Monday, 26 February 2018

Cara Mudah Untuk Kenali Jenis Kulit | Winichelen Wongkin



Step terpenting dalam penjagaan kulit wajah ialah dengan mengenali jenis kulit wajah dahalu.
Ingat bahawa kulit ialah organ terbesar pada badan manusia. Dengan itu pemilihan pencuci dan bahan-bahan rawatan juga sangat penting. Kulit tiap insan pula berbeza sesetengahnya boleh gunakan prodak A, ada yang tidak. Namun ada cara untuk mengenalpasti apakah jenis kulit yang anda miliki.

Kaedah pertama:

BARE-FACED METHOD
Basuh muka dengan pencuci sehingga bersih dan selepas mencuci jangan guna apapun pada muka. Hanya biarkan kulit selama 30 minit tanpa menyentuh muka juga. Selepas 30 minit periksa pipi, dahi dan hidung jika nampak bersinar. Selepas itu biarkan lagi selama 30 minit dan periksa jika terasa kering terutama bila membuat ekspresi muka seperti senyum dan lain-lain.

Jika rasa tegang, maknanya jenis kulit awak ialah normal kepada kering. Jika kulit awak nampak bersinar pada hidung dan dahi maknanya awak mempunyai jenis kulit yang normal kepada bercampur. (Normal to Combination) Bila ada sinaran pada pipi, hidung dan dahi maknanya awak mempunyai jenis kulit yang berminyak.

Kaedah kedua:

BLOTTING SHEET METHOD
Kaedah ini cepat dan berkesan untuk membezakan kulit jenis yang berminyak dan kering.
Ambil letakkan pada bahagian pipi, hidung atau dahi dan lap. Lihat berapa banyak minyak yang diserap. Jika tidak kelihatan kesan minyak pada kertas tadi itu tandanya awak mempunyai jenis kulit yang kering. Tetapi jika kelihatan sangat banyak minyak pada kertas tadi itu tandanya awak mempunyai jenis kulit yang berminyak. Manakala jika minyak hanya kelihatan pada dahi dan hidung, itu tandanya kulit jenis combination.

Berikut pula jenis-jenis kulit.

KULIT KERING

Jenis kulit ini akan terasa tegang sepanjang hari, dan mungkin ada kesan pengelupasan kulit.
Bila terdedah dengan cahaya matahari atau cuaca sejuk juga kulit akan merekahm terutama pada bibir. Jenis kulit ini adalah disebabkan genetik, faktor keadaan sekeliling seperti gaya hidup dan diet, perubahan hormon dan cuaca juga. Kurangnya minum air akan buatkan kulit semakin kering dan berlakunya dehadrasi. Dengan melakukan exfoliation tiap hari menggunakan bahan yang natural akan bantu untuk dapatkan kulit yang cantik dan licin. Ini kerana tanpa lapisan kulit mati apa pun prodak yang kita simpan kat muka akan lebih muda di serap. Pelembap yang sesuai di guna oleh mereka yang berkulit kering ialah prodak yang mempunyai bahan-bahan seperti alga marin, hyaluronic acid ini kerana ia senang di serap.

KULIT NORMAL/BERCAMPUR (COMBINATION)

Mereka yang mempunyai jenis kulit ini akan mengalami kekeringan pada bahagian pipi. Penting untuk ada pelembap tetapi tidak terlalu pekat dan berat untuk memastikan kulit lembap pada bahagian tertentu sahaja. Mereka yang mempunyai jenis kulit seperti ini tidak akan terdedah dengan masalah breakout. Tetapi di galakkan untuk buat exfoliation pada dahi dan hidung agar minyak pada muka seimbang.


KULIT BERMINYAK

Minyak yang terlalu banyak akan membuatkan pori tersumbat. Namun berita baik untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak ni kulit akan kelihatan lebih muda dan lembap kerana minyak sudah pun ada sebagai pelembap semulajadi, kedutan jua lebih lambat untuk hadir. Exfoliation penting untuk jenis kulit berminyak untuk bantu membersihkan pori dari terumbat. Tetapi keburukannya apabila ia mudah breakout. Ia juga lebih muda terdedah kepada pigmentasi.

Sedikit bonus untuk korang, ini perkongsian khas untuk mereka yang mempunyai kulit yang SENSITIF.

