordinator ke atas. 


Mari Kenali Website Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin


PERSONAL UV - Point sendiri (Di bawah ID kamu)

GROUP UV - Point kumpulan (Sekali dengan yang berdaftar di bawah kamu)

PERSONAL PV - Belian/Jualan sendiri

GROUP PV - Belian/Jualan kumpulan

UV TO ACHIEVE - Berapa point yang kmu perlu untuk capai sesuatu bonus/rank


Mari Kenali Website Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin


RESOURCES

Ini tmpt dapatkan info-info produk, kempen-kempen semasa Shaklee. Kelas-Kelas yang pernah di kendalikan oleh Shaklee. Jika ingin belajar lebih mendalam mengenai produk adalah digalakkan untuk masuk tab ini. 


Beralih kepada ruang akaun kita. MY ACCOUNT. 

Mari Kenali Website Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin


Sekarang masuk dalam akaun kita. 


1. PROFILE

Tempat untuk tengok info kita yang telah didaftarkan dalam sistem. Mana ruang yang boleh edit tu,kita boleh edit bila-bila sahaja. 


2. MY E-ID

Ini kita punya kad keahlian boleh tambahkan gambar dan print.


3. BANK ACCOUNT

No akaun yg di daftarkan. Jika salah kena email shaklee untuk buat penukaran. Kena sertakan salinan IC ssekali dengan screenshot yang menunjukkan akaun itu milik kita.


4. PAYMENT OPTION

Boleh masukan no kad debit atau kad kredit kita untuk buat belian masa akan datang. 

Ada 2 pilihan PFX (Online banking) KAD (Autodebit)


5. ORDER HISTORY

Untuk lihat sejarah belian kita, dan juga no tracking dari shaklee.


6. VOUCHER

Ini kalau ada baucer dari Shaklee. 


7. TICKET

Kalau ada mengikuti program shaklee dan ada buat belian tiket


8. MY CP58

Ini untuk pelepasan cukai apabila suda menjadi leader


9. ADDRESS BOOK

Senarai alamat, kalau ada mau masukan alamat yang pelanggan terus direct pos boleh masuk sini dan tambah


10. WISHLIST

Yang mahu di beli


11. CONTRACT

Peraturan dan undang-undang jadi ahli shaklee


12. ACCOUNT SETTING

Sini untuk tukar password


Jadi ini sahaja panduan untuk memasuki website/sistem Shaklee. Mudah kan? 


Jika berminat untuk sertai kami jangan segan silu untuk menekan LINK ini.


Mari Kenali Website Shaklee: Panduan Untuk Ahli Berdaftar Shaklee | Winichelen Wongkin


Continue Reading

Thursday, 15 July 2021

Tanda-Tanda/ Simptom Masalah Kencing Manis Atau Diabetes Yang Anda Perlu Ketahui | Winichelen Wongkin

 

Tanda-Tanda/ Simptom Masalah Kencing Manis Atau Diabetes Yang Anda Perlu Ketahui | Winichelen Wongkin

Rakyat Malaysia sememangnya sangat sinonim dengan Penyakit 3 serangkai iaitu Kencing Manis (Diabetes), Darah Tinggi, Sakit Jantung. Dan ketiga-tiga penyakit ini menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia. 

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia ini sebahagian besar disebabkan oleh tabiat dan gaya hidup seseorang itu. Antaranya: 

  • Tabiat suka merokok 
  • Mempunyai masalah hipertensi
  • Berat badan yang berlebihan atau Obes
  • Gaya hidup yang tidak aktif
  • Pemakanan yang tidak seimbang
Dan apabila sudah menyerang sangat-sangat mengambil masa untuk sihat seperti sedia kala. 

Winy akan kongsikan tujuh tanda-tanda salah satu penyakit yang ada dalam 3 serangkai ini iaitu kencing manis atau Diabetes. Untuk pengetahuan umum juga. Penyakit Kencing Manis ini mempunyai dua jenis iaitu Type 1 dan Type 2.

Dan sebagai peringatan ini hanyalah panduan umum dan langkah berjaga-jaga. Untuk kepastian sila ke klinik atau hospital terdekat untuk membuat ujian. 


