Friday, 3 May 2019

Diari Di Hari Keluarga | Winichelen Wongkin





Setahun sekali setiap 1 Mei akan ada Hari Keluarga yang di anjurkan. Dan tahun ni tahun kedua Winy sertai. Seronok sangat dapat berkumpul ramai-ramai.

Perkongsian hari ni sekadar nak simpan kenangan sewaktu pulang dari Mandalipau White River, Papar. Siapa ada baca entri Winy sebelum ni akan tahu pasal tempat ni. Bagi yang belum boleh lah klik di sini.

Selesai semua aktiviti untuk hari keluarga hari tu, kira-kira hampir jam5 petang kami pun bergerak balik. Winy tumpang kereta kawan, dan kami berdua sahaja.

Perjalanan keluar kami dari sungai tu sangat lancar tapi network dah mula untuk hilang. Dan kami pun bergerak aak lancar, sampai la tiba di satu simpang yang mana kami perasan tidak lalu jalan tu di waktu pagi.

Internet untuk buka google maps dan waze pula memang tidak dapat.Kami patah balik di laluan yang sebelumnya, setibanya di sana dapat masuk internet buat seketika dan pinned tempat untuk keluar dari situ.

Tapi jalan yang di bagi dalam maps tu pula lagi pelik dari sebelumnya dan ketika kami lalui kawasan tu dengan tiba-tiba cermin depan dan sisi kereta kawan Winy berkabus yang sangat tebal sehingga kami langsung tidak dapat lihat di luar dan dah guna wiper untuk cuci juga, baru 2-3 saat kabus dah balik lagi.

Dan makin lama jalan tu pula makin tunyi dan makin masuk ke dalam. Internet dan network memang langsung tak ada.

Tidak sedar sebemarny dah hampir sejam di dana. Kami senyap dan cuba untuk tenangkan diri sebab takut nanti hari makin gelap dan lagi susah nak keluar dari sana.

Kami cuba untuk balik ke jalan yang sudah kami lalui sebelum ni, dan hampir 15 minit akhirnya dapat keluar dari sana. Dan macam magik cermin langsung tak ada kabus lagi. Macam tak pernah jadi apa-apa sebelum ni.

Dan internet pula lancar dan sangat laju.

Nak fikir apa yang terjadi dan kenapa berlaku macam tu, tu biarlah menjadi tanda tanya.haha

Winy coretkan di sini untuk tatapan di hari nanti.

Salam sayang semua.
Continue Reading

Tuesday, 2 April 2019

New Cycle 2019/2020 Shaklee Rewards | Winichelen Wongkin


NEW CYCLE 2019/2020 SHAKLEE REWARDS | WINICHELEN


Dah 2 April hari ini, maka 1 hari dah berlalu untuk tahun perakaunan yang baru bagi keluarga besar Shaklee.

Sebelum ni dah di war-warkan apakah rewards dan keistimewaan yang akan bakal di rebut buat semua yang bergelas SID. Winy pun tidak kurang juga hyped nya haha

Maklumlah cycle kali ni memang buat Winy sangat tertarik. Bukan dari segi reward saja tapi promo pun makin gempak.

Kali ni Winy nak kongsi apa yang bakal korang akan dapat jika berdaftar sebagai ahli Shaklee.

Tahun ni Shaklee menjanjikan kepada mereka yang layak untuk melancong secara PERCUMA ke KOREA dan SWITZERLAND. Siapa tak nak melancong percuma kan? Hampir 90% di tanggung!

Hanya bawa duit poket untuk shopping dan pakaian semasa di sana.

Mungkin ada yang agak keliru dengan reward melancong ni macam mana nak capai. Sini Winy nak kongsi.

Dalam Shaklee kami ada pangkat alah macam kompeni juga ada CEO dan sebagainya tetapi bagi keluarga Shaklee ianya di kira dari pangkat pertama iaitu supervisor. Bila dah capaipangkat ni korang boleh kumpul mata ganjaran untuk di bawa sampai habis cycle dan di sana la mata itu di ganti dengan reward melancong!