Menjaga kulit sensitif lebih mencabar berbanding yang lain, ini kerana kita tidak tahu mana yang akan buat kulit kita allergi atau tidak.Untuk memudahkan proses, lebih baik jika kenalkan prodak satu persatu dan lihat kesan dahulu baru cuba yang lain lagi. Tips ini perlu samada dengan kosmetik atau skincare.


So hari ini jika masih tidak kenal pasti kulit anda yang mana satu boleh la cuba kaedah di atas yaa.

Thanks for reading!







Continue Reading

Friday, 23 February 2018

Rahsia Kuku Yang Sihat Dan Berkilat | Winichelen Wongkin

rahsia kuku yang sihat dan berkilat


Dapatkan kuku yang cantik dan berkilat tanpa ke salon.

Untuk dapatkan kuku yang cantik dan sihat tidak perlu buang beribu duit untuk ke salon tiap minggu. Dengan penjagaan peribadi yang rapi dan diet yang seimbang anda boleh dapatkan kuku yang di idamkan. Jari jemari pula bebas dari bahan kimia yang berbahaya.

#1 GUNAKAN PELEMBAP

Apabila kita gunakan losyen atau pelembap tangan, kita hanya akan fokus pada tapak tangan dan belakang sehingga mengabaikan jari jemari dan kuku. Langkah terbaik ialah dengan menggunakan pelembap atau losyen yang boleh menyerap masuk di bahagian tepi kuku dan boleh di gunakan juga pada kuku. Tiap kali mencuci tangan dan mandi sila pastikan bahawa kuku akan di sapu oleh pelembap. Contoh bahan yang mujarab ialah minyak kelapa.

#2 ELAKKAN MENGGUNAKAN CAT KUKU YANG TINGGI BAHAN KIMIA

Kebanyakan cat kuku di pasaran mempunyai bahan kimia yang berbahaya seperti toluene, dibutyl phthalate, dimethyl dan diethyl phthalates. Sebaiknya baca label bahan-bahan sebelum membeli. Tips yang menarik lagi kita juga boleh beli cat kuku yang berasaskan air. Walaupun tidak dapat bertahan lama namun ia lebih selamat. Bukan keselamatan tu lagi penting? ;)

#3 GUNAKAN POLISH REMOVER YANG TERBAIK

Dah gunakan cat kuku yang berbahaya di tambah pula dengan polish remover yang tidak baik akan buatkan kuku dan jari mengalami iritasi. Gunakan acetone yang kurang merengsa kuku dan kulit dan mempunyai campuran buah-buahan kerana ia lebih selamat.

#4 DIET

Benda sekecil kuku pun sebenarnya sangat terkesan dengan corak pemakanan kita. Nak dapatkan kuku yang cantik dan berkilat adalah sangat penting untuk cukupkan protin dan iaitu asid lemak omega 3, Vitamin B untuk kurangkan kerapuhan kuku, Zinc untuk hilangkan spot putih pada kuku dan amalkan kalsium untuk jadikan kuku kuat.

#5 GUNAKAN PERLINDUNGAN

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif, tiap kali mencuci pinggan mangkuk atau membasuh kain pastikan memakai sarung tangan. Ini akan kurangkan risiko kuku patah dan iritasi.

Selamat praktikan ")










Continue Reading

Wednesday, 21 February 2018

Cara Penjagaan Untuk Jenis Kulit Berminyak | Winichelen Wongkin


Hello,

As promised Winy akan buat share tentang tips penjagaan kulit wajah dan RESULT yang Winy dapat mostly ada masalah OILY SKIN/ BERMINYAK.

Tips ni based on pool yang Winy buat yaa, jenis kulit yang lain boleh pm direct untuk tahu lebih lanjut.

Sebelum masuk pada tips Winy akan share apa masalah yang selalu di hadapi bagi mereka yang jenis kulit wajah berminyak ni.

Eeeeeewww... Baru 2 minit di bawah matahari dah boleh goreng ikan dah minyak di muka. Pakai make up tidak sampai 1 jam dah luntur dengan minyak. Tu normal dah kulit jenis berminyak kan.
Yang luar biasanya,jenis kulit berminyak ni yang akan ada tinggi risiko dengan masalah akne,blackhead, jerawat teruk. Liang pori tersangat la BESAR sebab tu senang tersumbat dan bakteria akan senang terperangkap.

