Sunday, 27 June 2021

5 Perkara Yang Mendorong /Memotivasikan Manusia | Winichelen Wongkin

 

5 Perkara Yang Mendorong /Memotivasikan Manusia | Winichelen Wongkin


Selamat berhujung minggu semua, punyai kesempatan seketika untuk bertandang masuk ke blog dan jari pula gatal untuk menaip. Jadi Winy ingin kongsikan mengenai satu tips yang kita boleh apply dalam kehidupan. 

Tips ni ekslusif tau. Winy juga baru sahaja tahu. 

Sesiapa yang ada belajar Perniagaan di sekolah tidak kiralah menengah atas mahupun pendidikan tinggi pasti akan familiar dengan Teori Hierarki Maslow. Dengan memenuhi kesemua 5 tetingkat kehendak barulah kita boleh menjadi diri kita yang sendiri. Erti kata lain kita dapat capai semua yang kita inginkan. Dari keperluan asas sehinggalah yang kompleks.

Dan fokus Winy hari ni bukanlah pasal Teori Hierarki Maslow ini tapi tips untuk memenuhi kehendak manusia dan diri kita sendiri. Ia dinamakan 5 kunci ajaib kehidupan. 


5 Perkara Yang Mendorong /Memotivasikan Manusia | Winichelen Wongkin


Elemen yang pertama ialah EGO atau CEMBURU.


5 Perkara Yang Mendorong /Memotivasikan Manusia | Winichelen Wongkin


Jika ada sesuatu perkara yang mencabar ego atau menimbulkan perasaan cemburu kepada seseorang itu, ia akan mengambil tindakan. Sebagai contoh kita cemburu dengan kejayaan seseorang, maka kita juga ingin lakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan kita. Namun, elakkanlah cemburu yang memakan diri sendiri ya. 

Elemen kedua  ialah EKSLUSIF. 

5 Perkara Yang Mendorong /Memotivasikan Manusia | Winichelen Wongkin


Bila sebut perkataan ekslusif pasti barang yang mahal-mahal yang kita terfikir kan, ataupun sesuatu perkara itu hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja. Sebagai contoh kita miliki kasut bola yang punyai tandatangan pemain bola terkemuka. Maka ia menjadi ekslusif dan hanya untuk dia sahaja. 

Elemen ketiga ialah RASA BERSALAH. 

5 Perkara Yang Mendorong /Memotivasikan Manusia | Winichelen Wongkin


Manusia akan bertindak jika dia mempunyai rasa bersalah atau ingin menutupi sesuatu. Misal kata kita kurang menjaga pemakanan yang sihat sebelum ini, dan apabila buat medical check up keputusan agak membimbangkan. Oleh itu kita akan rasa bersalah terhadap diri kita dan seterusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

Elemen keempat ialah TAMAK. 

5 Perkara Yang Mendorong /Memotivasikan Manusia | Winichelen Wongkin


Seseorang itu akan bertindak untuk memenuhi perasaan tamak dalam diri. Contohnya ingin mendapatkan 2 set Snack Plate ayam goreng KFC. Maka dia akan bertindak untuk membelinya. 

Elemen yang kelima pula ialah KETAKUTAN. 


Perasaan atau jika ada baya

5 Perkara Yang Mendorong /Memotivasikan Manusia | Winichelen Wongkin

ngan ketakutan, ia akan buat kita bertindak untuk mengatasi rasa takut itu.

Maka kita masing-masinglah menggunakan kesemua ini untuk mencapai kejayaan dan kebahagian dalam hidup. Kerana jika kita dapat penuhi kesemua keperluan motivasi manusia ini maka kita boleh perolehi apa pun yang kita inginkan dalam hidup. 

Sekian coreten untuk hari ini. Terima kasih buat pembaca setia Winy. 


5 Perkara Yang Mendorong /Memotivasikan Manusia | Winichelen Wongkin


Continue Reading

Thursday, 24 June 2021

Bagaimana Untuk Mencapai Coordinaotor dan Penerima Car Bonus Shaklee - Bonus Kereta Shaklee | Winichelen Wongkin


Bagaimana Untuk Mencapai Coordinaotor dan Penerima Car Bonus Shaklee - Bonus Kereta Shaklee | Winichelen Wongkin



Lama menanti untuk sampai majalah Shaklee ni. Sebabnya Shaklee akan isu tiap dua bulan sahaja. 

Hari ni keluar edisi untuk bulan Mac dan April tidak fikir panjang terus masuk dan cari nama. 

