Tuesday, 27 March 2018

Makanan Yang Patut Dielakkan Oleh Pesakit Gout | Winichelen Wongkin


Awak apa yang awak makan. Tu la gambarannya kepada mereka yang mengalami masalah gout ini. Nampak tidak serius namun hanya mereka yang mengalaminya akan tahu betapa sakitnya bila gout menyerang. Gout merupakan salah satu daripada masalah ARTHRITIS yang menyebabkan inflamasi, selalunya pada bahagian satu sendi. Gout di sebabkan oleh pengumpulan kepingan-kepingan kristal asid urik pada sendi.

SIMPTOM GOUT
  • Kemerahan pada sendi
  • Sendi membengkak
  • Kesakitan pada sendi
  • Sendi terasa menyengat dan sedikit panas.
Kaedah perubatana yang selalu dilakukan oleh klinik dan hospital ialah dengan menyingkirkan asid urik pada sendi. Gout yang kronik pula akan di berikan ubat untuk mengurangkan urik asid pada pesakit, dan kes yang teruk pembedahan akan dibuat.

MAKANAN YANG MENYEBABKAN GOUT

Disebabkan oleh kandungan purine yang tinggi dalam makanan yang menyebabkan terkumpulnya asid urik pada badan. Maka makanan seperti ini mestilah dielakkan. Apabila kandungan asid urik tinggi dan badan gagal membuangnya maka ianya terkumpul pada bahagian sendi.


 Ini antara makanan yang patut di elakkan oleh pesakit gout:

  • Alkohol
  • Ikan bilis
  • Kismis
  • Daging lembu
  • Hati
  • Sebahagian kekacang.
Semoga bermanfaat semua ")





Continue Reading

Penat Yang Menyeronokkan | Winichelen Wongkin

penat yang menyeronokkan | winichelen

Hai hai hai...

Selalu Winy akan up post tentang tips saja kan, kali ni eksited nak kongsi cerita perjalanan ke Sipitang pula. Ehmm jangan tanya kenapa eksited ni pertama kali Winy jalan ke sana.kahkahkah

Hari tu balik saja nak kongsi terus dengan korang tapi laptop pula tak ada masa tu. Sobs :( So hari ni Winy ambil masa sekejap nak buat entri.

Nak di ikutkan badan masih penat sebab balik dari kampung jumaat petang, sampai di Kota Kinabalu dah malam. Esok pula dah bergerak ke Sipitang.

Seawal jam7 pagi kami dah gerak ke sana, berpandukan google maps.haha Maklumlah ni first time kami gerak ke sana jalan memang tidak tahu. Perjalanan selama 2 jam memang riuh bila semua tak habis-habis berkongsi cerita.

Jalan jauh tak sah kalau tak bawa makanan kan, sambil mengunyah sambil ceritalah dalam kereta.hee
Perjalanan yang lancar sebab cuaca pun baik. Setibanya di sana sempat sesat juga >< yala kan guna maps saja.haha

Tujuan utama of kos datang untuk tengok sumandak (gadis perempuan) yang bakal bertunang ni. Eksited bukan kemain sebab tak sangka seorang lagi teman akan mengakhiri zaman single. Ai bila lagi? Ahaks.

Sampai saja kami dah di hidangkan dengan makanan dari family kawan Winy ni. And the most excitement moment bila dapat makan ais krim susu kambing homemade dan kolupis. Ini hasil tangan dari mama kawan Winy sendiri. Yummmy.

Ais krim susu kambing

Kelupis

Ais krim tu tak ada bau hanyir langsung dan sangat sedap. Kelupis pula nasi pulut yang di bungkus dalam daun. Bila di cicah dengan sambal memang lagi sedap. 

Tibalah acara yang di nanti-nanti kawan ai nak tonaang.haha Kat bawah ni bolehlah tengok gambar-gambar kenangan. ;)





Selesai majlis kami pun bergerak balik ke Kota Kinabalu. Until we meet again Sipitang.