Cuma sedikit berita baik untuk jenis kulit berminyak, tidak akan ketara garis-garis halus pada wajah. Pendek kata akan lambat kelihatan tanda-tanda penuaan.

Masuk pula pada TIPS.

1. PEMILIHAN CLEANSER/PENCUCI MUKA

Ramai yang silap memilih pencuci muka yang betul. Jika anda mempunyai kulit yang berminyak JANGAN PILIH pencuci muka YANG akan keringkan kulit wajah, contohnya alcohol. Looking for this type of cleanser "noncomedogenic" Ini tidak akan buat pori tersumbat.
Disini ramai yang silap, di sebabkan kulit yang berminyak of kos kita mau sentiasa kering. TAPI minyak di muka itu sebenarnya yang akan melembabkan kulit wajah. Kalau kita keringkan, LAGI banyak minyak akan di keluarkan oleh kulit untuk kekalkan lembapan.
Lagi satu, MAKSIMA 3 kali sehari cuci muka. Sekali lagi ingatkan cuci muka banyak kali akan hilangkan lembapan pada wajah.

2. EXFOLIATE/SCRUB

Disebabkan kulit yang berminyak ni akan selalu menghadapi masalah blackhead dan banyak kulit mati. Sila rajinkan scrub muka 2 kali seminggu. Ini akan bantu untuk hilangkan blackhead dan kulit mati secara natural. JANGAN PICIT PIMPLE ANDA. Exfoliation akan bantu buang sel kulit mati dan bantu keluarkan kulit yang sihat. Nak tau apa yang paling sesuai untuk scrub? Bonus untuk uolls ni, boleh pakai GREEN TEA. Really high in antioxidant! Senang jer buka uncang dan scrub.

3.KURANGKAN MAKE UP YANG TEBAL

Kulit wajah yang berminyak akan lagi kelihatan lembab cantik dan glowing jika make up nipis. Make up yang terlalu tebal akan sumbat pori dan say hi to jerawat. Seboleh-bolehnya pilih OIL-FREE products ok.

4. YOU ARE WHAT YOU EAT

Jika kulit berminyak, anda harus kurangkan pengambilan makanan yang berminyak juga. TIDAK TAHAN nak makan? Sila DETOX. Mudah kan.hihi makanan yang berminyak akan trigger minyak di muka shoo kalau nak cantik kena la korban sikit kan.

Tips tambahan juga, pengambilan suplemen seperti vitamin A dan Omega 3 sangat-sangat di galakkan. Menurut kajian, mereka yang mempunyai acne dan jenis kulit berjerawat selepas 3 bulan pengambilan suplemen kulit semakin licin dan jerawat semakin kurang.

WHY? Vitamin A akan bantu untuk pulihkan lapisan kulit dan bantu untuk kurangkan penghasilan minyak pada kulit. Omega 3 fatty acid pula akan bantu untuk seimbangkan hormon dalam badan, dan seterusnya kurangkan penghasilan minyak pada kulit.


Sekian tips dari Miss Winy.
Former acne sufferer.


Continue Reading

Tuesday, 20 February 2018

Tips/Cara Hilangkan Jerawat Dalam 1 Minggu | Winichelen Wongkin

Hello dearis untuk entri kali ni Winy khusus nak share pengalaman sendiri bagaimana nak hilangkan jerawat dengan pantas dan berkesan, seawal 7 hari dah boleh nampak perubahan. Personally Winy pun alami breakout yang sangat teruk sebelum ni. Kalau belum nampak before dan after gambar Winy boleh lah scroll posting My Daily Skincare Routine. Tapi jangan terkejut tau.hihi Untuk kali ni Winy akan kupas beberapa topik. 1. Apa acne sebenarnya dan kenapa kita alami? 2. Apa yang berkesan dan apa yang akan buatkan acne tambah teruk? 3. Cara berkesan untuk hilangkan acne buat selama-lamanya. ")

Mereka yang mengalami masalah acne ni memang sangat sensitif dan kecewa. Kadang-kadang dah pasrah dan anggap akan ada acne buat selama-lamanya. Dalam keterpaksaan tu lah buatkan kita sentiasa mencari benda yang mempunyai kesan dengan cepat! Kalau boleh nak tidur esok kulit dah licin. Cos i used be there, dan Winy sangat faham. Tapi untuk korang yang datang bertandang pada entri kali ni, korang sangat bertuah kerana Winy akan kongsi banyak input dan korang dah boleh bayangkan bangun dengan kulit yang bersih, mata bercahaya, rambut lebat dan lebih konfiden.

