https://winichelen.blogspot.com/2021/01/pandemik-covid-19-bagaimana-nak-survive.html


Semenjak Covid-19 di kategorikan sebagai pandemik. Ramai yang terkesan. Ada yang dapat kesan baik ada pula yang negetif. 

Di Malaysia khususnya sudah setahun kita berada dalam situasi pandemik ini. Kompeni-kompeni besar tidak dapat tampung kos dan berhentikan pekerja, ramai yang cuti tanpa gaji, ramai yang terpaksa tutup bisnes sebab tidak dapat tanggung belanja. 

Dan pada tahun ini kita bukan lagi terpaksa akur dengan nasib tapi kena terima hakikat, sesuaikan diri dengan keadaan semasa. Ubah dan cari jalan keluar bukannya pasrah dengan nasib. 

Jadi ini antara tips yang Winy boleh kongsikan untuk korang yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara kita ni. Ini adalah tips-tips yang di kongsikan dalam kelas Master Adlin di bawah seminar bangkit berniaga. Seronok sangat. Ilmu percuma pula tu.

1. KENAL PASTI PERMINTAAN.

Jika berniaga makanan dan tidak dapat buka gerai, berpindah ke tempat yang baru gunakan kaedah penghantaran ke rumah pelanggan seperti Grab Food, Food Panda. 

2. KENAL PASTI MASALAH PELANGGAN

Pada masa ini kebanyakannya tidak dapat keluar sendiri untuk shopping dan membeli barang, cita rasa pula berbeza-beza. Terutama fahsion. Jadi perlu cari inisiatif untuk selesaikan masalah pelanggan. 

3. TAMBAH BIDANG/BISNES

Kalau sebelum ni bisnes yang kita jalankan tidak membawa aliran wang yang positif di sebabkan oleh pandemik ini kita wajib untuk tambah ataupun cari bisnes lain yang boleh datangkan pendapatan. 

Sekian saja tips dari Winy entri akan datang Winy kongsikan lagi. Adios!


https://winichelen.blogspot.com/2021/01/pandemik-covid-19-bagaimana-nak-survive.html


0 Comments