Idea Tema Perkahwinan Yang Patut Anda Ketahui Winichelen Wongkin


Hai hai hai...

Kenapa titiba saja nak post pasal kawin pulak kali ni? Ahaks

Bukan Winy yang nak kawin tau korang. Tadi gatal tangan nak masuk PINTEREST. 
Ni haa mata tu tertumpu pula dengan tema-tema yang sangat cantik.haha Bulan April May ni memang ramai yang akan buat majlis kawin, sebab waktu ni kan mesti banyak cuti.hehe

Selalunya akan ada masalah nak pilih warna tema kan, bila pihak lelaki nak warna biru, si perempuan pulak nak pink. Ni baru bab kaler dah boleh bawa bergaduh. ><  Apa ka kita campurkan terus biar sama rata tak gitu. Hikks

So di sini Winy gabungkan tema-tema yang boleh di jadikan inspirasi. Cantik tu memang cantik tau tapi biarlah perkahwinan yang simple tapi jangan over bajet.


TEMA 1 : Gold, Burgundy + Navy

Untuk nampak majlis lebih elegen dan nampak mewah gabungan 3 warna ni sangat menarik. Boleh la nampak bajet-bajet retis gitew.hehe



TEMA 2: Pastel Peach + Gold

Warna ni sesuai sangat bagi mereka yang sukakan warna lembut tapi masih nampak elegen. Tak la si pengantin lelaki kekok dengan warna ni kan. Kah!











TEMA 3:PLUM + GREY

Peminat-peminat warna ungu dan kelabu, untuk nampakkan keserasian dalam majlis nanti sila lahcuba tema warna ni! Dari warna saja boleh nampak romatiknya di situ. Awhhh. Suwiiit kan 










TEMA 4: GARDEN 
Bagi mereka yang mempunyai laman rumah yang luas dan inginkan suasana kehijauan. Tema perkahwinan dalam taman ni sangat menarik. Campuran warna pastel pink dan hijau akan menampkkan lagi keceriaan.

 



TEMA 5: FAIRY TALE
Nak kembalikan segala kenangan pada zaman kanak-kanak boleh la ambil tema ini. Yang ingin realisasikan kisah percintaan mereka yang boleh sampai terbayang-bayang dan tidak dapat tidur tu sila lah gunakan tema ini. Hihi

 























2 Comments