APA ITU AKNE?

Akne ialah kondisi kulit yang mana ia merah, sakit dan membengkak yang di sebabkan oleh pori yang terkena jangkitan dan berlaku keradangan. Ia selalunya akan berlaku pada usia remaja. Yes akne tidak membunuh. Tetapi ia membunuh KEYAKINAN DIRI. Ada 5 kategori AKNE iaitu:

1. Pori yang tersumbat.
2. Blackhead
3.Whitehead.
4. Cyst. 
5. Pimple. 

Kenapa kita alami juga ada beberapa sebab. Sila baca yang berikutnya. Ching.

APA YANG BOLEH DI BUAT DAN APA YANG AKAN BUAT AKNE TAMBAH TERUK?

Ini antara faktor penyumbang kepada masalah akne yang terbesar.
1. Perubahan Hormon. Ini berlaku pada usia remaja yang mana hormon andorgen (hormon lelaki) akan lebih banyak di keluarkan. Maka pengeluaran minyak lebih banyak. Sebab tu masalah akne ni lebih banyak berlaku pada lelaki pada usia remaja. Apa yang perlu di buat ialah dengan seimbangkan hormon.

2. Akibat kesilapan memilih skincare. Kita selalu nak bajet murah sampai lupa bahawa kita mempunyai kulit yang berbeza dan bahan-bahan dalam skincare itu juga mungkin tidak sesuai dan berbahaya. Alamatnya melayanglah kulit dapat kebun jerawat. Apa nak buat, baca label, bahan-bahan aktif pada skincare dan fahamkan. Tips selanjutnya juga kenali jenis kulit anda.

3. Masalah dalaman. Kalau kita amat titikberatkan mengenai kesihatan dalaman kita akan ketahui bahawa akne ni ialah sign bahawa kita mempunyai masalah dalaman. Boleh baca Face Maping dan Akne untuk ketahui dengan selanjutnya. Sebab itu pentingnya untuk penjagaan dalaman juga.

Next, Winy akan share pula cara berkesan untuk HILANGKAN AKNE SELAMANYA.

Yang pertama, tukarlah skincare anda kepada yang natural dan berkesan hanya dalam 7 hari. Iaitu rangkaian prodak YOUTH SHAKLEE. 

Skincare ini telah diformulasi khas oleh Shaklee yang akan menghilangkan tanda penuaan sehingga 10 tahun selepas 8 tahun kajian. 100% Wanita dan pengguna yang menggunakan Youth ini mempunyai perubahan yang baik.






 



Keduanya melalui suplemen iaitu SET KECANTIKAN SHAKLEE.

1. ESP
Memberikan tenaga berterusan, berasaskan protin tumbuhan yang berkualiti tinggi.
Protin adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan. Shaklee ESP adalah makanan lazat kaya dnegan kalsium.



2. VITA C SHAKLEE
Vitamin C ialah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai anti oksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya membentuk tubuh kita. Selain itu Vita C juga boleh menjadi sunblock untuk menentang sinaran UV dari merosakan kulit kita.



3. OMEGA GUARD
Mengandungi Omega 3-fatty acids, anti radang, mempunyai DHA (docosahexaenoic acid), minyak ikan terbaik di DUNIA. Omega ini sangat sesuai untuk stabilkan hormon dan sangat baik untuk mencantikan kulit. 


Terima kasih atas kesudian membaca.

Untuk sebarang konsultasi dan pentanyaan boleh la hubungi talian di bawah atau tinggalkan komen di bahagian bawah.

Winichelen Wongkin (1185187)
019.8312837


Continue Reading

Wednesday, 14 February 2018

Petua Melegakan Batuk Tanpa Ubat | Winichelen Wongkin





Hah? Betulkah Nenas ni mampu untuk melegakan batuk?

