Monday, 29 June 2020

Day 3: Cabaran Saya Mencapai 17,000 Jualan Dalam Masa 21 Hari | Winichelen Wongkin





Hari ni Winy bangun awal dari biasa dan terus buka buku untuk cabaran hari ketiga. Perasaan tu seronok sangat lain dari hari biasa.

Korang kalau nak ikut Winy buat cabaran ni jangan segan-segan untuk sertai tau. 

Dan cabarannya pada hari ini ialah, SENARAIKAN 5 PERKARA YANG KAMU BOLEH LAKUKAN JIKA MEMPUNYAI WANG.

Kalau ikutkan memang banyak sangat yang boleh di catat. Tentunya berlembar-lembar muka surat.

Bayangkan semua yang terlintas di fikiran boleh di beli dengan mudah sekali. 

Tak perlu risau bila tengok harga, nak saja terus beli. 

Satu benda yang Winy belajar, duit bukanlah benda yang jahat. Bukan juga sepenuhnya bergantung pada wang untuk bahagia. Tapi wang ialah alat perantaraan. Jika kita guna sebaik mungkin ianya akan membawa hasil yang sangat baik. 

Dapat gembirakan ramai orang, dapat bantu ramai orang. 

So buat yang sudi membaca diari Winy ni. Marilah mulakan langkah hari ini dan semoga berjumpa pada hari esok pula. 
 
Continue Reading

Sunday, 28 June 2020

Cabaran Saya Mencapai 17,000 Jualan Dalam Masa 21 Hari | Winichelen Wongkin




Hello, semua bermula kelmarin sebenarnya Winy sudah mulakan perjalanan untuk buat cabaran mencapai jualan sebanyak RM17,000 dalam masa 21 hari. Winy memang seorang yang sangat percaya pada Law Of Attraction. 

Macam mustahil pun ada kan tapi Winy akan cabar diri untuk konsisten buat diary ni tiap hari sehinggalah 21 hari. Kalau dulu pernah cabar diri untuk buat posting selama setahun tanpa gagal di muka buku kenapa kali ni pula tidak dapat kan.

So yaa, untuk hari pertama semalam Winy sudah pun buat cabaran pertama iaitu BUANG segala benda-benda yang tidak membantu dalam kehidupan langsung. Sepertinya singkirkan resit-resit di dalam dompet yang tidak berguna. Bersihkan ruangan kerja supaya nampak lebih kemas dan duit lebih senang mengalir. 
Nescaya banyak magik yang akan datang.

Hari ini pula masuk hari kedua, tugasannya untuk memaafkan diri dan semua perkara yang membuatkan kita bersedih dan yang menghalang kepada kejayaan dan kebahagiaan untuk datang. Senaraikan sebanyak mana permasalahan atau perkara yang buat pernah buat kita sakit hati. Terapi ini sangat berkesan untuk membuang semua benda yang tidak penting lagi dalam hidup kita. Kalau kita lihat balik semua dan apa yang berlaku kini, banyak yang tidak akan menyubang apa-apa pada masa kini.

Sebagai contoh ini yang Winy tulis dalam jurnal Winy.

1. Pada masa saya ingin dapatkan telefon dan ibu bapa saya mengatakan mereka tidak mampu untuk beli.
2. Pada masa saya ingin sambung belajar tapi ibu bapa saya kata mereka tidak mampu untuk bayar yuran pengajian saya.
3. Sewaktu saya ingin melancong tapi duit dalam bank akaun saya tidak mengizinkan.

Dan senaraikanlah sebanyak yang mungkin yang terlintas di dalam hati dan fikiran. Untuk buat ni tidak akan ambil masa yang lama hanya 20-30 minit sehari. 

Sesudah itu, baca sekali lagi satu persatu dan bayangkan perasaan sewaktu berada pada situasi itu.

Seterusnya pejam mata dan silangkan tangan pada bahu dan tepuk perlahan-lahan. Sambil itu katakanlah "I forgive you. I am Sorry. Thank You. I love you."

Nampak macam tidak bererti kan tapi inilah yang perlu kita buat. Kita harus memaafkan kisah silam kita, kita harus maafkan mereka yang bersalah pada kita, kita harus lepaskan bebanan perasaan yang terbuku dalam hati kita walaupun semua yang berbuat salah itu tidak layak untuk di maafkan. Sebab utamanya kita layak untuk bahagia dan gembira. 

“I forgive you” = I will release this from myself and it is no longer my
problem. I will no longer allow this situation to affect me and block my
money vibe.

“I’m sorry” = I acknowledge the situation and I am sorry for holding onto it
for so long. It will no longer be allowed to bother me.

