YOU WILL GET WHAT YOU ASKING FOR | WINICHELEN

Sekadar perkongsian untuk entri kali ini, dan mungkin pendek saja kot. Ahaks

Nak ikutkan closing kelmarin Winy masih sangat penat. Tak faham istilah closing ni tak apa.hee
Tidur juga dah subuh kepala memang berasap sangat.Otak bengkak, jari krem juga.

Siap plan untuk bangun lambat, tapi bila otak dah set waktu bangun tetap akan bangun juga. Always on time. Tidak kira hari biasa atau hujung minggu.

Pendekkan cerita, bulan March Winy target satu amaun untuk capai. Rasa gementar juga sebab takut tidak sampai target jualan. Winy memang suka cabar diri KPI bulan lepas lebih dari yang biasa Winy buat.

Dari awal bulan Winy nekad kena capai juga walau apapun yang terjadi. Seperti biasa Winy akan manifest dan rangka plan bulanan. Agak mudah pada awalnya, tapi lagi 3 hari Winy perlu lagi 2 ribu.

Dengan cutinya lagi dan memang hujung minggu pula dah mula seram dan takut, tapi ai tak fikir benda lain kali ni kalau tidak dapat buat tiada siapa yang akan tolong bayar hutang.

Tengok berulang kali apa yang Winy tulis, sehari berlalu. Hari kedua pun tidak ada perubahan. Namun hari ketiga Winy dapat buat jualan 2K. Uwaaah... Sangat-sangat terharu tau. Inilah dia miracle.

Dan closing dengan cemerlang juga. Sangat bersyukur, sampai boleh menitis air mata.

Hari ni ingat balik semua yang ai pernah minta dan harapkan dah banyak sangat yang Winy dapat.Sebab itu Winy tidak akan simpan walau setitik pun ruang hitam dan negatif, Winy hanya akan tarik benda-benda positif sahaja.

Kalau rasa hanya masalah yang datang dengan korang, cuba ambil masa renungkan awak FOKUS yang mana. Itulah yang awak akan dapat.

So becareful with WHAT ARE YOU WISHING FOR.

Kalau berminat nak tahu apa penghalang kepada apa yang kita nak Winy akan kongsi pada entri seterusnya.

Peace ")


0 Comments