Kalau korang nak tahu sebenarnya Nenas ni mempunyai 5X lebih efektif berbanding dengan ubat batuk. Kajian juga menunjukkan bahawa jus nenas mampu untuk menipiskan kahak dan sangat sesuai untuk batuk.

Nenas mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi, ia juga bantu untuk halang kerosakan sel. Mempunyai serat yang tinggi untuk membantu pencernaan.

Ni nak dijadikan cerita bulan Januari hari tu memang Winy demam teruk. Gigih bongsu nak tumbuh memang sakit yang teramat. 3 hari pertama demam Winy tak boleh dengar orang cakap, dah pekak tau. Pipi pula sembab gila sebab bengkak. Rasa nak cabut saja. Tapi Winy tau kalau ke klinik pun waktu demam dan batuk teruk doktor tidak akan cabut.

Untuk demam Winy memang tidak makan ubat hospital, tak sempat pun nak jalan. Bukan nak kata anti ubat, tapi hari tu demam mengejut pagi ok petang pula dah demam.

Winy gandakan pengambilan vitamin c. Air pula memang habiskan 3 liter. Pakai sweater tebal tidur Winy simpan vicks vapor dan pakai stokin.

Sebabkan batuk juga Winy tak lah boleh harapkan vitamin c saja. Then Winy ingat dulu pernah baca kalau nak legakan batuk boleh la makan dan minum nenas. Esoknya Winy cari juga nenas kat Pick and Pay, Winy makan tanpa garam dan gula.

Boleh kata seharian tu memang makan nenas, magiknya Winy boleh rasa perubahan yang semakin baik. Batuk dah berkurang dan tak seteruk yang awalnya.

Selepas 3 hari Winy ke klinik nak cabut gigi, tapi malangnya doktor tak bagi juga sebab gigi masih bengkak dan ada jangkitan kuman. Waktu tu baru dapat antibiotik dan ubat dari hospital. ;)

Tapi ubat batuk tak ada uolls.haha

Dalam seminggu tu Winy dah hilangkan batuk dengan natural. Untuk korang yang tak sempat ke hospital atau ke klinik bolehlah cuba untuk minum jus dan makan nenas.

Semoga membantu!



Continue Reading

10 Kepentingan Vitamin C Untuk Badan | Winichelen Wongkin

10 KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK BADAN

Haiwan mampu untuk hasilkan vitamin c dalam badan. Namun manusia tidak dapat. Sebab itu kita perlu konsium.

Vitamin C ni secara keseluruhannya bukan lah untuk kulit saja. Tapi untuk kesihatan menyeluruh. Nak tahu 20 kepentingan Vitamin C untuk badan? Meh Winy share dengan korang.

1. ANTIOKSIDAN YANG TERBAIK

Vitamin C merupakan antioksidan yang terbaik untuk menyingkirkan radikan bebas. Yang mana radikal bebas ni akan mencuri elekton yang sihat dan akan membuatkan molekul tidak stabil.
Melalui kajian, ia juga perlu di amalkan secara konsisten. Dan dos cadangan pula ialah 500mg.

2. TINGKATKAN IMUNISASI BADAN

Vitamin C akan tingkatan kuasa imunisasi lebih dari nutrien yang lain. Ia akan tingkatan bilangan sel darah putih dan hasilkan interferon yang mana akan kunci permukaan sel dari virus.

3. PENYEMBUH SAKIT YANG UMUM

Untuk sembuhkan demam adalah di cadangkan untuk mengambil 2000mg vitamin c sehari, sebanyak 4 kali.

4. KURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Penyelidikan daripada Harvard Medical School membandingkan diets lebih daripada 70,000 jururawat mendapati bahawa diet yang mempunyai banyak vitamin c akan kurangkan risiko penyakit jantung. Kepada yang ada masalah jantung dicadangkan untuk mengambil 250mg-500mg sehari.

5. TURUNKAN TEKANAN DARAH

Beberapa kajian menunjukkan bahawa vitamin c mampu untuk menurunkan paras tekanan darah dalam darah. Hasil kajian juga mendapati mereka yang mengambil 240-500mg sehari adalah rendah berbanding mereka yang mengambil 60mg sahaja.