Tanda-Tanda/ Simptom Masalah Kencing Manis Atau Diabetes Yang Anda Perlu Ketahui | Winichelen Wongkin



Tanda 1: RASA DAHAGA YANG MELAMPAU


Jika kita terdedah dengan cuaca panas dan banyak melakukan aktiviti yang akan mengeluarkan peluh maka itu adalah normal. Namun jika berasa haus yang sangat kuat dan sudah meminum banyak air juga tidak dapat hilangkan dahaga maka anda harus berjaga-jaga. Dan untuk simptom ini, selalunya akan berlaku pada mereka yang menghidap Type 2 Diabetes. 

Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan kadar glukos dalam darah. Jika glukos terlalu tinggi maka buah pinggang akan dipaksa untuk bekerja lebih dari biasa dengan menapis dan menyerap. 
Dan jika buah pinggang tidak mampu untuk mengawal maka anda pasti akan rasa ingin kerap kencing dan akan mengakibatkan badan kita dehadrasi. Jika anda kerap ke tandas dan rasa haus yang melampau sehingga bibir menjadi kering. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor. 


Tanda-Tanda/ Simptom Masalah Kencing Manis Atau Diabetes Yang Anda Perlu Ketahui | Winichelen Wongkin


Tanda 2: LUKA LAMBAT SEMBUH

Mereka yang mempunyai masalah kencing manis ini selalunya mempunyai masalah untuk sembuhkan luka. Walaupun luka sekecil sebiji kacang hijau. Ini kerana dengan paras gula yang tinggi maka lebih lama masa di ambil untuk menyembuhkan luka. Dan anda juga akan perasan bahawa luka itu selalunya terdapat di bahagian kaki dan jari. 

Tanda-Tanda/ Simptom Masalah Kencing Manis Atau Diabetes Yang Anda Perlu Ketahui | Winichelen Wongkin



Tanda 3: TANGAN DAN KAKI RASA KEBAS

Tangan dan kaki juga akan rasa kebas. Ini lebih kompleks kerana anda mungkin mempunyai masalah pada bahagian saraf disebabkan oleh kencing manis ini. Anda akan mula rasa seperti di cucuk jarum dan kebas pada bahagian jari kaki dan jari tangan. 


Tanda-Tanda/ Simptom Masalah Kencing Manis Atau Diabetes Yang Anda Perlu Ketahui | Winichelen Wongkin



Tanda 4: GUSI BERDARAH

Mereka yang punyai masalah kencing manis ini mempunyai risiko untuk dapat 'Periodonitis' yang mana berlakunya infeksi pada gusi dan sekali gus akan buat gigi cepat rapuh berbanding mereka yang tiada masalah ini. Gusi kemerahan, berdarah dan bengkak ialah tanda-tanda awal. Dan disarankan untuk membuat pemeriksaan gigi secara berkala juga. 

Buat mereka yang ingin mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau orang tua. Maka perlulah monitor tahap kesihatan sendiri dan juga ibu bapa. 

Diharap dapat membantu korang semua. 


Sumber:

Kementerian Kesihatan Malaysia
Reader's Digest july 2018

Continue Reading

Friday, 2 July 2021

Cara Hidup Berjimat Cermat Dan Tips Menyimpan Duit: Frugal Living | Winichelen Wongkin


Cara Hidup Berjimat Cermat Dan Tips Meyimpan Duit: Frugal Living | Winichelen Wongkin

Frugal living membawa maksud hidup dengan berjimat cermat dan hidup bersederhana untuk simpan lebih banyak tabungan. Jika cakap pasal wang, benda ini sensitif kerana ada yang punya banyak, ada yang  berkecukupan ada yang tidak mampu jana langsung. Berkenaan hidup berjimat cermat ini juga ramai yang beranggapan serong sebab cara kehidupan kita berbeza. Kalau kamu salah seorang yang tertarik dengan hidup berjimat cermat ini Winy sangat sarankan untuk baca. 

