RAHSIA DISEBALIK NAMA TEAM SAYA | WINICHELEN



Hai hai hai...

Entri kali ni nak jawab salah satu frequent question yang ramai tanya dengan Winy juga. Sebab ramai nak mula bisnes kan, jadi mestilah nak buat nama team tapi katanya tidak ada idea.

Dan nampak nama team Winy so kebanyakannya akan tanya dari mana dapat idea.

Kalau ramai yang belum tau nama team yang juga merangkap nama kompeni Winy ialah ELYSIAN EMPIRE.

Exact date dan masa Winy sendiri tidak ingat bila terfikir sebab waktu tu hidup Winy agak kucar kacir. Boleh kata Winy sangat struggle. Pasal ni bila Winy dah ready, Winy akan cerita yaa.

Berbalik dengan nama tu, Winy sangat tertarik dengan nama ni, dari mana nampak pun tidak ingat. Just bermain di fikiran.

So Winy ambil keputusan untuk google dan buat sedikit research. Kot-kot ada maksud la kan. Dan Winy tambah-tambah jatuh cinta sebab lepas tau maksud pula sangat la cantik.

ELYSIAN ni bermaksud cantik, di berkati, kreatif, menginspirasi, dan tenang dalam bahasa GREEK.
Selain itu, berkait rapat juga dengan pahlawan. Seorang warrior yang berani dan sangat komited dengan kerjanya.

Memang kena sangat dalam hati sebab Winy nak buat bisnes ni sebenarnya lebih kepada bantu orang.  Segalanya bermula sebab Winy dapat clearkan kulit dengan natural, dan bantuan dari prodak Shaklee snediri. Jadi Winy sangat happy dapat bantu.

Bukan tu saja tapi dari segi kesihatan dan kewangan juga sangat banyak membanttu. That's why Winy sangat sayang dengan bisnes ni.

Salah satu impian Winy juga untuk berikan inspirasi dengan ramai orang. Dan salah satu platformnya melalui penulisan ni. ")

So nama ni saja sangat banyak maksud bagi Winy. Doakan Winy dan Elysian Empire terus maju ke depan yaa.

Sampai sini saja entri Winy kali ni. Sampai ketemu lagi.

Adiooos!


RAHSIA DISEBALIK NAMA TEAM SAYA | WINICHELEN














0 Comments