6. MENINGKATKAN KOLESTROL YANG BAIK

Kajian dari Tufts University menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap vitamin c dalam darah, semakin tinggi HDL. Rekomendasi vitamin c untuk kolestrol yang optimum ialah 250mg dan ke atas.

7. MELAWAN DIABETES

Disebabkan vitamin c ini ialah pelawan kepada radikal bebas yang terbaik, ia juga akan melawan kesan diabetes juga. Bagi pesakit diabetes ini cadangan dos ialah 100mg ke 8000mg bergantung tahap.

8. MENGELAKKAN KATARAK

Kajian dari Harvard menunjukkan wanita yang mengambil 300-600mg vitamin c tiap hari untuk 10 tahun dan ke atas, masalah katarak berkurang sehingga 70%.

9. MENGELAKKAN DAN MERAWAT GUSI BERDARAH

Bagi mereka yang mempunyai masalah gigih berdarah sangatlah digalakkan untuk konsium vitamin c. Dos yang di cadangkan ialah 500mg-1000mg.

10. BERTINDAK SEBAGAI PELINDUNG CAHAYA MATAHARI

Untuk tingkatkan ketahanan tubuh melawan cahaya matari yang kuat, antioksidan sangat di perlukan. Pengambilan sebanyak 1000mg adalah disarankan untuk menghalang dari radikal bebas yang merosakkan kulit.

Happy reading uolls!

 


Continue Reading

Tuesday, 13 February 2018

3 Resepi Infused Water Untuk Kurangkan Berat | Winichelen Wongkin




Kita sedia maklum bahawa minum air tu sangat penting, tetapi nampak agak sukar bagi sesetangah orang. Ramai yang akan minum hanya ketika mereka sudah berasa dahaga. Namun sebenarnya ini adalah tidak digalakkan. 

So, untuk mereka yang tidak dapat capai sekurang-kurangnya minima 8 gelas sehari bolehlah cuba praktikan INFUSED WATER ni. Kanapa infused water sangat baik untuk gantikan air kosong? Pertama rasanya yang sedap sebab ada campuran buah-buahan di dalam sir. Selain itu, buah-buahan juga sangat baik untuk tubuh badan. Minuman ni juga sangat sesuai untuk detoks kan badan dan untuk turunkan berat. Kos infused Water ni pun sangat murah!

Cara buat pula amatlah mudah. Hanya sumbat kesemua bahan di dalam jar dan dah siap! Korang boleh gunakan bahan-bahan yang korang minat. Macam Winy sendiri, Winy akan ikut kesesuaian dan citarasa.hihi

Untuk entri kali ini, Winy akan kongsikan 3 resepi untuk korang. ;)






#1. LEMON ORANGE LIME

  • 1 biji Lemon
  • 1 biji Oren
  • 1 biji Limau Nipis
 #2. LEMON PUDINA RASBERI
  • 1 biji Lemon
  • 2-3 helai daun Pudina
  • 5-10 biji Rasberi

#3. LEMON PUDINA TIMUN
  • 1 biji Lemon
  • 2-3 helai daun Pudina
  • 1 batang Timun
Hiriskan atau potong mengikut citarasa dan masukkan dalam botol atau jar. Seterusnya Masukkan dalam peti ais untuk di sejukkan dalam 2-3 jam. Kalau di biarkan semalaman juga sesuai. Sebab lebih lama ia dibiarkan lebih baik.

Untuk korang yang belum pernah cuba dan ingin mencuba resepi ni jangan lupa untuk kongsikan gambar dan simpan #WinichelenBlogspot.

Selamat mencuba!


Continue Reading

Thursday, 8 February 2018

Shaklee Youth Skincare- February Promo | Winichelen Wongkin





YOUTH SHAKLEE ON PROMO!!!

Khas untuk korang yang nak dapatkan diskaun maveles sebanyak 43%.