Dan untuk melancong ni ada 2 kategori. Yang pertama dalam asia dan kedua jelajah Eropah. Sebab tu ke Korea dan Switzerland. Bagi yang muslim juga tidak ketinggalan untuk dapat reward ke umrah.

Perbelanjaan menelan RM5000-25,000 seorang bagi kedua-dua rewards ni. Mana tak suka.

Seronok kan. Dapat banyak sangat kelebihan.

Lagi satu yang sangat menyeronokan ialah CASH REWARD. Untuk dapatkan reward ni kena capai minimum target yang Shaklee tetapkan. Kat sekolah pun siapa dapat markah tinggi dan excellent mesti cikgu bagi ganjaran kan?

Macam tu la kami di Shaklee.

Dan kali ni Winy bersama team Elysian nak cabar diri untuk layakan diri ke Korea! Doakan tau!

Kalau nak tahu lebih lanjut macam mana dan ingin sertai team kami boleh hubungi Winy segera.




Continue Reading

Wednesday, 20 March 2019

Perbezaan Antara Whiteheads, Milia Dan Fungal Acne: Cara Mengatasi | Winichelen Wongkin


PERBEZAAN ANTARA WHITEHEADS, MILIA DAN FUNGAL ACNE: CARA MENGATASI

Topik ni sememangnya menarik dan ramai yang nak tahu perbezaan ketiga-tiga ni sebanya bila di lihat dengan mata kasar nampak sama saja kesemuanya.

Ciri utama ialah bintik bintik kecil dan kasar di atas wajah dan berwarna keputihan.
Dan kali ni Winy mau kongsi macam mana caranya untuk mengenali mereka ini.
Namum, peringatan awal ini hanya self-diagnose. Untuk kepastian semestinya ke pakar dermatologist sendiri dan di lihat menggunakan mikroskop untuk tahu dengan lebih jelas.

PERBEZAAN ANTARA WHITEHEADS, MILIA DAN FUNGAL ACNE: CARA MENGATASI

🌺 WHITEHEADS
Secara umumnya whiteheads ni ialah gabungan minyak peluh dan kulit mati.
So basically whiteheads is clogged pores, minyak, peluh yang terperangkap dan terperangkap di bawah lapisan kulit dan susah untuk keluar.
Ini berlaku bila kulit kita keluarkan peluh yang sangat banyak dan apabila kejadian ini berlaku badan cuba untuk stabilkan dan lembapkan kulit sehingga lebih banyak minyak muka yang keluar. Selain itu ini di sebabkan kulit yang terlalu kering dan penggunaan prodak yang kasar dan buatkan kulit jadi kering.
Whiteheads tidak akan buat kita rasa sakit dan bengkak. Malah senang untuk di keluarkan mengguakan pemicit. Tetapi lagi baik jika pakar yang buat agar tidak merosakkan permukaan kulit.
Cara merawat whiteheads ni ialah dengan menggunakan checmical exfoliation atau penghakisan kimia menggunakan prodak yang ada AHA, cycilic acids. Dan yang paling penting ialah minum banyak air dan kekal hidrasi.

PERBEZAAN ANTARA WHITEHEADS, MILIA DAN FUNGAL ACNE: CARA MENGATASI

🌺 MILIA
Atau yang sering kita dengar biji biji kolestrol. Ini ialah lebihan protin di bawah kulit yang di panggil keratin. Milia ini bukan di sebabkan oleh infeksi atau masalah sebum yang berlebihan tetapi berlaku jika kita terlalu stress, tidak cukup rehat dan masa untuk penggantian sel kulit baru menjadi lambat.
Ada juga kajian yang mengatakan ini di sebabkan oleh faktor genetik.

Cara mengenali milia ini sangat mudah kerana hanya berlaku di sekeliling mata. Bintik bintik di sekeliling mata berwarna putih tidak sakit dan tidak boleh di picit.Jika di picit akan buatkan kulit menjadi luka.
Cara merawat ialah dengan kurangkan stress dan bantu kulit untuk pecerpatkan penggantian sel kulit baru. Atau gunakan hycloric acid. Sapu pada kapas dan dab dab pada bahagian mata. Dan jika berjumpa dermatologist mereka akan cadangkan untuk membuangnya dengan laser treatment.