That was fun!
Continue Reading

Halia 10,000 Kali Lebih Efektif Untuk Melawan Kanser | Winichelen Wongkin


Kebelakangan ini beberapa universiti perubatan telah pun mengadakan KAJIAN mengenai halia dan kanser. Hasil kajian pula menunjukkan bahawa halia 10,000 lebih efektif untuk melawan kanser. Saintis-saintis mendapati bahawa ekstrak halia membantutkan perkembangan sel kanser. Tidak mempunyai kesan negatif seperti kemoterapi juga.

SEL KANSER MATI DENGAN KEHADIRAN HALIA

Kajian juga mendapati bahawa ekstrak halia membantu mengecutkan sel kanser sebanyak 55% . Dengan kehadiran halia juga sel kanser tidak mampu untuk terus membesar dan akan mati. 

Halia juga sangat efektif untuk kurangkan radang kerana mempunyai antibiotik dan antivirus semulajadi. 

Sumber: 

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3426621

Continue Reading

Saturday, 17 March 2018

Rahsia Awet Muda Tradisional | Winichelen Wongkin

RAHSIA AWET MUDA TRADISIONAL | WINICHELEN

Semua akan mengalami penuaan. Yes itu tepat. Tetapi kalau kita di beri peluang untuk lambatkan penuaan siapa tak nak kan? Umur dah 50 an tapi rupa seperti 30 an. Memanglah awet muda sangat. Ibu-ibu terutamanya bila dah beranak pinak susah nau nak ambil masa untuk melaram. Asyik lari kesana kesini dengan uruskan anak-anak lagi dengan kerja hakiki lagi. Bila masuk cuti sekolah pula asyik neyinga saja sehinggakan kedutan dan garis halus semakin bertambah, tak cukup pula dengan penjagaan muka pigmentasi semakin banyak. Alahaii... Sedihnya hati kan. 

Untuk ibu-ibu berusia yang nak awet muda bolehlah gunakan intensive care YOUTH ini. Dengan penggunaan boleh memuda remajakan kulit sehingga 10 tahun. Like What? Hebat kan.

rahsia awet muda tradisional | winichelen



Pencuci muka shaklee terkini 3-dalam-1, tanpa sabun, pembersih pH yang seimbang .

Sangat sesuai digunakan untuk kulit kita supaya awet muda & jelita.

Ia merupakan gabungan vitamin dan polifenol yang dipatenkan dengan alga untuk
  1. Mengelupas
  2. Membersihkan
  3. Menyediakan kulit.
RAHSIA AWET MUDA TRADISIONAL | WINICHELEN

RAHSIA AWET MUDA TRADISIONAL | WINICHELEN



Dengan menggunakan pelembap muka shaklee yang senang digunakan, pergi lebih jauh daripada langkah biasa untuk mengelupas, melembap, dan menyuburkan kulit kita dengan campuran 

  1. Vitamin
  2. Polifenol
  3. Tumbuhan botani 

Dan membantu mendapatkan kulit yang cantik & cerah bersinar seperti susu
 
RAHSIA AWET MUDA TRADISIONAL | WINICHELEN

RAHSIA AWET MUDA TRADISIONAL | WINICHELEN
 
Serum Pengaktifan di dalam Shaklee YOUTH mempunyai 10 kali bahan aktif untuk memberikan langkah pembaharuan kulit yang kritikal. 

Satu campuran vitamin, polifenol, dan Kompleks YOUTH  Shaklee menyokong pengeluaran dan pembaharuan kolagen  di peringkat sel untuk membaiki parut disebabkan jerawat & masalah kulit yang lain.
 
Gunakan serum shaklee youth setiap hari siang dan malam untuk rahsia kecantikan sejati.

Ini akan menjadikan kulit kita bertindak lebih muda berseri  seri seperti pengantin baru di atas pelamin.

Tersenyum mesra & penuh keayuan dengan tarikan wanita sejati.
 

