Memandangkan kelas malam ni sentuh pasal BIG WHY dan VISION BOARD. Datang la ilham nak kongsi kuasa vision board ni kalau korang bebetul nak buat.

Dulu Winy tak tahu pun pasal vision board ni, Winy hanya suka tulis impian. Samalah macam dalam peperiksaan kan, masing-masing ada target markah nak capai.

Kalau tak dapat tu salah diri sendiri siapa suruh tidak mau belajar. Kah! Bila niat kat diri asal lulus jur, keputusan pun ala kadar saja.

Berbalik pada tajuk, waktu kemas barang yang dulu-dulu Winy nampak la kertas yang dah renyuk di sebalik sebuah buku. Aceceh nak berpuitis pulak kan. Buku tu Winy jadikan buku nota yang sumbat sekali. Hahaha apakah bula bendanya tu kan. Winy suka simpan buku nota atau planner yang Winy boleh sumbat sekali di dalam tak payah bawa banyak-banyak.

Jadi dalam tu segala target dan impian bebudak pun ada. Mata terhenti kat ayat 'Nak dapat IJAZAH sebelum umur 25 TAHUN' Tetiba mata masuk habuk. Winy yang dulu tidak tahu apa-apa tentang vision board mampu tulis impian sedemikian.

Tuhan tak bagi exactly umur 25 tahun tapi lebih awal lagi. Umur 22 Winy dah bergelar graduan Uni. Rasa masih sangat budak lagi.haha

Walaupun benda tu dah perkara biasa, tapi inilah salah satu impian ai dulu. ")

Baca tiap helaian kertas yang ada tulis impian tu sebenarnya dah banyak yang Winy dapat bukanlah perkara yang besar, tapi tetap satu pencapaian kan?

Kalau kata langsung tak ada impian lagi, masa tidak akan pernah terlambat. Untuk waktu ni boleh la tulis-tulis kat buku nota. Atau lagi senang edit saja melalui CANVA.hikss (Ai pun dah buat tau)

Semoga semua impian kita dapat terlaksana yaa kawan-kawan. ;)



0 Comments