PERBEZAAN ANTARA WHITEHEADS, MILIA DAN FUNGAL ACNE: CARA MENGATASI

🌺 FUNGAL ACNE
Tidak lain tidak bukan ini di sebabkan oleh infeksi yeast yang di panggil malassezia. Bukanlah di sebabkan oleh skincare, clogged pores, peluh atau daripada moisturizer.
Sangat tricky sebabnya kadang-kadang kelihatan seperti whiteheads tetapi akan rasa gatal, bintik bintik yang sangat banyak.

Penggunaan antibotik juga tidak berkesan untuk fungal acne, dan kes yang teruk akan buatkan dia menjadi lagi banyak. Susah untuk di buka sebab bahan bahan dalam skincare juga mungkin akan buatkan fungal acne menjadi teruk.

Tetapi boleh di rawat jika berjumpa dengan pakar kulit dan lihat apa bahan bahan yang boleh di letak pada muka atau tidak.

Harap info ini membantu.

Sila #SHARE dan #LIKE juga supaya ramai yang dapat info menarik ini.
Continue Reading

Sunday, 10 March 2019

My Push Factor | Winichelen Wongkin

MY BIG WHY | WINICHELEN

Semua yang kita buat semestinya ada sebab kan. 

Begitu la juga kenapa Winy pilih untuk joined dan buat bisnes Shaklee. 

Lahir bukan dari keluarga yang senang.

Both parents tidak bekerja, sekolah mereka pun tidak tinggi. Tapi tangan tu la yang besarkan dan banyak berkorban untuk Winy. And still I am so proud and grateful for them. 

Dan tu la asbab utamanya Winy tidak putus asa untuk buat Shaklee kerana ada harapan yang tinggi di hati untuk hadiahkan tiket percuma melancong untuk mereka berdua, nak bagi elaun yang besar di usia emas dorang. 

Selalu terkenang takkan la umur sudah lanjut pun masih tengok dorang berpenat lelah. Dan tiap malam mesti berdoa yang umur mereka di panjangkan lagi, Winy belum dapat beri yang selayaknya mereka dapat. 

Winy mau tengok dorang duduk rumah dan berehat. Tapi mau suruh duduk rumah kalau tiada apa yang kita beri sedih la kan. 

Next Winy mahu beri the best education untuk adik adik Winy. Kalau dulu saya dan kakak tidak dapat rasa semua tu, now Winy mau bagi yang terbaik untuk adik-adik. 

That’s why I dont care and I don’t bother about what people think about me. I crave for success more than anyone else! 

Some more Winy tak target untuk kerja sampai mati, Winy mau capai financial freedom semuda yang boleh. Nak tengok anak anak membesar depan mata bila ada keluarga sendiri nanti nak penuhkan stickers world map yang Winy sentiasa bayang dengan melancong di serata dunia. I want to write my own stories, that I proud of it. Mau tulis buku kisah hidup sendiri. 

And I couldn’t see it even if I am working for a lifetime. That’s why Shaklee is the best opportunity for me. 

Wont ask much from your guys, just send me your prayer and support me spiritually that Elysian Empire (my beloved business partners) will fly higher and I can hold the Master Coordinator’s title. 