Krim Pelembap Muka Terbaik Youth Shaklee – memelihara dan melindungi kulit dengan SPF50 sebagai pelindung matahari yang dihasilkan daripada bahan semulajadi. Krim pelembap muka terbaik Youth Shaklee ni bukan saja mampu melindungi kulit daripada kesan cahaya matahari, ia jauh lebih baik daripada itu. Biopolimer marin semulajadi melindungi kulit anda daripada pencemaran.

Antioksidan yang dipatenkan melindungi daripada serangan dan kesan radikal bebas. Mineral zink oksida yang diperoleh secara semulajadi memberikan perlindungan SPF50 spektrum UVA / UVB bebas-kimia.

Vitamin dan pati minyak berkhasiat melembapkan kulit anda dan meningkatkan penampilan keseluruhan kulit anda.

RAHSIA AWET MUDA TRADISIONAL | WINICHELEN


Krim malam Youth advance renewal night cream terdapat dalam formula
  1. Kaya / pekat 
  2. Ringan. 

Perbezaannya akan maznee kongsikan di bawah.

1. Advanced Renewal Night Cream - Rich (Pekat / Kaya) 

Krim yang kaya ini bagus untuk menghidrat dan melembutkan kulit secara mendalam.

Krim malam ini dikuasakan oleh - Vital Repair+®, Lotus Japonicus, mentega shea, dan Jojoba untuk menghidrat dan melembutkan kulit.

2. Advanced Renewal Night Cream - Light (Ringan)

Bagi mereka yang lebih suka tekstur krim malam yang lebih ringan.

Dikuasakan oleh: Vital Repair+®, Schisandra, dan Lotus Japonicus.
 
RAHSIA AWET MUDA TRADISIONAL | WINICHELEN

RAHSIA AWET MUDA TRADISIONAL | WINICHELEN
 
YOUTH Radiance C + E menawarkan gabungan yang dipatenkan yang terdiri daripada 20% vitamin C tulen dan vitamin E serta ekstrak sel rasberi untuk menganjalkan, mencerahkan dan mengurangkan penampilan garis dan kedutan. 

Radiance C + E mengurangkan tanda-tanda penuaan, melembutkan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan. Untuk keputusan yang lebih baik, campurkan krim malam dengan radiance c + e.

YOUTH Radiance C + E dikuasakan oleh:

  • 20% vitamin C + E pure
  • Ekstrak rasberi
  • Untuk awet muda.
RAHSIA AWET MUDA TRADISIONAL | WINICHELEN

Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh lah hubungi 019.8312837 atau tinggalkan komen anda ")
 

 
Continue Reading

Monday, 12 March 2018

8 Cara Untuk Kelihatan Cantik Dan Awet Muda | Winichelen Wongkin

8 cara untuk kelihatan cantik dan awet muda | winichelen


Kalau di beri peluang semua mesti nak kelihatan muda sentiasa kan? Sebab itu ada sesetengah mereka yang sanggup buang beribu ringgit untuk buat pembedahan, rawatan muka yang melampau. Namun ada jalan lain selain itu tau. Sila ikuti 8 cara untuk kelihatan muda menawan ini.

1. TEGANGKAN DENGAN KOLAGEN
Kolagen ditemui di bawah lapisan kulit kita. Yang berikan struktur dan kekalkan keanjalan. Bila sentuh muka toing-toing gitu. ") Tanpa kolagen ini walaupun dengan menggunakan krim anti penuaan sekali tidak akan efektif. Tingkatkan pengambilan kolagen adalah di cadangkan kerana ia akan cantikan kulit dari dalam dan luaran, perbaiki keanjalan dan kurangkan kedutan. Penghasilan kolagen juga bertambah jika di tambah dengan Vitamin C kerana vitamin c bantu untuk sambungkan kolagen.

