Monday, 30 July 2018

Trip To Mandalipau White Water, Papar, Sabah | Winichelen Wongkin

TRIP TO MANDALIPAU WHITE WATER, PAPAR, SABAH | WINICHELEN



Hello semua.
Memandangkan ramai yang tanya Winy mengenai tempat yang Winy baru saja lawati iaitu di MANDALIPAU WHITE WATER, PAPAR.
So ini sedikit sebanyak yang Winy boleh kongsi untuk pembaca semua.
Seriously tempat memang sangat cantik dan nyaman sangat sesuai kalau nak berkelah dan mandi manda bersama family juga.

TRIP TO MANDALIPAU WHITE WATER, PAPAR, SABAH | WINICHELEN


TRIP TO MANDALIPAU WHITE WATER, PAPAR, SABAH | WINICHELEN


TRIP TO MANDALIPAU WHITE WATER, PAPAR, SABAH | WINICHELEN


TRIP TO MANDALIPAU WHITE WATER, PAPAR, SABAH | WINICHELEN

Air jernih dan kebiruan jika di lihat dari jauh. Air pun tidak deras jadi memang sesuai sangat kalau nak berenang. Hanya sedikit tempat yang ada arus tapi tidak kuat. Kalau hujan tidak pasti juga.hehe
Untungnya juga Winy datang tidak hujan. Yehuu!
Tempatnya berada di Mandalipau, Papar, Sabah. Perjalanan dalam 30-45 minit dari bandaraya Kota Kinabalu.
TRIP TO MANDALIPAU WHITE WATER, PAPAR, SABAH | WINICHELEN

Boleh rujuk Google Maps juga kalau tidak familiar 😊 Jalan berturap sehingga ke simpang camping site, tapi nak masuk dalam lagi jalan berbatu but dont worry kenderaan kecil dan besar juga boleh digunakan.

Entrance fee untuk orang dewasa ialah RM3.00 dan kanak-kanak yang berumur kurang dari 7 tahun tidak di kenakan apa-apa bayaran. Its FREE!

Akan di sediakan kanopi dan pondok di tepi sungai tu juga. Tetapi lebih baik jika reserved awal-awal sebab ramai yang datang terutama hujung minggu tau. Boleh hubungi person in charge di dalam FB Page Mandalipau White Water Fish & Pond.

Sewaan kanopi RM15 untuk sebuah. Kami jalan ramai-ramai so sewa 2 kanopi. Tempat kanopi tu pula redup sebab pokok besar yang melindungi so jangan risau.

Kanopi tu ada meja dan ruang untuk bbq so tak perlu risau untuk cari jauh-jauh.hehe
Tapi lebih baik bawa peralatan sendiri supaya tidak kelam kabut nak cari.
TRIP TO MANDALIPAU WHITE WATER, PAPAR, SABAH | WINICHELEN


Air di bahagian tengah agak dalam melebihi 4 meter jadi memang di galakan untuk berhati-hati dan gunakan life jacket. Ini MANDATORI. Ianya percuma dan tidak di kenakan sebarang bayaran.
Kawasan yang cetek bersebelahan dengan rakit boleh bawa anak-anak mandi di sana.

Cuma di sebabkan tempat ini masih di kira baru, bekalan air bersih untuk tandas dan jumlah tandas tidak banyak.

Kena beratur dan semestinya tunggu lama sebab ramai orang.

So better rancang perjalanan awal-awal. Bawa air secukupnya, terutama untuk keadaan cuaca sekarang yang panas.

But i totally recommending this place!

Kalau nak minta rating dari Winy, Winy bagi 4 stars sebab tandas tak mencukupi untuk semua. 😂

It was fun and i really love it. Will come again.

Adiosss



TRIP TO MANDALIPAU WHITE WATER, PAPAR, SABAH | WINICHELEN


TRIP TO MANDALIPAU WHITE WATER, PAPAR, SABAH | WINICHELEN


TRIP TO MANDALIPAU WHITE WATER, PAPAR, SABAH | WINICHELEN





















0 comments:

Post a Comment