Adios, 
W I N I C H E L E N | Shaklee Business Leader

#KSMBigWhy
Continue Reading

Saturday, 2 March 2019

Fakta Mengenai Shaklee | Winichelen Wongkin

FAKTA MENGENAI SHAKLEE | WINICHELEN

Wahh... Lepas doula douli, antivac, sekarang ni panas ye orang bercakap pasal Shaklee. Thank you for the free advertisement and promotion of our products.
Baiklah, since dah jadi isu panas ni, saya nak share sesuatu pasal Shaklee.
1. Shaklee tak pernah claim boleh sembuhkan penyakit.
In fact, semua SID ditegah untuk overclaim. Kami dilarang untuk menulis di mana² bahawa produk Shaklee mampu mengubati penyakit. Kalau sakit kena jumpa doktor, bukan makan suplemen.
2. Shaklee has been around for more than 100 years.
Nah. Kalaulah produk Shaklee ni tak bagus, takkanlah dia boleh bertahan selama ni. Kan? Kalau tak bagus setahun dua dah bungkus terus. Tapi Shaklee business is thriving, you guys. There must be something good in this kan kalau boleh bertahan sebegitu lama.
3. Shaklee hanyalah makanan tambahan, bukan ubat.
Kita kena faham ni. From the start lagi Shaklee dah kata yang dia hasilkan vitamin dan makanan tambahan yang berkualiti tinggi. 
Biasalah kan... Orang Malaysia semua benda dipanggilnya ubat. Cuba tanya mak² kita, asalkan yang berbentuk tablet je semuanya ubat bagi dia.

4. Selama lebih 100 tahun kewujudan Shaklee di dunia ni, belum pernah lagi mana² produk Shaklee ditarik balik dari pasaran.
Kenapa? Sebab suplemen Shaklee dihasilkan dari bahan mentah yang premium serta dikawal ketat. Semua bahan yang digunakan tidak mengandungi bahan kimia yang merosakkan sistem badan kita. Punyalah Shaklee nak jaga kualiti bahan mentah dia, dia ada ladang sendiri. Shaklee is beyond organic.
5. Dr. Forrest Shaklee sendiri telah memberi jaminan bahawa produk Shaklee tak akan rosakkan walau 1 pun sel dalam badan kita.
Now you tell me berapa banyak syarikat di dunia ni yang boleh beri jaminan sebegitu? Vitamin C injection yang korang cucuk ke badan korang tu ada jaminan sebegitu ke?
Fikirlah guys, untuk ambil suplemen atau tak, bergantung kepada diri anda sendiri. Tak ada sesiapa pun yang memaksa kita untuk makan vitamin. Kalau kita nak makan 7 biji oren untuk keperluan vitamin c harian kita, who's going to stop us? By all means, please eat the oranges. Kalau x dapat vitamin tu pun at least kita dapat jugak fibre kan?
6. Setiap produk melalui R&D yang mengambil masa bertahun².
Shaklee berbelanja berjuta² dolar untuk tujuan ini supaya apa yang masuk dalam sistem kita betul² selamat. In fact semua suplemen yg dipatenkan ada pelbagai research paper yang kita boleh dapatkan di archive, it's not a secret at all. Bukannya suplemen ni dibuat di dapur rumah siapa².
7. Shaklee dah lama powered atlit² dunia.
Seorang pendaki Everest dah mendaki ke puncak Everest tanpa sebarang tangki oksigen. Korang pernah dengar tak pasal ni?
What about man-powered aeroplane? Si mamat tu ambil suplemen Shaklee dan boleh mengayuh kapal terbang dia untuk satu jarak yang jauh. Ada ramai lagi Olympics medalists yang ambil suplemen Shaklee.
So there you go. Shaklee would never claim that it can cure diseases. It can only HELP you to have a more quality life.
Korang pun kan, kalau nak sensasikan sesuatu benda tu pun, jangan la sampai tak membaca.
credit to supervisor mac19 teacher Jay Kassim
Continue Reading

Monday, 4 February 2019

Ex-Classmates Trip To Desa Cattle Kundasang And Poring Hot Spring| Winichelen Wongkin


EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN


Updating new entry for our one day trip in Kundasang and Poring Ranau yesterday.

Memandangkan sudah ramai yang tahu tempat ni, bukan di Malaysia saja tapi seluruh dunia Winy tidak mau sentuh sangat pasal macam mana nak ke sini.

Tapi entri kali ni memang Winy simpan khusus sebagai kenangan dengan kawan-kawan, sejujurnya ini hanya kali ke-3 Winy jejak kaki di sini. Nama saja orang Sabah tapi ke sini pun jarang betul kan.haha

First and foremost plan kami kali ni memang tidak di plan langsung. Sebanya tidak mahu that typical planning yang sudah rancang berbulan ada yang bertahun tapi tidak jadi juga haha

Dua hari sebelum trip kawan memang ada text kalau free atau tidak ahad tu, dan Winy cakap boleh saja. Nanti inform macam mana since terfikir juga jadi atau tidak pun keluar I am good.