Bulan Mac, bulan Winy naik ke rank yang ketiga iaitu Coordinator Shaklee. Manakala April bulan Winy selesaikan bonus kereta bersama Shaklee. 

Gembira tidak terkata bila dapat capai kedua-duanya. ;")


Bagaimana Untuk Mencapai Coordinaotor dan Penerima Car Bonus Shaklee - Bonus Kereta Shaklee | Winichelen Wongkin

Bagaimana Untuk Mencapai Coordinaotor dan Penerima Car Bonus Shaklee - Bonus Kereta Shaklee | Winichelen Wongkin





Ini merupakan salah satu impian Winy dari dulu. Untuk pengetahuan korang pangkat dan bonus kereta ni bukanlah semudah yang di sangka. Namun tidak mustahil untuk capai. 

Winy bukan cuba hanya sekali namun berkali-kali untuk lengkapkan kriteria yang Shaklee beri.

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk mencapai pangkat Coordinator Shaklee dan bagaimana caranya untuk layakkan kita menjadi salah seorang penerima Bonus Kereta Shaklee.

Sebelum itu seperti anda sedia tahu bahawa Shaklee ini ialah bisnes MLM namun patuh syariah. Boleh rujuk DISINI.

Untuk mencapai pangkat Coordinator ini, sesorang itu perlu mempunyai 3 leaders yang bergelar Supervisor atau pendek kata mencapai jualan 10 ribu ringgit tiap seorang. Jadi ini bukanlah perkara yang mudah. Winy sangat-sangat melarang mereka yang membuat pinjaman peribadi mahupun mengambil langkah singkat untuk mendapat volum jualan yang tinggi, semata-mata mengejar pangkat.

3 orang leaders ini perlu mengikut P&R yang Shaklee sudah tetapkan sama seperti saya. Dengan membuat jualan sebanyak 10 ribu ringgit sebulan bukanlah mudah seperti petik jari. 

Begitu juga dengan seseorang yang akan bakal menjadi Coordinator, minima jualan kumpulan tidak termasuk Supervisor perlu ada dan di patuhi. Untuk memimpin 3 orang ini sehingga mencapai jualan 5 angka itu sangat mencabar namun hasilnya sangat indah. 

Winy tidak akan kupas lebih lanjut kerana lebih baik jika anda berminat untuk menjadi salah seorang leader Elysian Empire Winy akan gilap sampai anda berhasil. 

Berbalik pada bonus kereta pula anda perlu menepati jualan bulanan yang Shaklee tetapkan tanpa gagal selama 3 atau 4 bulan. Untuk bonus kereta ini Shaklee tetapkan program mengikut bulanan juga namun tahapnya berbeza. 

Kelayakan pula di kira daripada berapa point kumpulan yang dikenali sebagai UV(Unit  Volume)

Pilihan pertama selama tiga bulan ialah dengan membuat 5000 UV pada bulan pertama, 10,000 UV untuk bulan kedua dan seterusnya 15,000 UV untuk bulan ketiga seperti dalam gambar rajah. Agak mencabar kerana keperluan jumlah jualan juga tu bukanlah sedikit. Malah harus mengambil kira amaun puluh ribu. 

Pilihan kedua pula selama empat bulan dan agak mudah berbanding dengan pilihan pertama. Keperluan UV ialah 5000 UV, 7500 UV, 7500 UV dan seterusnya 10,000 bulan keempat. Dan inilah pilihan yang Winy ambil. Memakan masa 4 bulan untuk selesai bermula bulan Januari yang lepas. 

Penat lelah untuk membuat jualan, membantu anak didik dan juga mengejar bonus kereta ini akhirnya berbaloi. 

Winy boleh tarik nafas lega dan akhirnya Winy boleh lihat angka bonus kereta dan sudah pun menerima bonus kereta yang pertama pada bulan Mei. Bonus kereta Shaklee di bayar dengan wang, bukannya sebuah kereta. 

Bagaimana Untuk Mencapai Coordinaotor dan Penerima Car Bonus Shaklee - Bonus Kereta Shaklee | Winichelen Wongkin



Pada National Convention kelak Winy bakal naik pentas untuk menerima replika kunci kereta dan salah seorang penerima anugerah ini. 


Bagaimana Untuk Mencapai Coordinaotor dan Penerima Car Bonus Shaklee - Bonus Kereta Shaklee | Winichelen Wongkin


Sungguh luar biasa rezeki dari pemberi rezeki kan. 