2. AMALKAN VITAMIN C
Vitamin C bantu untuk percepatkan proses pembaikan kulit dan hasilnya kedutan dan garis halus semakin berkurangan. Ia juga akan tenangkan kulit yang kering dan kulit yang kasar. Vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan, seimbangkan kerosakan akibat radikal bebas.

3. GUNAKAN PRODAK PENJAGAAN MUKA DENGAN BETUL
Untuk hasilkan kulit yang menawan dan cantik, prodak penjagaan juga kenalah betul. Cari prodak yang natural, selamat dan berkesan. Dari segi bahan-bahan ia akan kembalikan kejelitaan dan memperbaiki tanda-tanda penuaan agar anda kelihatan muda sentiasa. Berwaspada dengan prodak yang mempunyai bahan kimia berbahaya dan di persoalkan yang mungkin akan menyebabkan kemerahan, kegatalan dan keradangan pada kulit. Amalkan rutin penjagaan muka dengan betul, ini penting untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat.

4. BERIKAN BELAIAN PADA WAJAH
Urutan atau facial massage sebenarnya baik untuk bantu lancarkan peredaran darah dan baiki seri wajah. Ia juga bantu untuk ransang penghasilan kolagen dan keanjalan untuk kulit yang lembut dan bersinar.

5. KELUARKAN PELUH
Bersenam 3 kali seminggu atau lebih akan bantu kurangkan kehilangan otot dan bantu untuk dapatkan tidur yang lebih baik. Campurkan dan sepadankan senaman kardio untuk jantung da paru-paru manakala senaman halangan untuk fleksibiliti, fokus dan koordinasi.

6. MINUM BANYAK AIR
8 gelas sehari adalah di cadangkan untuk kekalkan hidrasi. Ini kerana bila air kurang, kulit akan kering dan akan keluarkan lebih banyak minyak untuk lembapkan muka seterusnya akan akibatkan breakout.

7. KONSIUM ASID LEMAK PENTING
Makanan yang mempunyai tinggi asid penting omega 3 dan 6 baik untuk kekalkan keanjalan dan kulit yang muda remaja, perbaiki struktur kulit dan tanda-tanda penuaan. Masukkan dalam diet iaitu salmon atau ikan yang lain untuk kekalkan keremajaan. Tahukah anda yang asid lemak penting ini digunakan dalam prodak penjagaan muka? Bahan-bahan seperti minyak zaitun, minyak jojoba mempunyai asid lemak ini untuk berikan kelembapan dan kecantikan kepada kulit.

8. LIVE AMAZING!
Berikan masa untuk buat benda yang buat kamu gembira kerana bila sentiasa ceria kita akan nampak betapa cantik dan bersinarnya wajah nanti. Berikan kegembiraan dalam hidup dengan buat perkara-perkara yang simple seperti belikan makanan kepada teman-teman kita, dengar luahan hati dan menari bersama. As simple as S M I LE !














Continue Reading

Thursday, 8 March 2018

Rahsia Kecantikan Seperti Orang Korea | Winichelen Wongkin

RAHSIA KECANTIKAN SEPERTI ORANG KOREA | WINICHELEN

Yang nak gegas ke kerja ni memang tidak sempat nak touch lelama. Bangun pagi saja memang dalam fikiran nak redah jammed dan sampai office on time. Tapi bila nak acah-acah natural beauty, jerawat bermaharajalela pula kat muka. Pedih hati tau :( nak kena lapis dengan foundation pula takkan selama-lamanya nak sorokan cela tu. 

Perabis duit beli kosmetik untuk tutup cela semata-mata. Harga pula memang standard harga prodak antarabangsa. Pelbagai skincare juga dah di guna tapi hanya menipiskan kulit dan akan memudaratkan lagi. Jerawat timbul semkin banyak. Self confidence jatuh! 

Penyelesaian terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah ini ialah dengan menggunakan skincare yang 100% dari bahan botani, selamat dan berkesan. Hanya dengan 4 langkah mudah dah dapat kesan yang super ohsem. Putih melepak dan kulit licin bagai orang Korea. Dengan 8 tahun ujian klinikal 100% pengguna merasakan perubahan hanya dalam 7 hari dan sesuai untuk semua jenis kulit.

luminous gel oil cleanser | winichelen



LANGKAH 1: menggunakan Pencuci muka terbaik dari Shaklee.