Dan malam sebelum perjalanan sedang tengok movie ESCAPE ROOM, masuk satu text 'esok awal gerak kita p Kundasang' Winy kemain excited haha

Sebab selalunya kalau pun kami dapat keluar sama-sama most of the time pergi makan, karaoke dan hanya jalan-jalan sekitar bandar tapi kali ni rare sebab jauh dari bandar.

Balik rumah pun sudah tengah malam, so tidur hanya beberapa jam saja.

Pagi tu kawan ambil dari rumah dan kami gerak ke ambil kawan yang seorang lagi di rumah dia. Dan kami berlima gerak ke Kundasang dalam jam9.30 pagi. Perjalanan ke sana boleh mengambil masa dalam 1 jam ke 1 jam 30 minit ikut trafik.

Dan macam biasalah semua pun retis tandas jadi memang happening gila nanyi ramai-ramai dalam kereta haha

Dan kalau nak tahu fun fact kami semua ni satu kelas di sekolah menengah dulu. Up until today we still hangout together despite any circumstances.

Dan sesampainya di Kundasang, kami ke pekan untuk mencari makan tengah hari dulu. Not like typical outing yang makan di restoran, kami cari makanan yang ada di gerai gerai dalam tamu dan bungkus.

Memandangkan destinasi pertama ingin ke Desa Cattle so kami naik ke sana dan parking kereta di tepi entrance untuk makan sama-sama sambil nikmati pemandangan.

Usai makan kami pun masuk la ke dalam and of course mesti ambil gambar banyak-banyak dan tujuan utama ke sana nak makan ICE-CREAM haha

Susu tu boleh saja beli di luar tapi ice cream ni tak. Dan malangnya hari tu hanya ada vanilla flavour. So semua pun makan perisa yang sama haha Harga ice cream tu RM5.30

Dah puas pusing kami pun ke Poring, Ranau tidak juga di rancang untuk mandi tapi sebabkan perjalanan kali ni hanya follow the flow bawa baju lebih juga haha Kalau ada sungai yang boleh berenang pun tiada masalah.

Dari Kundasang ke Poring mengambil masa dalam 45 minit, so kami sampai di Poring dalam jam 4 petang. Lepas bayar tiket masuk, Winy ingatkan terus bermandi manda. Rupanya kawan-kawan mahu ke Canopy Walk.

Winy memang tak pernah cuba langsung.haha Dan yang lucunya selama ni Winy fikir canopy walk tu  jambatannya bertingkat-tingkat sampai 3 tingkat hahaha

But still it was fun. Cuma precaution untuk yang gayat dengan ketinggian kena ada yang boleh guide supaya tidak pengsan dan nangis atas tu hehe

Lepas dah turun kami pun ke kolam air panas dan mandi.Setelah sejam di dalam kawasan Poring kami pun pulang sebab ada misi yang ingin di capai. MAKAN DURIAN.haha

Dalam poring tu bukan ada tempat mandi dan canopy walk saja tapi ada lag tempat-tempat yang boleh di lawati. Tapi Winy cadangkan mau jalan awal lah

Dah puas melahap durian kami pun bergerak pulang ke KK balik.

Selamat tinggal akinabalu, selamat datang kenangan. :')





EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN
Kabus di perbukitan giteww

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN
Loves Knows No Boundaries!

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN
That face when you finally get your Gelato haha

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN
Dah siap mandi uolls

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN
Makan dooorian hehe

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN
Flowers over boy hehe

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN
Nyuuuum... Tak nak kongsi eh 

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN
Walaupun berduri awak tetap cantik hikhik

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN
When you finally conquered your FEAR!

EX-CLASSMATES TRIP TO DESA CATTLE KUNDASANG AND PORING HOT SPRING| WINICHELEN

Continue Reading

Friday, 1 February 2019

January's Lesson | Winichelen Wongkin



JANUARY'S LESSON | WINICHELEN WONGKIN

Berakhir la sudah 31 hari di bulan Januari. Hari ni dah masuk bab yang kedua di tahun 2019.