“Thank you” = Thank you for all the lessons that this situation taught me

“I love you” = Sending love to the situation will allow you to heal and get
through it. Everything is accomplished with love.

Ini saya petik dari buku "Unleash your inner money babe" by Katrin Zenkina.

Sekian coretan untuk hari ini. Kita berjumpa esok pula. ;')
Continue Reading

Tuesday, 16 June 2020

Kandungan B Complex Shaklee | Winichelen Wongkin





            
Taip sahaja B-complex memang merata-rata artikel yang akan keluar berkenaan B complex. Namun adakah kita memilih b complex yang tepat dan baik?
 
Apa pula maksudnya yang di katakan dengan b complex yang baik. Ini apabila semua kandungan b complex yang penting dan kuantitinya mencukupi dan semestinya selamat dan berkesan untuk di guna pada jangka masa yang panjang. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin. Selain itu elakkan juga pengambilan b complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release).

Inilah yang menjadi kekuatan Shaklee. Dari dulu sehingga kita, objektif Shaklee ialah untuk menghasilkan makanan tambahan yang mesra alam dan semestinya selamat dan terbukti berkesan buat penggunanya.




Dalam B complex Shaklee ini terdapat  8 komponen penting vitamin b.

Vitamin B12
Ialah vitamin penting yang membantu saraf dan sel darah merah sihat. Selain itu membantu dalam penghasilan DNA, dalam genetik. Vitamin B12 ini juga penting dalam menhgelakan anemia yang di panggil "Megalobastic Anemia" yang membuatkan badan kita lemah dan kurang bermaya.

Thiamin (B1)
Yang juga di kenali sebagai B1, di jumpai di kebanyakan makanan seperti kekacang dan daging. Thiamin ini membenarkan dan menukarkan badan untuk menggunakan karbohidrat sebagai tenaga. Penting dalam menguraikan gula. Mempunyai fungsi penting pada saraf dan otot.

Asid Pantotenik (B5)
Yang lebih di kenali sebagai B5 ini salah satu elemen b complex yang penting dalam kehidupan kita. Ianya penting dalam membantu makanan kepada tenaga, penting dalam penghasilan sel darah merah. Vitamin B5 ini akan menukarkan lemak, karbohidrat, protin kepada tenaga. 

Vitamin B6 (Pyridoxine)
Viitamin B6 ini tidak dapat di hasilkan oleh badan manusia dan hanya dapat di ambil daripada suplemen dan pemakanan sahaja. Oleh itu sangatlah penting untuk mengambil suplemen. Vitamin B6 ini penting dalam menurunkan paras gula dalam darah dan penting dalam menyeimbangkan emosi. 

Riboflavin
Vitamin B2 ini membantu dalam metabolisma lemak, karbohidrat dan protin. Ini sangat penting untuk memastikan badan kita cukup sumber tenaga. Riboflavin ini menukatkan karbohidrat kenapa Adenosine triphosphate (ATP). ATP atau tenaga ini penting untuk tubuh kita.

Niacin
Kerja utama Niacin ini ialah untuk menukarkan karbohidrat ini kepada gula, metabolisma lemak dan protin. Membantu dalam sistem saraf untuk bekerja sebaiknya. Niacin penting dalam mengawal hormon yang berkaitan seks dan stress. Selain itu menyeimbangkan kolestrol dalam darah.

Folat
Folat mempunyai khasiat yang penting dalam badan. Ianya membantu dalam penghasilan tisu untuk tumbesaran dan membantu sel badan bekerja. Ia juga penting dalam mengelakkan anemia.

Biotin
Biotin ini sangat terkenal dalam penjagaan rambut dan kuku yang sihat. Biotin juga memainkan peranan penting ketika mengandung dan dalam penyusuan. 

Sumber: Dr. H.K Bakhru, A handbook of natural beauty (2012)
Shaklee.com.my


Continue Reading

Monday, 1 June 2020

Elysian Empire May 2020 Top Achievers | Winichelen Wongkin







Terharu dengan pencapaian Elysian Empire bulan May ni walaupun tsunami OOS melanda EE warriors masih dapat closing dengan bergaya.

Total group sales RM11,1158. I am forever grateful.

Mereka ni lah top achievers May. Sebak dan terharu dengan dorang.

Pemegang 2-3 angka bonus belum termasuk untung runcit. ;')

Bulan Jun kita all out lagi ya!

Tidak ketinggalan buat
Suzela Maju
,
Farrazela Nonong Maju
&
Adelz Joannes
mereka juga perform sangat baik. Jadikan bulan Jun untuk korang!

Last but not least thank you God for this amazing month and hoping that Elysian Empire will fly higher.

With love,
Winichelen Wongkin | Founder of Elysian Empire











Continue Reading