Wednesday, 20 March 2019

Perbezaan Antara Whiteheads, Milia Dan Fungal Acne: Cara Mengatasi | Winichelen Wongkin


PERBEZAAN ANTARA WHITEHEADS, MILIA DAN FUNGAL ACNE: CARA MENGATASI

Topik ni sememangnya menarik dan ramai yang nak tahu perbezaan ketiga-tiga ni sebanya bila di lihat dengan mata kasar nampak sama saja kesemuanya.

Ciri utama ialah bintik bintik kecil dan kasar di atas wajah dan berwarna keputihan.
Dan kali ni Winy mau kongsi macam mana caranya untuk mengenali mereka ini.
Namum, peringatan awal ini hanya self-diagnose. Untuk kepastian semestinya ke pakar dermatologist sendiri dan di lihat menggunakan mikroskop untuk tahu dengan lebih jelas.

PERBEZAAN ANTARA WHITEHEADS, MILIA DAN FUNGAL ACNE: CARA MENGATASI

🌺 WHITEHEADS
Secara umumnya whiteheads ni ialah gabungan minyak peluh dan kulit mati.
So basically whiteheads is clogged pores, minyak, peluh yang terperangkap dan terperangkap di bawah lapisan kulit dan susah untuk keluar.
Ini berlaku bila kulit kita keluarkan peluh yang sangat banyak dan apabila kejadian ini berlaku badan cuba untuk stabilkan dan lembapkan kulit sehingga lebih banyak minyak muka yang keluar. Selain itu ini di sebabkan kulit yang terlalu kering dan penggunaan prodak yang kasar dan buatkan kulit jadi kering.
Whiteheads tidak akan buat kita rasa sakit dan bengkak. Malah senang untuk di keluarkan mengguakan pemicit. Tetapi lagi baik jika pakar yang buat agar tidak merosakkan permukaan kulit.
Cara merawat whiteheads ni ialah dengan menggunakan checmical exfoliation atau penghakisan kimia menggunakan prodak yang ada AHA, cycilic acids. Dan yang paling penting ialah minum banyak air dan kekal hidrasi.

PERBEZAAN ANTARA WHITEHEADS, MILIA DAN FUNGAL ACNE: CARA MENGATASI

🌺 MILIA
Atau yang sering kita dengar biji biji kolestrol. Ini ialah lebihan protin di bawah kulit yang di panggil keratin. Milia ini bukan di sebabkan oleh infeksi atau masalah sebum yang berlebihan tetapi berlaku jika kita terlalu stress, tidak cukup rehat dan masa untuk penggantian sel kulit baru menjadi lambat.
Ada juga kajian yang mengatakan ini di sebabkan oleh faktor genetik.

Cara mengenali milia ini sangat mudah kerana hanya berlaku di sekeliling mata. Bintik bintik di sekeliling mata berwarna putih tidak sakit dan tidak boleh di picit.Jika di picit akan buatkan kulit menjadi luka.
Cara merawat ialah dengan kurangkan stress dan bantu kulit untuk pecerpatkan penggantian sel kulit baru. Atau gunakan hycloric acid. Sapu pada kapas dan dab dab pada bahagian mata. Dan jika berjumpa dermatologist mereka akan cadangkan untuk membuangnya dengan laser treatment.

PERBEZAAN ANTARA WHITEHEADS, MILIA DAN FUNGAL ACNE: CARA MENGATASI

🌺 FUNGAL ACNE
Tidak lain tidak bukan ini di sebabkan oleh infeksi yeast yang di panggil malassezia. Bukanlah di sebabkan oleh skincare, clogged pores, peluh atau daripada moisturizer.
Sangat tricky sebabnya kadang-kadang kelihatan seperti whiteheads tetapi akan rasa gatal, bintik bintik yang sangat banyak.

Penggunaan antibotik juga tidak berkesan untuk fungal acne, dan kes yang teruk akan buatkan dia menjadi lagi banyak. Susah untuk di buka sebab bahan bahan dalam skincare juga mungkin akan buatkan fungal acne menjadi teruk.

Tetapi boleh di rawat jika berjumpa dengan pakar kulit dan lihat apa bahan bahan yang boleh di letak pada muka atau tidak.

Harap info ini membantu.

Sila #SHARE dan #LIKE juga supaya ramai yang dapat info menarik ini.

0 comments:

Post a Comment