Sungguh masa sangat singkat kan. Rasa baru saja masuk tahun baru, dah habis bulan pertama.

Winy saja simpan diary dalam ni, dah lama betul tidak update di sini >< 

Bulan lepas ada cabaran dan dugaan yang tersendiri. Dan sini Winy tuliskan apa pengajaran yang Winy sendiri boleh belajar.

Selalu tiap hujung bulan Winy akan tuliskan target yang mau di bawa di bulan hadapan. Tidak kisah la target itu personal mahupun tidak. Dan tiap 1 hb pula akan buat refleksi, apa yang kurang, mana yang slacked mana yang perlu di perbetulkan.

Jadi ini antara lessons yang Winy sendiri ingin perbaiki:

1. Target tuliskan se-spesifik yang boleh. Kalau boleh tulis jam dan masa lagi. Print gambar, lekat dan baca tiap hari. 
2. Planning. Semestinya ada plan A-Z. Biarpun kita tahu bukan 100% akan jadi seperti yang kita mahu tapi sekurang-kurangnya kita tahu mana yang lemah.
3. Morning Routine. Sangat penting untuk mulakan hari dengan tenang, dan tidak stress.
4. Gratitude. Perbanyakan rasa syukur dengan benda-benda yang kecil sebab bila di kumpul kegembiraan tu la yang kita rasa kelak.

So today i move to the new leap of faith.

With love,
Winichelen
Continue Reading

Monday, 7 January 2019

Hiking With Friends At Nuluh Lapai Hills | Winichelen Wongkin


HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN


Hai hai hai...

Hari tu lepas balik dari hiking kira nak tulis terus entri tapi memandangkan balik saja terus mengampai di tilam then the next day terlupa lagi makanya hari ni baru sempat nak update. haha

Alasan saja lebih kan.

Winy excited sebenarnya mau cerita pasal ni sebab boleh kata sepanjang stay di KK (Kota Kinabalu) ni, ni first time saya naik bukit hahaha Lagi irony kali terakhir mendaki 2014 kot. Which is gunung Santubong. Tu zaman belajar dulu lagi. kahkahkah

Selain nak simpan sebagai kenangan, mungkin entri ni boleh jadi rujukan untuk korang juga.

Hari tu sedang sibuk kemas rumah, dapat chat dari kawan nak ajak pi hiking. Winy punyalah sedang berperang dengan barang di rumah dapat pula text yang buat lagi excited. Woaaah....

Ok onzz. Tak banyak cakap Winy terus cakap Yass!

Winy langsung tak tahu pun di mana tempat ni, tak pernah dengar juga nama bukit ni. Maklumlah Winy bukan minat sangat daki mendaki ni, walapun hakikatnya dari kecil dulu pergi sekolah jalan kaki tidak akan missed naik bukit.kahkah

Dan petang tu kawan ambil dari rumah. Kita pun gerak ke Nuluh Lapai Hills, yang kira-kira 30-45 minit dari bandaraya Kota Kinabalu. Tempatnya dekat dengan Sulaman. Masa ni bergantung dengan trafik. Sebelum gerak check waze atau maps dulu untuk cari jalan yang paling singkat dan kurang jammed.

Sesampainya di sana, boleh lah parking kereta di tepi jalan atau tempat parking yang berdekatan. Haah berita baiknya, Nuluh Lapai ni dekat dengan Gayang Seafood Restaurant. Kalau dah siap mendaki nanti dan lapar boleh terus singgah di sini. Full details mengenai tempat ni Winy tidak dapat ceritakan sebab hari tu tidak sempat nak lepak di sana.hehe Ampuuun.

Untuk mendaki pula korang boleh pilih 2 trek. Nak yang trek panjang atau pendek bergantung dengan korang.

Trek 1 : 980 M
Trek 2: 1.2 KM

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN


Waktu mendaki ke atas memandangkan masa masih awal lebih kurang jam 4.40 petang kami decided untuk guna trek yang panjang iaitu 1.2KM. Pendakiannya agak lancar sebab hujan pun tidak turun, hari tu cuaca memang baik sekali.