Buat yang ingin tahu lebih lanjut boleh chit chat kami di Elysian Empire. Atau klik LINK ini saja. 

Terima kasih kerana sudi membaca entri Winy pada kali ini. 


Bagaimana Untuk Mencapai Coordinaotor dan Penerima Car Bonus Shaklee - Bonus Kereta Shaklee | Winichelen Wongkin


Continue Reading

Tuesday, 22 June 2021

Filem Animasi CGI Sabahan Dazang Tukung Dalam Bahasa KDMR | Winichelen Wongkin


Filem Animasi  CGI Sabahan Dazang Tukung Dalam Bahasa KDMR | Winichelen Wongkin


Kaamatan sangat dekat dengan hati kita warga Kadazan Dusun Murut Rungus kan, malah tiap tahun kita pasti tidak akan lupa dengan Pesta Kaamatan. Walaupun tahun ni berbeza dari tahun-tahun sebelumnya yang mana semuanya melalui online sahaja dengan tema Kaamatan, "Borderless Kaamatan For Reconciliation And Peace" atau dalam bahasa KDMR-nya "Kaamatan Aiso Watas Montok Pogiompunan Om Pibabasan" 

Winy bukan mahu bahas mengenai Kaamatan tau tapi kita balik dengan tajuk di atas. Bulan lepas Winy sendiri dah BELI dan tonton filem animasi CGI pertama yang di hasilkan oleh pengiat seni yang berbakat ini dengan kualiti yang sangat terbaik. Jujurnya Winy salah satu peminat cerita-cerita dongeng dan lagenda yang berkaitan dengan kebudayaan kita masyarakat KDMR. Jadi sebagai masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus, filem seperti ini harus di beri perhatian serius. Bukan sahaja kepada pengiat seni namun seluruh warga Sabah seterusnya Malaysia. 


Saksikan trailer filem Dazang tukung ini. 





Filem Animasi  CGI Sabahan Dazang Tukung Dalam Bahasa KDMR | Winichelen Wongkin






Filem Animasi  CGI Sabahan Dazang Tukung Dalam Bahasa KDMR | Winichelen Wongkin



Cerita Dazang Tukung atau dalam bahasa Melayu 'Puteri Pohon Ara Merah' ini berkisar pada cerita kenapa nyamuk sering berdesing di telinga kita. Korang mesti tertanya-tanya kan. Sebelum ni Winy juga tidak terfikir pun ada cerita di sebaliknya. 

Setelah menghabiskan masa menonton filem yang berdurasi 1 jam 40 minit ini barulah Winy pun tahu. Satu perkataan yang keluar di mulut. "Wau!"  Sangat-sangat menarik cara penceritaannya, dengan menggunakan bahasa KDMR korang juga boleh belajar untuk bercakap dan menyebut perkataan tersebut. Saya pasti ramai yang ingin belajar bahasa ibunda masing-masing kan. Jadi ini merupakan salah satu wadah untuk anda belajar bahasa ibunda anda terutama mereka yang bebangsa KDMR. 



Filem Animasi  CGI Sabahan Dazang Tukung Dalam Bahasa KDMR | Winichelen Wongkin




Filem Animasi  CGI Sabahan Dazang Tukung Dalam Bahasa KDMR | Winichelen Wongkin




Filem Animasi  CGI Sabahan Dazang Tukung Dalam Bahasa KDMR | Winichelen Wongkin




Filem Animasi  CGI Sabahan Dazang Tukung Dalam Bahasa KDMR | Winichelen Wongkin


Winy sendiri masih lagi giat untuk belajar. Dan melalui filem ini Winy dapat menambah ilmu. 

Korang semestinya tidak akan rugi untuk menonton filem ini. Winy juga ada buat review mengenai filem ini di Tiktok (akan di muat naik kelak). Korang boleh lihat juga.


Bagi yang tertanya-tanya macam mana caranya untuk dapatkan filem ini. Mari Winy tunjukkan. Tapi sebelum ini Winy akan jelaskan spesifikasi setiap filem ini. 


Tajuk Filem: Dazang Tukung

Durasi: 1 Jam 40 Minit

Bahasa: Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) dan mempunya sari kata dalam Bahasa Melayu

Software Type: CGI Animation Movie

Harga: 2k = RM35.00

            FHD = RM29.50

            HD = RM 25.50

Platform Belian: Shopee 

Link: Dazang Tukung Animasi CGI - 002/Win


Nota: 

Adalah dilarang sama sekali untuk memiliki karya ini melalui sumber yang tidak sahih/cetak rompak. Setiap pembeli punyai ID unik sendiri. Hargai usaha dan tenaga penggiat seni tanah air kita. 


