MACAM MANA NAK MEMILIH JENIS PROTIN YANG SESUAI | WINICHELEN


Dengan gaya hidup yang sekarang ini penyediaan yang cepat dan mudah merupakan tiket yang sering di pandang oleh masyarakat, terutamanya pengambilan protin dalam bentuk makanan tambahan. Namun dengan lambakan jenama yang ada di luar sana bagaimana pula cara memilih dengan baik?

PILIH KUALITI YANG SEBEGINI DALAM SERBUK PROTIN ANDA

#1 PROTIN SOYA
Kerana ia sesuai untuk semua, walaupun mengalami masalah tidak boleh menghadam makanan yang mempunyai laktos. Soya mempunyai banyak khasiat termasuk kurangkan bacaan kolestrol dalam badan. Pengambilan protin soya akan bantu para wanita untuk mengurangkan simptom menopos. 100% sumber dari tumbuhan yang terbaik untuk vegan.

#2 BEBAS DARI GULA
Kebanyakan kilang akan menambahkan gula dalam protin mereka untuk tambahkan rasa. Namun gula yang tinggi akan akibatkan diabes. Makanya perlu berjaga-jaga!
Pengambilan protin akan memastikan bahawa kita tidak mengambil kalori yang berlebihan. Dalam kata nama lain, protin soya akan mengawal bacaan paras gula dalam darah.

#3 RENDAH BACAAN GLISEMIK
Bacaan ini akan menunjukkan kesan makanan dan bacaan gula dalam darah. Apabila GI tinggi ia akan akibatkan bacaan gula meningkat dan akan akibatkan kita kelihatan penat, sentiasa sakit dan lapar. GI rendah akan bantu kekalkan paras gula dalam darah. Akan buatkan kita kenyang lebih lama. Selain itu akan bantu untuk kawal dan atur pengambilan makana dalam berat badan.

#4 LENGKAP DENGAN 9 JENIS ASID AMINO PERLU
Asid amino ialah kunci kepada blok protin. Dengan pengambilan lebih daripada 9 jenis asid amino perlu ini ia akan, bantu badan untuk befungsi dengan lebih baik. Proses biologikal seperti pembaikan tisu dan menyimpan nutrisi dalam badan juga meningkat. Protin juga sangat penting dalam membaik pulih segala kerosakan tisu, tulang dan rambut.

#5 NON-GMO
Genetically modified organism (GMO) ialah tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma yang telah di ubah dari genetik asal dengan kaedah penukaran genetik. Makan terlalu banyak GMO akan mengakibatkan masalah kesihatan pada jangka panjang. NON-GMO pula akan pastikan nutrisi yang di ambil lengkap dan selamat di guna dalam jangka masa yang panjang.

#6 RENDAH LEMAK
Pilih protin yang mengandungi lemak kurang daripada 3g untuk setiap 100g protin. Ini akan kekalkan jisim otot dan kekalkan bacaan kolestrol.



Reference:
1. Xiao C.W.2008. Health effects of soy protein and isoflavones in humans. J. Nutr. 200; 138;1244s-1249s.















0 Comments