PERUBAHAN KECIL TETAPI IMPAKNYA BESAR | WINICHELEN



Hello dearis ")

Dah selang beberapa hari tak update blog kan.Bukannya sengaja tak nak update, gatal saja jari ni nak menaip tapi bab nak edit gambar tu yang selalu sangkut.

Winy agak cerewet, masuk editor dah buang masa tak jadi habis taip. Jadi lah draf lagi. Padan muka siapa suruh terlalu cerewet kan. Hahaha

So malam ni tak lah nak melalut banyak kalau terpanjang tu ampunkan Winy tau.ngeee

Saja nak share dengan korang semua apa yang Winy baru belajar mengenai PERUBAHAN KECIL ini. Kalau baca kat post FB personal Winy mesti ada nampak mengenai masa nak bangun tu kan. Ker korang tak ingat. Pepandai la cari yer.hikhik

Winy tertarik dengan 1 topik yang Winy baca dalam 1 buku tajuknya 'INFLUENCE'. Buku ni banyak ceritakan tentang cara kita berfikir dan semestinya kebanyakan yang kita lakukan dan fikir adalah dari minda separa sedar.

Dengan 65,000 fikiran setiap hari dan kita jadi autopilot. Sepertinya memandu kereta, awal-awal baru nak belajar mata bukan kemain fokus nak drive tapi semakin lama, semakin pro dan siap boleh tukar lagu dalam kereta, boleh whatsapp juga.

Ini sebab kita dah di kawal dengan minda separa sedar. Kita dah terlalu biasa dengan keadaan kita itu sampainya kita selesa dan inilah yang dinamakan COMFORT ZONE.

Bila tidak ada pressure atau tekanan kita mula selesa.

PERUBAHAN KECIL TETAPI IMPAKNYA BESAR | WINICHELEN


Lagi satu perumpamaan mengenai nama, sedari kecil kita akan di panggil dengan nama yang sama. Tanpa kita sedar kita tahu nama itu ialah milik kita. What if kalau parents kita tidak pernah panggil dengan nama tu, Mesti kita tidak tahu kan.

So yaa Winy belajar dari buku ni untuk sentiasa buat perubahan kecil dalam hidup kita.

Contohnya bagaimana kita mulakan hari. Kalau kebiasaan kita akan terus pegang phone kali ni ubah pula dengan bangun dan minum ait terus ke tandas, minum dan terus buat sarapan.

Tanpa pegang phone tau.hehe

Energy tu mesti akan lain macam, sebab fikiran kita tersedar dari kebiasaan.

Tak percaya? Gi cuba esok. ")

Salam sayang semua.




0 Comments