Cara-Cara Untuk Membuat Belian Melalui Website Shaklee | Winichelen Wongkin
Hari ni perkongsian khas buat ahli berdaftar Shaklee. Memandangkan Winy terima banyak sangat pertanyaan dan soalan mengenai cara-cara untuk buat belian melalui website Shaklee.
Nah khas untuk korang.Heee
Winy sertakan video dan step-step melalui gambar sekali untuk rujukan korang. Video ni khas di dedikasi daripada salah seorang leader hebat di Elysian Empire.
Untungkan berada dalam team kami.
Langkah 1: Layari laman web Shaklee di www.shaklee.com.my/login
Langkah 2: Masukkan ID Shaklee anda berserta Kata Laluan/Password
Langkah 3: Tekan butang Shop/Beli Belah. ( Anda juga bole menekan butang Cart/Bakul di bahagian atas sebelah kanan - Jalan pintas)
Bahasa boleh di tukar mengikut keselesaan anda. Boleh di tukar pada bucu atas sebelah kiri.
Langkah 4: Pada bahagian beli-belah anda boleh memilih prodak mengikut pilihan anda.
Langkah 5: Anda boleh melihat dan membaca info-info setiap ptodak pada bahagian bawah prodak untuk keterangan lanjut. Namun jika hanya ingin membuat belian, terus sahaja "Add to Cart" Untuk meneruskan belian anda.
Langkah 6: Setelah memilih prodak anda, anda boleh teruskan untuk membuat bayaran atau teruskan membeli belah.
Langkah 7: Sekiranya ingin meneruskan pembayaran. Anda akan melihat ada 2 pilihan sama ada menggunakan sistem FPX seperti online banking yang anda gunakan untuk membuat belian di laman e-dagang yang lain atau dengan menggunakan direct debit/potongan melalui kad anda.
Manakala, jika memilih untuk menambah prodak lagi anda akan melihat apa yang ada di dalam troli anda.
Nota: Belian RM300 ke bawah anda akan di kenakan cas penghantaran sebanyak RM10 (kadar tetap) dan ini tertakluk pada keadaan semasa.
Langkah 8: Sekiranya da ingin menukar alamat penghantaran anda boleh menekan butang "EDIT" untuk mengisi alamat penerima yang baru atau ke bahagian 'MY ACCOUNT' dalam website Shaklee untuk memasukan maklumat penghantaran. (Ini akan di tunjukkan pada entri akan datang)
Happy Shopping!
0 Comments