Hanya dengan YOUTH daripada shaklee 😊
==========

🌿Youth dicipta setelah 8 tahun kajian terperinci oleh para saintis dan pakar kulit shaklee
🌿Youth Complex bertindak pada peringkat sel, dan memperbaharui sel kulit pada kadar 10x ganda lebih cepat
🌿Sesuai untuk semua jenis kulit
🌿Sesuai untuk semua peringkat umur dari 20-70 tahun (based on study tadi jgak)
🌿Sesuai untuk semua etnik
🌿Sesuai bukan sahaja untuk perempuan, tetapi juga untuk lelaki
🌿Produk macam ni of coz telah dipatenkan (ada 8 patents/pending)
🌿Bebas kekejaman, tiada ujian ke atas haiwan dan hanya menggunakan sumber tumbuhan semulajadi (It's Shaklee kan?)
🌿Bebas dari 2500 bahan kimia yang dipersoalkan
🌿Bebas gluten

Ada lagi yang nak YOUTH?

“YOUTH LOOK YOUNGER LONGER”
Continue Reading

Tuesday, 6 February 2018

My Dream Small Office Home Office (SOHO) | Winichelen Wongkin











Hari ni buang masa sikit untuk godek-godek gambar SOHO.

Salah satu IMPIAN yang paling Winy nak buat, iaitu ada opis dalam rumah.
Winy nak SOHO yang ada dinding besar (waktu ni dah ada rumah impian ai) untuk letak gambar tidak kira la gambar my Tim, family, kengkawan, travel dan etc. Lagi satu Winy boleh conteng dinding tu.

Di sanalah semua task, semua planning yang Winy nak buat sepanjang tahun.

Kat dinding tu juga nak lekat 1 peta dunia, tiap kali Winy dah visit negara tu Winy akan lekat sticker.
Atas meja ada satu PC khas untuk bisnes saja. Ada mesin cetak borang poslaju sebab waktu tu parcel dah berguni-guni keluar dalam rumah.

Time ni dah ada PA dan staff yang uruskan penghantaran sebab ai nak sangat berkongsi rezeki. Ai pula fokus pada planning dan coaching.

Sebelah meja pula ada satu rak untuk simpan barangan Shaklee saja.
Tidak lupa satu kabinet khas untuk simpan semua trofi dan awards dari Shaklee 😍
Semoga dipermudahkan segalanya ini impian Winy 2 tahun akan datang 😇 doakan Winy yaa semua.

Continue Reading

Monday, 5 February 2018

February Promotion | Winichelen Wongkin





Bulan ni bulan bertuah bagi mereka yang nak peloles dan cantik!

Sebab PROMO SHAKLEE COLLAGEN POWDER kembali lagi! Kali ni ada add on Vita C Shaklee pula. Memang Ohsem tau.

Dengan pembelian satu set Fabulous Feb ni korang layak untuk dapat 10% diskaun ;)

Memang murah sesangat uolls.

Bagi korang yang belum tau kenapa combo set ni sangat daboom. Meh Winy share manfaat Kolagen Shaklee dan Vita C.

ANTARA KEBAIKAN DAN KELEBIHAN COLLAGEN :

🌸 Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
🌸 Memelihara kelembapan kulit
🌸 Mengecutkan jerawat
🌸 Menghilangkan jeragat
🌸 Menyokong baik pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
🌸 Menguatkan otot dan tulang
🌸 Mengatasi masalah keguguran rambut dengan menguatkan akar rambut dan membantu pertumbuhan rambut baru
🌸 Membantu hati dalam proses detoksifikasi
🌸 Memelihara kelenturan sendi
🌸 Mengurangkan keradangan (inflammation)
🌸 Mengatasi masalah sukar tidur
🌸 Mengurangkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf

Ini pula ANTARA KEBAIKAN DAN KELEBIHAN VITA C SHAKLEE:

🌷bertindak sebagai natural collagen booster
🌷mengecilkan pori muka
🌷mengecutkan jerawat
🌷mengawal pembentukkan jerawat
🌷mencerahkan kulit
🌷mengurangkan sunburn
🌷boost imune sistem untuk melawan penyakit
🌷boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin

Vita C pula sangat jimat uolls, dalam tu ada 180 biji boleh tahan sampai 6 bulan setahun beli 2 kali sahaja.

Best kan.

Ni nak share pula antara testimoni pengguna Kolagen dan Vita C.






Testimoni pengguna tegar Kolagen shaklee






Testimoni Set Kecantikan Shaklee


Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Winy melalui nombor ni 019.8312837

Thanks.

Warmest regards,
Winichelen @ElysianEmpire



Continue Reading