Friday, 2 November 2018

Set Bebeh | Winichelen Wongkin

SET BEBEH | WINICHELEN




"Memiliki kulit yang cantik menyerlahkan lagi kejelitaan."

Kemain ayat kan. Jangan muntah hijo pliss! 😝

Bukan apa, kalau yang ada pengalaman ada breakout teruk macam Winy otak tu memang boleh kata 30% kat sana saja. Sehari pun tidak akan pernah tinggal.
Keyakinan diri tu jatuh teruk! Nak sorok dalam rumah saja seharian kalau boleh. Tengok cermin pun memang boleh meroyan. 😭

Dan sangat bersyukur tu cerita 2 tahun lepas, bila masanya Winy memang nekad untuk jaga kulit dan betul-betul konsisten ambil suplemen semakin lama semakin baik.
Yang banyak membantu ofkos full set kecantikan dan kini Youth.

Tapi kalau tidak dapat ambil semua di sini Winy sediakan set yang paling bajet tapi masih menjaga luaran dan dalaman.

Cadangan Winy:

🌸YOUTH CLEANSER untuk penjagaan luaran
🌸ViITA C + OMEGA untuk dalaman

Gabungan SET BEBEH ni sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh jadi asas untuk penjagaan kullt dari dalam dan luar.

Kepada yang ingin mencuba dan ingin dapatkan kulit idaman Winy akan bantu sebaiknya.
Continue Reading

Thursday, 1 November 2018

What Is In My Handbag? | Winichelen Wongkin

WHAT IS IN MY HANDBAG? | WINICHELEN

It is November!

Waah hari ni dah masuk 01.11.2018 macam baru saja masuk tahun baru lagi kurang 2 bulan akan masuk tahun baru lagi kan. 

Kali ni dapat pula feeling nak kongsi cerita apa yang ada dalam bag Winy. Sebab ada juga yang tanya kalau-kalau beg ai ni bag Doraemon sebab hampir semua benda ada dalam tu haha

But basically Winy bawa mana yang rasanya agak penting. Buat ai la kot hehe

WHAT IS IN MY HANDBAG? | WINICHELEN


#1 SPEK MATA
Winy akan sentiasa bawa walau dimana pun akan jalan. Memang nampak jarang pakai tapi sebenarnya Winy memang perlukan peneman setia ni. 

Bukan 1 tapi ada 2 spek yang Winy akan bawa. 1 SUNGLASS dan lagi 1 spek khas untuk silau. Sebabnya di siang hari kalau matahari memang panas terik, mata langsung tidak boleh buka sebab dah namanya silau kan. Malam pula tidak akan dapat tengok sangat lampu isyarat,buka mata saja mesti pedih dan berair. Nasib baik bila\konsisten ambil Caratomax, degree silau tu ada turun sikit.

WHAT IS IN MY HANDBAG? | WINICHELEN


#2 LIP MATTE 
Yang ni sebenarnya tidak rajin sangat mau guna tapi sentiasa ada dalam beg sebabnya ada masa akan terus keluar jenjalan yang tidak di rancang, so korek dari beg dan terus pakai saja. 

2 ni jadi fevret sebab tidak keringkan bibir plus warna tu menarik hati.hehe Yang 1 tu beli sendiri satu lagi dapat sebagai hadiah. 

#3 PEN
Yang ni memang tak boleh lupa sebab buku nota pun ada di bawa sama. Dah jadi habit dari kecil lagi untuk bawa dan simpan dalam beg. So kalau korang tiada bawa pen boleh la pinjam.hehe Tapi tidak boleh bawa balik tau! ><

#4 MULTIPURPOSE CREAM
Winy ni punyai kulit yang sangat sensitif, kalau pegang habuk saja pun boleh naik merah-merah dan gatal. Apalagi kalau terkena sabun cuci kain dan piring. Dah tukar banyak kali jenis sabun pun masih juga akan mengelupas. 

Kes paling menyedihkan bila nak thumb print tapi tidak dapat detect sebab finger print tu rosak. Smapaikan nak buat transaksi kena tunggu jari sembuh dulu baru boleh buat. But so far sekarang ni bila guna krim ni memang banyak bantu. Kulit cepat sembuh dan bila gatal-gatal naik pun akan cepat juga baik. Jadi memang tak boleh tinggal.

#5 INNISFREE NO SEBUM SUNCREEN SPF 35
Yang ni tak kira dalam rumah atau keluar rumah Winy memang pakai. Buat mereka yang ada kulit sensitif dan berminyak ni memang pilihan korang. Tekstur ringan, tidak akan buat pori tersumbat dan boleh kawal peluh.

#6 MOISTURIZER 
Suka sangat dengan pelembap ni sebab boleh jadi sunscreen sekali,SPF pula tinggi. Walaupun berpanas risiko untuk sunburn tu memang sangat kurang. Boleh di jadikan primer mekap juga, jadi kiranya 3 dalam 1. Ringan bila di guna, akan ada efek glowing, tidak akan buat pori tersumbat, dan sepenuhnya dari bahan botani. 

WHAT IS IN MY HANDBAG? | WINICHELEN


#7 POUCH
Pouch ni agak istimewa sebab dapat dari kawan waktu belajar dulu. Dan Winy guna smapai lah sekarang. Saiz compact yang boleh masukkan semua kad bank, IC, kunci, plaster (Yess i have it ><), potong kuku, sikat rambut, pillbox (supaya di mana-mana boleh ambil suplemen), dan lagi satu yang wajib ada ialah tisu.ahaha

WHAT IS IN MY HANDBAG? | WINICHELEN


Sampaikan kawan-kawan cakap saya ni tauke tisu. Kahkah

So ni la antaranya yang ada dalam beg. Boleh jadi beg doraemon juga ka? hehe

Itu saja buat muka suraat pertama di bulan November ni.

Thanks for reading guys ")

Beg ni la yang menyimpan semua benda di atas tu.hehe
















Continue Reading