Buat yang tidak membuat belian saya sangat-sangat perlukan jasa baik anda untuk menyokong melalui cara kongsikan post ini kepada yang lain. Dan pada sesiapa yang sudah menonton juga boleh letak review/komen di post ini atau melalui link Shopee di atas. 

Adiosss! 

Continue Reading

Thursday, 10 June 2021

Cara-Cara Untuk Membuat Belian Melalui Website Shaklee | Winichelen Wongkin



Cara-Cara Untuk Membuat Belian Melalui Website Shaklee | Winichelen Wongkin



Hello semua! Sedar tak sedar kita sudah masuk pertengahan tahun 2021. Cepat sungguh masa berlalu. 

Hari ni perkongsian khas buat ahli berdaftar Shaklee. Memandangkan Winy terima banyak sangat pertanyaan dan soalan mengenai cara-cara untuk buat belian melalui website Shaklee.

Nah khas untuk korang.Heee

Winy sertakan video dan step-step melalui gambar sekali untuk rujukan korang. Video ni khas di dedikasi daripada salah seorang leader hebat di Elysian Empire.

Untungkan berada dalam team kami. 




Ini melalui gambar pula. 

Langkah 1: Layari laman web Shaklee di www.shaklee.com.my/login



Cara-Cara Untuk Membuat Belian Melalui Website Shaklee | Winichelen Wongkin




Langkah 2: Masukkan ID Shaklee anda berserta Kata Laluan/Password


Cara-Cara Untuk Membuat Belian Melalui Website Shaklee | Winichelen Wongkin



Langkah 3: Tekan butang Shop/Beli Belah. ( Anda juga bole menekan butang Cart/Bakul di bahagian atas sebelah kanan - Jalan pintas)

Bahasa boleh di tukar mengikut keselesaan anda. Boleh di tukar pada bucu atas sebelah kiri.


Cara-Cara Untuk Membuat Belian Melalui Website Shaklee | Winichelen Wongkin


Langkah 4: Pada bahagian beli-belah anda boleh memilih prodak mengikut pilihan anda.


Cara-Cara Untuk Membuat Belian Melalui Website Shaklee | Winichelen Wongkin



Langkah 5: Anda boleh melihat dan membaca info-info setiap ptodak pada bahagian bawah prodak untuk keterangan lanjut. Namun jika hanya ingin membuat belian, terus sahaja "Add to Cart" Untuk meneruskan belian anda. 



Cara-Cara Untuk Membuat Belian Melalui Website Shaklee | Winichelen Wongkin



Langkah 6: Setelah memilih prodak anda, anda boleh teruskan untuk membuat bayaran atau teruskan membeli belah. 


Cara-Cara Untuk Membuat Belian Melalui Website Shaklee | Winichelen Wongkin



Langkah 7: Sekiranya ingin meneruskan pembayaran. Anda akan melihat ada 2 pilihan sama ada menggunakan sistem FPX seperti online banking yang anda gunakan untuk membuat belian di laman e-dagang yang lain atau dengan menggunakan direct debit/potongan melalui kad anda.

Manakala, jika memilih untuk menambah prodak lagi anda akan melihat apa yang ada di dalam troli anda. 

Nota: Belian RM300 ke bawah anda akan di kenakan cas penghantaran sebanyak RM10 (kadar tetap) dan ini tertakluk pada keadaan semasa. 



Cara-Cara Untuk Membuat Belian Melalui Website Shaklee | Winichelen Wongkin




Langkah 8: Sekiranya da ingin menukar alamat penghantaran anda boleh menekan butang "EDIT" untuk mengisi alamat penerima yang baru atau ke bahagian 'MY ACCOUNT' dalam website Shaklee untuk memasukan maklumat penghantaran. (Ini akan di tunjukkan pada entri akan datang)



Cara-Cara Untuk Membuat Belian Melalui Website Shaklee | Winichelen Wongkin


Setelah anda membuat bayaran anda akan menerima pesanan ringkas dari Shaklee, berserta email. Invois belian juga boleh di lihat dalam sejarah pesanan anda di dalam website. 



Cara-Cara Untuk Membuat Belian Melalui Website Shaklee | Winichelen Wongkin


Happy Shopping! 







Continue Reading