Kebanyakan pencuci muka di luar sana hanya fokus untuk satu jenis sama ada dalam bentuk gel, berbuih atau minyak.

Menariknya Luminos Gel Oil Cleanser ni gabungan minyak dan gel sekali. Waau!

Pencuci muka ni juga bebas dari sabun uolls. Kalau cuci kat muka korang sental macam mana kuat sekali pun tidak akan berbuih sebab tak ada sabun.

Tapi
Tapi
Tapi...

Ianya 3 dalam 1, pembersih ni menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk MEMPERHALUS dengan lembut, MENCUCI dan MENYEDIAKAN kulit untuk langkah yang seterusnya.

Kepada mereka yang memakai mekap nipis tidak perlukan mekap remover. Korang boleh guna pencuci muka ni saja.

BAHAN-BAHAN UTAMA
-Vital repair
-Muscadine Grape
-Ekstrak Alga Hijau

Lepas cuci muka memang toing-toing tau!

YOUTH TONER



LANGKAH 2:

Usai membasuh muka cecepat la letak toner kat muka. Selain mengembalikan ph kulit wajah,
Toner ni berfungsi untuk membersihkan sel kulit mati, menghindarkan dan membekalkan nutrisi pada kulit.

Toner juga berfungsi untuk seimbangkan PH kulit. Terlalu berasid akan ada iritasi.

BAHAN-BAHAN UTAMA:
-Vital repair
-Muscadine Grape Extract
-Ekstrak Alga Hijau

AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF 50

AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF 50


LANGKAH 3: Gunakan pelembap yang mempunyai SPF. 

Waktu pelancaran rasmi YOUTH pada 3 Feb yang lalu set youth tu tak lengkap iaitu moisturizer. Apa sebabnya?

Para saintis formulasikan pelembap khas khusus untuk orang asia, dengan SPF 50 berbeza dengan euro iaitu 30 sahaja.

Sebab utamanya tahap kepanasan di asia 2 kali lebih tinggi dari di eropah. Melalui kajian cuaca sepanjang tahun tahap kepanasan di eropah ialah dari sejuk ke sederhana. Namun di asia dari sederhana ke lebih panas.

Memang hangit la kita bila macam tu kan. So pelembap ni super special tau sebab Shaklee buat untuk orang asia.

Ia dapat lindungi kulit dari sinar UVB dan UVA. Dengan ekstrak botani yang terpilih pula untuk melembapkan kulit kita sepanjang hari.

BAHAN-BAHAN UTAMA:
-SPF 50
-Vital Repair Complex
-Muscadine Grape Extract

ADVANCE RENEWAL NIGHT CREAM

ADVANCE RENEWAL NIGHT CREAM

LANGKAH 4:  Langkah ini untuk malam sahaja. Ulang langkah 1-2.

Nak tau tak kenapa ada istilah BEAUTY SLEEP?

Sebab waktu kita tidur tu la masanya proses pemulihan dan pembaikan kulit.

Diformula khas krim malam ni untuk jadi Snow White keesokkannya. Bersinar-sinar youu..
Dengan ekstrak anggur muscadine, alga marin dan lotus japanicos akan menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur.

Campuran botani ini akan meransang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin dan cerah.

BAHAN-BAHAN UTAMA
- Vital Repair Complex
- Schisandra Chinensis
- Lotus Japanicos

 Dengan set ni korang akan dapat offer super mavelos juga tau.

