Monday, 7 January 2019

Hiking With Friends At Nuluh Lapai Hills | Winichelen Wongkin


HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN


Hai hai hai...

Hari tu lepas balik dari hiking kira nak tulis terus entri tapi memandangkan balik saja terus mengampai di tilam then the next day terlupa lagi makanya hari ni baru sempat nak update. haha

Alasan saja lebih kan.

Winy excited sebenarnya mau cerita pasal ni sebab boleh kata sepanjang stay di KK (Kota Kinabalu) ni, ni first time saya naik bukit hahaha Lagi irony kali terakhir mendaki 2014 kot. Which is gunung Santubong. Tu zaman belajar dulu lagi. kahkahkah

Selain nak simpan sebagai kenangan, mungkin entri ni boleh jadi rujukan untuk korang juga.

Hari tu sedang sibuk kemas rumah, dapat chat dari kawan nak ajak pi hiking. Winy punyalah sedang berperang dengan barang di rumah dapat pula text yang buat lagi excited. Woaaah....

Ok onzz. Tak banyak cakap Winy terus cakap Yass!

Winy langsung tak tahu pun di mana tempat ni, tak pernah dengar juga nama bukit ni. Maklumlah Winy bukan minat sangat daki mendaki ni, walapun hakikatnya dari kecil dulu pergi sekolah jalan kaki tidak akan missed naik bukit.kahkah

Dan petang tu kawan ambil dari rumah. Kita pun gerak ke Nuluh Lapai Hills, yang kira-kira 30-45 minit dari bandaraya Kota Kinabalu. Tempatnya dekat dengan Sulaman. Masa ni bergantung dengan trafik. Sebelum gerak check waze atau maps dulu untuk cari jalan yang paling singkat dan kurang jammed.

Sesampainya di sana, boleh lah parking kereta di tepi jalan atau tempat parking yang berdekatan. Haah berita baiknya, Nuluh Lapai ni dekat dengan Gayang Seafood Restaurant. Kalau dah siap mendaki nanti dan lapar boleh terus singgah di sini. Full details mengenai tempat ni Winy tidak dapat ceritakan sebab hari tu tidak sempat nak lepak di sana.hehe Ampuuun.

Untuk mendaki pula korang boleh pilih 2 trek. Nak yang trek panjang atau pendek bergantung dengan korang.

Trek 1 : 980 M
Trek 2: 1.2 KM

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN


Waktu mendaki ke atas memandangkan masa masih awal lebih kurang jam 4.40 petang kami decided untuk guna trek yang panjang iaitu 1.2KM. Pendakiannya agak lancar sebab hujan pun tidak turun, hari tu cuaca memang baik sekali.

Dan kami sampai di puncak dalam 30 minit pendakian. Kalau ikutkan yang lain boleh mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak. Tapi nasib menyebelahi kami mungkin sebab cuaca baik and of course bila naik dengan kawan-kawan lagi happening kan.hehe So tidak terasa la mendaki tu.

Bila rasa penat boleh la rehat kejap dan sambung mendaki lagi.hehe

Setibanya di puncak, pemandangan memang sangat cantik. Udaranya nyaman dan menariknya lagi korang boleh nempak laut dan bandar Kota Kinabalu.

So mesmerizing.


HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

Sampai di atas haah apa lagi lakarkan lah kenangan bersama kawan-kawan dan ambil gambar banyak-banyak.

Ni nak bagi hints juga kot-kot nak idea untuk buat proposal dengan girlfriend korang boleh la buat di atas ni.hahaha

Hanya sekadar tempat persinggahan dan exercise kan so nak kongsi pasal kemudahan tu Winy tak boleh cerita sangat.

Tapi di atas tu ada tandas dan juga tempat nak beli minuman dan makanan ringan kalau perlu.

Dan selepas tunggu matahari terbenam kami pun turun, tapi kali ni guna trek yang lebih pendek iaitu 980 M.

Personally kalau dari opinion Winy trek yang panjang tu jalannya agak landai, of course treknya lagi panjang dan ambil masa tapi trek yang pendek tu jalannya lebih mengejut. Naik saja meluluh.haha

Tapi kalau tak nak lepaskan peluang boleh cuba cara kami, guna trek kedua-duanya.ngeee

Dan sebelum mendaki ni antara barang-barang yang Winy suggest korang perlu bawa. Kasut bertutup penuh, Seluar trek/legging, Topi, Payung, Air secukupnya, Ubat-ubatan bila perlu.

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN


So Winy ringkaskan details kat sini...

Yuran: PERCUMA
Kemudahan: Tempat membeli air, Tandas
Jangkaan Masa Mendaki: 20 minit - 1 jam (bergantung cuaca dan trek pilihan)

Selamat mendaki dan semoga post ini bermanfaat untuk korang.

Adiooos!!



HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

Continue Reading

Tuesday, 1 January 2019

Happy New Year 2019 | Winichelen Wongkin


Tahun 2018 dah berakhir, mesti ramai yang ada sudah azam tahun baru kan.

Winy pun sudah siap tulis azam hehe Dapat atau tidak itu belakang kira.

Banyak kenangan pahit manis yang berlaku pada tahun lepas, antara kenangan pahitnya bila kena deal dengan polis. Details cerita tu Winy tidak mahu ulas biarlah jadi kenangan saja. 

Kan ada ayat yang cakap kenangan lama usah di kenang. Kah!

Tapi apa yang paling Winy nampak waktu kita mahu tulis impian dan kejayaan of course bukan semua akan tercapai dengan mudah ada saja tembok penghalang dan waktu ombak taufan ni melanda di sana la kita nampak yang tidak putus asa saja akan terus tetap di medan perang.

Tahun 2019 ni masuk tahun kedua Winy bina bisnes dalam Shaklee. Ramai saja yang masuk dan keluar tapi Winy tidak kisah, siapa yang nak setia dan ingin di bimbing Winy akan kerah tenaga sedaya upaya untuk bantu. 

Bagi yang tidak biarkan la dia di sana, sebab tiada siapa yang boleh tolong melaimkan diri sendiri.

Di tahun ini Winy mahu doa sungguh-sungguh lagi agar di beri leaders yang sangat gila nak berjaya.

Target Winy nak lahirkan 5 ORANG KEY LEADERS yang akan menerima bonus minima 4 angka.

2019 ni ELYSIAN EMPIRE akan pecah REKOD!

  • Hit sales RM50,000 sebulan
  • 5 orang supervisor 1st level
  • 200 orang ahli berdaftar dalam EE
Korang nantikan!
Continue Reading