Sebabnya, untuk waktu-waktu yang sukar seperti sekarang di masa pandemik kovid ini, Winy sangat sarankan kita untuk berjimat cermat. 'Living Below Your Means'. Kita hidup dengan membelanjakan lebih sedikit berbanding yang kita jana. Sebagai contoh pendapatan bulanan kita 2000 jadi kita hidup macam pendapatan 1000 ringgit sahaja. Walaupun agak payah sebab kita sebagai manusia banyak keinginannya namun jika bertekad, manusi mampu lakukan yang mustahil kan. 

Winy juga masih dalam proses untuk hidup berjimat cermat cara orang kampung ini. Dan antara tips yang Winy praktikan dan boleh nampak hasilnya Winy akan kongsi disini. Jika  suka boleh follow, atau korang boleh tambah baik lagi. Please tambah di ruangan komen ya. ;'') 


1:  Berhenti shopping benda yang tidak penting (essential). Dengan semua akses kini di hujung jari mesti semua pun kita mau beli kan. Tapi jika ingin menyimpan dan berjimat elakkan untuk membeli barang yang tidak kerap digunakan. Contohnya baju. Kita guna dahulu apa yang ada pada buat masa ini. 

2: Simpan duit dengan membuat duit lebih banyak. Tambah skil, atau guna hobi kepada sumber pendapatan. Dapatkan pendapatan dari pelbagai arah/cara. Sebagai contoh tolong jiran untuk potong rumput, kutip sampah, kumpul kertas atau kotak-kotak kosong untuk dijual. Tidak apalah penat sikit yang penting kita seronok untuk buat dan boleh jana pendapatan. 

3. Beli barangan second hand untuk yang kurang penting. Contohnya baju, kasut, perabot, buku-buku yang berjenama dan dijual pada harga yang lebih murah. 

4. Semak perbelanjaan melalui transaksi harian di dalam akaun. Agik-agihkan duit ke beberapa akaun untuk lebih senang trace kemanakah duit kita banyak keluar dan di bayar. Lebih baik untuk simpan duit yang memang khas untuk bayar belanja pada 1 akaun dan agihkan menurut kepentingan. Mana yang harus dibayar dulu dan mana yang kemudian. 

5. Masak di rumah. Antara aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga. Jika ingin makan di luar boleh sekali sekala dan waktu ada duit belanja lebih. Dan bukannya dari duit untuk bayar perbelanjaan. 

6. Gunting rambut sendiri atau minta tolong kawan. Waktu PKP ni memang agak susah untuk kita ke salon jadi bolehlah minta tolong kawan-kawan atau keluarga terdekat untuk tolong gunting dan beri upah sedikit. 

7. Kurangkan berjalan, membeli barangan branded. Bagi yang berkemampuan mungkin tidak ada masalah tetapi bagi yang kurang mampu, jika ada keinginan untuk membeli barangan branded atau ingin keluar selalu boleh dikurangkan.

8. Jika ada rebate atau bonus pulangan walaupun sikit simpan untuk kecemasan. Mungkin dapat dari belian barang dapur atau belian minyak kenderaan bolehlah disimpan untuk masa akan datang. 

9. Jika makan di luar pilih tempat yang paling menjimatkan tapi mengenyangkan. Kuantiti juga banyak cukup untuk semua. 

10. Senaraikan semua jenis hutang dan semak perberlanjaan. Yang selalu menjadi masalah apabila kita tidak tahu pergi mana wang yang kita jana sebab tidak dapat urus wang dengan betul. Hutang pula makin bertambah dan rasa kesempitan duit. 

11. Bila buat belian barangan dapur seelok-eloknya beli untuk 1-2 minggu agar dapat mengurangkan belanja. Senaraikan mana yang patut dan bahan-bahan yang dibeli boleh diguna untuk memasak beberapa jenis masakan.

12. Paling penting ialah cari cara yang paling sesuai dengan anda dan sedia untuk melakukannya. Ada banyak tips untuk berjimat, tetapi manakah cara yang paling sesuai untuk anda itulah yang kita ikuti. Sebabnya mungkin bagi saya benda itu tidak penting, tapi bagi orang lain penting. 

Terima kasih kerana sudi membaca. 


Cara Hidup Berjimat Cermat Dan Tips Meyimpan Duit: Frugal Living | Winichelen Wongkin


Continue Reading