Monday, 3 December 2018

11 Idea Untuk Menulis Jurnal | Winichelen Wongkin

11 ways to fill your notebooks


Apa yang buat Winy suka sangat dengan menulis jurnal ni sebabnya kita boleh tulis apa saja yang ada dalam otak kita tanpa fikir apa yang orang yang fikir pasal jurnal tu.

Kiranya ni tempat kita nak mencarut.

Winy suka bawa jurnal ni di mana-mana saja. Terutama di tepi tempat tidur. Dekat tilam memang boleh nampak buku bertimbun.haha

Sebabnya sebelum kita tidur ada masanya idea tu banyak keluar, di sana juga kita pening nak fikir dengan masalah sampailah jadi insomnia. Tapi dengan amalkan menulis jurnal ni sedikit sebanyak boleh bantu bebaskan emosi kita.

Ramai juga yang tanya macam mana nak konsisten menulis jurnal ni lagi satu tak idea pun nak buat apa. Sebab nak tulis seminggu pun payah apa lagi kalau tiap hari kan. Tapi jangan risau Winy sediakan 11 IDEA untuk korang tulis jurnal selepas ni.

Mudah dan menyeronokkan.

1. MONTHLY HIGHLIGHTS
Monthly highlights ni, Winy selalunya akan simpan tiap tarikh yang penting untuk event, kenduri atau ada urusan rasmi. Lagi satu monthly highlights ni Winy akan remark tarikh cuti rasmi sebabnya bila buat delivery atau postage tarikh ni penting bagi Winy.

Sebagai contoh untuk bagi jelas lagi kawan kawin, selalunya beberapa bulan sebelum tu dah tahu. Jadi lagi bagus untuk simpan dalam jurnal ni. So nak bagi mudah kiranya jurnal ni akan di update bila perlu. Mudah kan.

Nak simpan monthly target dalam ni pun boleh juga.

11 IDEA UNTUK MENULIS JURNAL | WINICHELEN


2. GRATITUDE JOURNAL
Jurnal ni antara fevret Winy, sebab di sini Winy boleh tulis dan nyatakan kesyukuran dalam apa bentuk sekali pun. Selalunya Winy akan tulis apa yang berlaku dalam sehari yang buat Winy sangat bersyukur tak kisah tu benda kecil atau besar.

Yang ni lebih bagus di buat secara harian. Tak kisahlah waktu bila pun. Tapi Winy, Winy akan buat selepas bangun atau sebelum tidur. Hanya ambil 3 minit pun dah cukup.

Paling mudah nak tulis I AM GRATEFUL FOR MY FOOD TODAY. Dengan feeling waktu menulis tu dan baca dalam hati pun dah lebih dari cukup.


3. DOODLES/QUOTES JOURNAL
Kita semua suka baca yang menyentuh hati dan perasaan. Suka baca yang akan buat kita termotivasi, suka bila ada benda yang buat emosi kita bagus saja. Jadi salah satu caranya dengan menulis quotes yang kita suka.

Menulis quotes ni bila-bila masa saja pun boleh. Tak terikat dengan masa langsung. Tapi kalau di biasakan diri untuk tulis, tengok selepas sebulan sendiri akan amazed dengan pencapaian dan akan nampak banyaknya quotes dah terkumpul.



4. TRAVEL JOURNAL
Siapa suka jenjalan dan pergi travel. Sangatlah sesuai ada travel journal ni. Yang ni korang boleh nampak betapa banyaknya benda baru dah belajar.

Resit pembelian, tiket kapal terbang, tiket bas, semua boleh simpan dalam jurnal ni sebagai kenang-kenangan.

Lagi satu travel jurnal ni akan bantu pada masa depan juga sebab kita boleh tengok balik apa yang sudah kita lalui dan alami.



5. NOTES FROM LEARNING
Belajar benda baru?
Dapat tips baru?

Boleh simpan kat jurnal ni.

Winy sendiri sangat suka tulis benda baru yang Winy belajar. Macam dalam bisnes yang Winy sedang buat ni. Dari ilmu marketing dan sebagainya kalau Winy dapat info baru mesti Winy akan tulis. Suka sangat sebab boleh baca bila-bila masa.


6. PLANNING & SCHEMING
Nak kawin.
Nak buat target.
Nak buat buku.
Nak buat presentation.

Ni semua msuk dalam planning dan scheming. Ni Winy akan buat bila ada plan nak di buat. Walau sekecil nak tulis entri pun Winy akan tulis dalam ni. Berapa post sehari, nak fokus yang mana. Ini semua Winy akan simpan dalam ni.

Korang pun boleh buat juga.



7. TO DO LIST
To do list ni la yang antara yang paling mudah dan ramai yang gunakan. Ni untuk buat kita sentiasa on tract. Boleh buat semua benda yang ada dalam senarai tu dan siapkan dengan lebih efektif tanpa buang masa. To do list ni boleh di buat untuk harian, mingguan dan tahunan pun boleh.



8. RANDOM JOURNAL
Ni kalau tengah mood kelaut atau ada benda yang nak tulis, tulis saja apa pun.

Kekadang otak tak reti nak duduk diam kan. Haah ada masa nak pegang pen terus tulis dalam jurnal. Tak kisah la bend tu baik atau buruk boleh tulis. Kalau masa tu rasanya sakit hati dengan seseorang lagi bagus tulis di buku dari membawang di media sosial kan.hehe

Kalau nak lukis pun ikut kreativiti sendiri, tak ada yang akan halang.


9. BUDGET JOURNAL
Untuk yang banyak expenses nak bayar atau banyak benda nak settle yang perlukan transaksi, boleh lah tulis dalam jurnal. Supaya keep on tract dengan semua bil dan belanja yang patut di bayar.

Nak simpan saving dan berapa belanja untuk harian, mingguan bulanan juga boleh.

Tak lah rasa duit tu mengalir entah ke mana kan.



10. CHALLENGE JOURNAL
Sesiapa yang ada target nak capai seperti nak turunkan berat, nak clearkan kulit, nak kurangkan pengambilan gula atau apa sekali pun yang melibatkan cabaran elok sangat tulis jurnal.

Boleh nampak progress dari semasa ke semasa. Bayangkan kalau dapat capai apa yang di target dan buat semua tanpa culas dan skip mesti sangat happy kan.

Macam Winy kalau ada goal nak capai macam nak buat challenge tak nak minum minuman bergula selama seminggu contohnya, Winy akan simpan dalam ni. Kalau terminum atau memang sengaja Winy akan ulang lagi.

Jurnal ni boleh bagi kita cabaran dan bina disiplin juga.



11. RECIPES BOOK
Sesiapa yang suka masak haah boleh la buat satu jurnal untuk tuliskan resepi. Kot-kot boleh wariskan dengan anak-anak nanti hehe

Kalau belajar resepi baru juga boleh simpan dalam ni. Bila-bila pun boleh tulis.



Semoga selepas baca idea-idea menulis jurnal ni readers boleh jadikan manfaat.

Winy sangat happy sebab ada yang tahu dan berminat nak tahu.

Bulan terakhir di tahun 2018 ni, Winy harap semua dah dapat capai azam baru pada awal tahun tu.hehe

Adoiss. :")





4 comments:

  1. Tq sharing wani...sgt mmbantu utk nad mulakan gratitude jurnal sndiri

    ReplyDelete
  2. Hai saya baru nak belajar menulis gratitude jurnal masih lg merangkak dlm penulisan.

    ReplyDelete