Wednesday, 27 May 2020

Rasa Was-Was Untuk Mengambil Suplemen Shaklee? Baca Landmark Study Ini | WINICHELEN WONGKIN


HASIL YANG MENAKJUBKAN! TERBUKTI OLEH SAINS!

Kajian klinikal ini memerlukan para peserta untuk menjalani pengambilan sampel darah untuk memeriksa biomarker kesihatan utama. Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa pengguna suplemen yang mengambil suplemen dalam jangka panjang mempunyai risiko yang lebih rendah untuk penyakit 3 serangkai seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser. 



APA ITU LANDMARK STUDY?

Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee: Corak penggunaan, kesihatan dan status pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan untuk jangka panjang: kajian keratan rentas

Gladys Block, Christopher D Jensen, Edward P Norkus, Tapashi B Dalvi, Les G Wong, Jamie F McManus and Mark L Hudes.

Nutrition Journal 2007, 6:30doi:10.1186/1475-2891-6-30



BAGAIMANA IA BERMULA?

Roger Barnett amat kagum akan keberkesanan Shaklee dan ianya memang terbukti namun tiada bukti kukuh yang menyokong. Justeru, beliau mengambil keputusan untuk membiayai kajian komprehensif bagi membandingkan antara pengguna jangka panjang suplemen Shaklee dengan pengguna yang lain.


Menariknya lagi hanya Shaklee yang berani untuk menguji keberkesanan prodaknya dan menjalankan ujian ini. Sebabnya ia terbukti berkesan dan selamat!


BAGAIMANA IA DIJALANKAN?
  • Dikendalikan melalui pengumpulan data secara atas talian dengan pakar epidemiologi nutrisi yang terkenal iaitu Dr. Gladys Block, PhD dari UC-Berkeley, Fakulti Bahagian Kesihatan Awam.
  • Data sebanyak 502 orang dari gabungan bukan pengguna dan 176 orang pengguna satu jenis suplemen di ambil daripada Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES) 
  • Kajian pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan (NHANES) mempunyai data terperinci daripada kajian yang telah dijalankan sebelumnya ke atas para pengguna tidak mengambil suplemen dengan para pengguna mengambil sejenis suplemen. Roger mahukan kajian ketiga bagi NHANES jadi terdapat 3 kumpulan yang di bandingkan.
             1. Pengguna tidak mengambil sebarang suplemen  
             2. Pengguna mengambil satu jenis suplemen sahaja 
             3. Pengguna suplemen Shaklee dalam jangka panjang. 
  • Maklumat berkaitan diet dan pengambilan suplemen, senaman, status kesihatan telah di peroleh melalui borang kaji selidik secara atas talian dan pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap 278 orang yang berumur lebih daripada 20 tahun yang mengambil pelbagai suplemen Shaklee dalam jangka masa yang panjang.
  • UC Berkeley menyemak semua statistik menganalisa semua sampel darah yang di ambil, menulis kajian dan membuat kawalan penuh terhadap keputusan yang bakal di keluatkan. Shaklee hanya membiayai kajian itu dan keputusan yang di perolehi tidak hanya berpihak pada Shaklee. Apa pun keputusannya Shaklee akan keluarkan hasil kajian.
  • Apabila kajian selesai jurnal nutrisi pada 2007 di keluarkan oleh pihak UC Berkeley.
KEPUTUSAN 

Suplemen makanan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna Berbilang Suplemen merangkumi multivitamin/mineral, B-kompleks, vitamin C, karotenoid, vitamin E, kalsium dan vitamin D, asid lemak omega-3, flavonoid, lesitin, alfalfa, koenzim Q10 dengan resveratrol, glukosamina, dan suplemen herba untuk rangsangan imun. Kebanyakan wanita juga mengambil asid gamma linolenik dan suplemen probiotik, manakala kaum lelaki pula dilihat kerap mengambil zink, bawang putih, saw palmetto dan suplemen protein soya. Kepekatan nutrien di dalam serum secara amnya meningkat dengan penambahan suplemen. Selepas pelarasan umur, jantina, pendapatan, pendidikan dan indeks jisim tubuh, penggunaan suplemen yang banyak telah dikaitkan dengan bacaan yang lebih baik untuk serum homosisteina, protein C-reaktif, kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi dan trigliserida, serta pengurangan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes.

KESIMPULAN

Kumpulan pengguna berbilang jenis suplemen makanan jangka panjang ini mengambil pelbagai jenis vitamin/mineral dan herba secara harian, di samping suplemen yang khusus untuk sesuatu keadaan tertentu. Mereka lebih berkemungkinan mempunyai paras biopenanda penyakit kronik yang optimum, dan kurang berkemungkinan mempunyai tahap nutrien di dalam darah yang berada di bawah paras optimum (suboptimum), tekanan darah tinggi dan diabetes berbanding bukan pengguna dan pengguna multivitamin/mineral tunggal. Penemuan ini perlu disahkan dengan mengkaji corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan dalam kumpulan lain.


Untuk bacaan dan keterangan lanjut boleh klik link ini  ;)



































Continue Reading