URINARY TRACT INFECTION | WINICHELEN

Memandangkan bulan ni ramai pula yang bertanya dengan Winy tentang UTI, kali ni Winy kongsi pengalaman sendiri terkena UTI tahun 2016 yang lepas. UTI atau Urinary Tract Infection terjadi bila bakteria menyerang saluran air kencing dan pundi kencing. Kes yang teruk akan menyerang buah pinggang juga.

Pada mulanya Winy rasa sakit-sakit pada bahagian pelvic (bahagian pinggang), sakit pada bahagian cervix (rahim) seperti tanda-tanda PMS. So Winy hanya biarkan kerana masih boleh tahan. Apabila rasa sakit semakin kuat dan tiap kali ke tandas akan rasa pedih dan akan ada titisan darah yang keluar Winy rasa semakin pelik. Badan pula akan rasa panas seperti nak demam.

Winy hanya ambil ubat tahan sakit dengan harapan ia kan hilang. But NO! Ubat tahan sakit hanya membantu beberapa ketika selepas kesan ubat itu hilang sakit akan menyerang dengan lebih kuat lagi. :( Setelah 2 minggu rasa sakit yang sedemikian, barulah Winy beranikan diri tanya kawan dan family kalau-kalau mereka tahu sebab apa sebab dah rasa nak  Sobss.

Pergi klinik buat checked up, selepas di buat ujian air kencing memang SAH di serang UTI. Nak tunjuk result kat korang tapi dah lupa letak mana. Haha

Ini antara penyebab kenapa terjadinya UTI:

SEMBELIT
Apabila kita sembelit dan najis-najis yang terkumpul di dalam perut dan anus sukar untuk keluar, kemungkinan untuk dapat UTI sangat tinggi. Bakteria akan tersebar ke saluran pundi kencing.

Risiko terkena UTI pada perempuan juga sangat tinggi kerana saluran air kencing lebih pendek berbanding lelaki.

TAHAN KENCING
Bila rasa nak ke tandas, jangan tunggu lama-lama! Pergi dengan kada segera. Tahan kecing lebih daripada 6 jam akan membuatkan bakteria tersebar pada pundi kencing dan saluran. Sekali dah terkena risiko untuk terkena lagi sangat tinggi.

DEHADRASI
Kurang minum air akan buatkan buah pinggang kita gagal untuk bertindak dan menyaring air serta kotoran dalam badan. Padahnya bila pada hari yang panas, risiko UTI akan labih tinggi. Stay hydrate guys!

Oleh itu jika ada tanda-tanda seperti di bawah segeralah membuat pemeriksaan dan sediakan antibiotik. Untuk kawalan UTI juga bolehlah amalkan bawang dan alfalfa kerana mempunyai diuretik semulajadi.

  • Sakit pada bahagian bawah pinggang
  • Rasa pedih dan panas ketika kencing
  • Air kencing keruh dan kemungkinan mempunyai titisan darah
  • Pening rasa nak muntah dan nak demam







0 Comments