Antaranya:
FREE SHIPPING
FREE MAGNIFYING MIRROR
FREE MEMBERSHIP ADD ON VITAMIN C

Pilihan bijak di tangan anda, meh grab stater set YOUTH ni kerana offer adalah terhad.
Hubungi nombor ini untuk fast respon 019.8312837

Continue Reading

Wednesday, 7 March 2018

Kenapa Perlukan Kolagen Dan Kepentingannya | Winichelen Wongkin

KENAPA PERLUKAN KOLAGEN DAN KEPENTINGANNYA | WINICHELEN


Apakah sebenarnya kolagen ini dan kenapa ia penting dalam badan?

Kolagen ni antara jaringan protin yang sangat penting yang kita jumpa dalam tisu penyambung. Erti kata nama lain kolagen ni ialah gam yang akan melekatkan antara tisu badan. Selain itu ia berfungsi untuk menegangkan dan menguatkan jaringan tisu. Boleh di dapati pada tulang, sendi dan kulit. Sebab itu kulit akan berkedut, sendi pula akan terdedah dengan kemalangan. Pendek kata kolagen yang akan membuatkan sendi kita sihat dan menjauhkan kedutan pada kulit.

Ini antara kepentingan kolagen dalam badan selain untuk kulit.

1. RAMBUT YANG SIHAT
Oleh kerana kolagen ini merupakan protin, ia sangat penting untuk dapatkan rambut yang lebat. Kolagen akan buatkan akar rambut lebih kuat, ia akan galakkan pertumbuhan rambut dan buatkan rambut lebih bersinar.

2. TULANG YANG KUAT
Untuk dapatkan tulang yang kuat dan padat atau lebih di kenali sebagai tinggi jisim tulang bukan hanya dengan kalsium tetapi juga perlukan kolagen. Kolagen akan buatkan tulang lebih mampat dan kuat. Selain itu kolagen juga akan menjadikan sendi kita lebih sihat, ini memudahkan pergerakan kita.
 
Untuk pengetahuan umum pula, kolagen dalam badan akan mula menyusut pada umur 25 tahun. Sebab itu garis-garis halus sudah mula kelihatan dan pigmentasi sudah semakin keluar.

Namun kita mampu untuk menambah bilangan kolagen dalam badan dengan memakan makanan yang kaya dengan kolagen atau mengambil suplemen kolagen yang berkesan.


Continue Reading

Cara Mudah Untuk Kecilkan Pori | Winichelen Wongkin

CARA UNTUK KECILKAN PORI | WINCHELEN

Masalah pori yang besar ini sering di alami oleh mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak. Ini kerana semakin besar pori semakin senang untuk terkena jangkitan dan tersumbat. Ini merupakan langkah-langkah yang boleh di ambil untuk kecilkan pori dan kurangkan risiko kulit naik jerawat.

Mulakan langkah dengan membersihkan pori.

1. EXFOLIATE
Ada yang kata dengan memicit jerawat ialah langkah terbaik untuk bersihkan pori. No! Bila pori rapat dan bersih blackhead dan whitehead tidak akan ada ruang untuk bermaharajalela.
Tips utamanya jangan terlalu kasar dengan kulit. Bila skrub dengan baik dan lembut ia akan keluarkan kulit yang lebih licin.

Adalah lebih baik untuk pakai wap (steam) untuk bersihkan pori. Ini kerana apabila wap yang panas akan naik dan terkena muka ia akan membuka pori dan keluarkan semua kekotoran.

2. RETINOL A
Pernah dengar mengenai retinol A atau vitamin A? Retinol bertindak untuk merapatkan pori dan menhilangkan minyak di muka. Ia juga akan membantu untuk buat kulit lebih anjal dengan meningkatkan kolagen pada kulit.

3. SUNSCREEN
Bila kita terdedah dengan sinaran matahari yang terik, banyak sel pada kulit akan musnah. Selain itu cahaya matahari juga buatkan pori kita terbuka apabila panas melanda. Sebab itu adalah di galakkan untuk memakai pelindung matahari dengan SPF 50 bagi orang asia. Apabila kita memakai pelindung matahari ini, pori lebih terjaga dan tidak akan membesar.



Continue Reading