KENAPA SUPLEMEN? | WIINICHELEN

Ramai yang beranggapan suplemen ini ubat. Kita akan ambil bila sudah ada sakit ataupun bila perlu sahaja. Its totally WRONG! Ada juga yang beranggapan suplemen ini untuk mereka yang kurus, nak cantik sahaja. Itu juga adalah salah sama sekali. Once again suplemen ini ialah makanan tambahan yang kita perlu untuk mengisi jurang kekurangan nutrisi dan baik untuk mengawal sakit mahupun masalah dalam badan lebih awal.

Bagi mereka yang kata TIDAK perlu ambil sama sekali itu, entri ini Winy akan share kenapa suplemen.

1. PEMAKANAN SEHARIAN TIDAK MENCUKUPI
Ini dibuktikan oleh pakar botani apabila mereka telah membuat kajian atas lobak pada tahun 80 an, karatonoid dalam lobak pada masa itu mencecah 80% namun setelah 20 tahun kemudian ia telah turun dengan banyak sehinggan 40%. Ini menunjukkan bahawa bukan hanya nutrisi dalam makanan yang kurang namun tanah juga telah tercemar.

Rutin pemakanan pada masa kini juga semakin tidak seimbang kerana kita lebih banyak memakan makanan luar berbanding masak sendiri. Dalam kata nama lain FAST FOOD.

Ibu mengandung kebanyakan ialah working mother dan keperluan nutrisi juga kurang terjaga. Ini mengakibatkan anak dalam kandungan juga kekurangan nutrisi.

2. NUTRIEN TAMBAHAN UNTUK MENYOKONG BADAN
Makanan yang baik ialah makanan yang mampu membuatkan kita lebih sihat dan tenang. Makanan yang kita makana sehari-hari akan menambahkan lagi gula dalam darah menyebabkan tekanan darah tinggi dan stress semakin teruk.
Makanan juga di perlukan untuk tenaga namun apabila makanan yang tinggi kalori lebih banyak di ambil daripada bersukan maknanya kalori yang hilang itu lebih sedikit.
Kesibukan bekerja tiap hari juga suda mengubah masa tidur kita kepada lebih lewat. Ada yang akan tidur pada jam2-3 pagi dan bangun awal untuk bekerja. Sebab itu kenapa kita perlukan suplemen.

3. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT DISEBABKAN OLEH GAYA HIDUP
Seperti definisi suplemen, ia mengawal dan mengisi jurang kekurangan nutrien dalam badan. Apabila gaya hidup kita tidak sihat, kita lebih terdedah kepada risiko penyakit jantung, strok, kencing manis dan darah tinggi. Dengan pengambilan suplemen yang mencukupi ia akan dapat di kawal dan risiko semakin berkurang.

4. ALAM SEKITAR SEMAKIN TERCEMAR
Di tekankan lagi sekali bukan hanya udara, air dan langit yang semakin tercemar tetapi tanah kita juga semakin tidak sihat. Kita tanam sayur-sayuran yang baik sekalipun nutrien yang di serap dari dalam tanah semakin kurang. Apabila kurang manusia akan mula menyembur racun serangga dan sebagainya untuk menunjukkan kesuburan tanaman tersebut.


1. http://www.shaklee.com.my/en/about/harmony-with-nature/
2. Gladys Block, Christopher D Jensen, Edward P Norkus, Tapashi B Dalvi, Les G Wong, Jamie F McManus and Mark L Hudes.
Nutrition Journal 2007, 6:30doi:10.1186/1475-2891-6-30
Published 24 October 2007



0 Comments