Dan kami sampai di puncak dalam 30 minit pendakian. Kalau ikutkan yang lain boleh mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak. Tapi nasib menyebelahi kami mungkin sebab cuaca baik and of course bila naik dengan kawan-kawan lagi happening kan.hehe So tidak terasa la mendaki tu.

Bila rasa penat boleh la rehat kejap dan sambung mendaki lagi.hehe

Setibanya di puncak, pemandangan memang sangat cantik. Udaranya nyaman dan menariknya lagi korang boleh nempak laut dan bandar Kota Kinabalu.

So mesmerizing.


HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

Sampai di atas haah apa lagi lakarkan lah kenangan bersama kawan-kawan dan ambil gambar banyak-banyak.

Ni nak bagi hints juga kot-kot nak idea untuk buat proposal dengan girlfriend korang boleh la buat di atas ni.hahaha

Hanya sekadar tempat persinggahan dan exercise kan so nak kongsi pasal kemudahan tu Winy tak boleh cerita sangat.

Tapi di atas tu ada tandas dan juga tempat nak beli minuman dan makanan ringan kalau perlu.

Dan selepas tunggu matahari terbenam kami pun turun, tapi kali ni guna trek yang lebih pendek iaitu 980 M.

Personally kalau dari opinion Winy trek yang panjang tu jalannya agak landai, of course treknya lagi panjang dan ambil masa tapi trek yang pendek tu jalannya lebih mengejut. Naik saja meluluh.haha

Tapi kalau tak nak lepaskan peluang boleh cuba cara kami, guna trek kedua-duanya.ngeee

Dan sebelum mendaki ni antara barang-barang yang Winy suggest korang perlu bawa. Kasut bertutup penuh, Seluar trek/legging, Topi, Payung, Air secukupnya, Ubat-ubatan bila perlu.

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN


So Winy ringkaskan details kat sini...

Yuran: PERCUMA
Kemudahan: Tempat membeli air, Tandas
Jangkaan Masa Mendaki: 20 minit - 1 jam (bergantung cuaca dan trek pilihan)

Selamat mendaki dan semoga post ini bermanfaat untuk korang.

Adiooos!!



HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

HIKING WITH FREINDS AT NULUH LAPAI HILLS | WINICHELEN WONGKIN

Continue Reading

Tuesday, 1 January 2019

Happy New Year 2019 | Winichelen Wongkin


Tahun 2018 dah berakhir, mesti ramai yang ada sudah azam tahun baru kan.

Winy pun sudah siap tulis azam hehe Dapat atau tidak itu belakang kira.

Banyak kenangan pahit manis yang berlaku pada tahun lepas, antara kenangan pahitnya bila kena deal dengan polis. Details cerita tu Winy tidak mahu ulas biarlah jadi kenangan saja. 

Kan ada ayat yang cakap kenangan lama usah di kenang. Kah!

Tapi apa yang paling Winy nampak waktu kita mahu tulis impian dan kejayaan of course bukan semua akan tercapai dengan mudah ada saja tembok penghalang dan waktu ombak taufan ni melanda di sana la kita nampak yang tidak putus asa saja akan terus tetap di medan perang.

Tahun 2019 ni masuk tahun kedua Winy bina bisnes dalam Shaklee. Ramai saja yang masuk dan keluar tapi Winy tidak kisah, siapa yang nak setia dan ingin di bimbing Winy akan kerah tenaga sedaya upaya untuk bantu. 

Bagi yang tidak biarkan la dia di sana, sebab tiada siapa yang boleh tolong melaimkan diri sendiri.

Di tahun ini Winy mahu doa sungguh-sungguh lagi agar di beri leaders yang sangat gila nak berjaya.

Target Winy nak lahirkan 5 ORANG KEY LEADERS yang akan menerima bonus minima 4 angka.

2019 ni ELYSIAN EMPIRE akan pecah REKOD!

  • Hit sales RM50,000 sebulan
  • 5 orang supervisor 1st level
  • 200 orang ahli berdaftar dalam EE
Korang nantikan!
Continue Reading