KENAPA ADA YANG AKAN TUA LEBIH CEPAT BERBANDING YANG LAIN? | WINICHELEN


Pernah tak korang bila berkumpul dengan kawan-kawan, sepupu atau saudara mara yang sama umur tapi ada yang kelihatan lebih berusia dari usia yang sebenar?

Ada pula yang umurnya jauh lebih tua tetapi kelihatan lebih muda.

Haah tu semua atas sebab penuaan. We cant deny the fact yang kita semua akan tua.

Tetapi kenapakah ada yang akan tua lebih cepat dari usia?

Entri ni Winy nak kupas sedikit mengenai penuaan ni. Its not something we suppose to scared about instead we enjoy the process.

Secara amnya kita menjadi tua bila sel kita semakin tua. 

Penuaan bermula dari peringkat sel badan kita. Justeru, kesihatan sel tu sangat mempengaruhi usia badan kita. 

Bukan hanya usia tapi kesihatan sel juga sebenarnya sangat pengaruhi macam mana mood kita, macam mana rupa kita.

Dan punca utama kenapa sel kita semakin tua dan tidak sihat ialah di sebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas ini mampu memusnahkan DNA dalam sel kita. Malah menjadi penyebab kepada keradangan dalam sel. Inilah membuatkan sel kita semakin tua.

Siapa sangka hnya dari pemakanan kita akan mendapat radikal bebas juga.

Jadi apa yang kita patut buat untuk mengawal? 

Ini antara diet atau pemakanan yang boleh bantu sel menjadi lebih sihat dan mampu lambatkan penuaan.

1. Makanan yang organik dan tidak di ubah secara genetik 
2. Makan bahagian makanan yang mengandungi nutrien paling tinggi
3. Makan makanan yang mentah sebenarnya baik supaya dapat serap semua nutrien 
4. Makanan seperti ikan salmon, badam dan brokoli ialah antara makanan yang peling sihat untuk di makan.
5. Makan makanan yang tinggi antioksida untuk halang inflamsi dan membuang radikal bebas









0 Comments