Friday, 17 November 2017

Alfalfa Raja Segala Makanan | Winichelen Wongkin

Alfalfa Raja Segala Makanan | Winichelen Wongkin



Untuk sesetengah orang, alfalfa ni bunyi semacam jer boleh cakap dah tahap alien. Nak cakap pun memang errrgh nak tak nak saja. Tetapi, alfalfa ni boleh kata rumah api di antara semua jenis herba, “Above all else” herba, nak di katakan.

Kadang-kadang ia di panggil Herba Kerbau  atau nama sanitifiknya Medicago Sativa. Alfalfa pula bermaksud Raja segala makanan dan layak untuk dapat gelaran ni. Alfalfa mengandungi pelbagai mineral termasuk zat besi, kalsium, magnesium, fosforus, sulpur, klorin, sodium, potassium silicon dan beberapa lagi jenis elemen. Selain itu, ia juga sumber vitamin E, Vitamin C dan K yang sangat sesuai untuk pembekuan darah.

Alfalfa juga mempunyai asid amino yang penting, yang mana tidak dapat di hasilkan oleh tubuh badan dan akan di perolehi daripada sumber makanan. Alfalfa ni senang untuk di asimilasi dan digunakan sebagai vitamin asas dan suplemen, ia juga sangat kaya dengan klorofil dan yang tertinggi di antara semua jenis tumbuhan. (Buktinya ia di gunakan dalam bentuk cecair klorofil yang sangat kaya dengan nutirisi)

Antara kegunaan alfalfa:

1. Mencuci darah
2. Membantu mengurangkan gejala alergi
3. Membantu untuk mempercepatkan pembekuan darah
4. Bantu untuk menyelesaikan masalah pencernaan
5. Membantu untuk mengurangkan morning sickness
6. Memabnatu untuk melambatkan kerosakan gigi
7. Sumber vitamin K, dan akan meningkatkan vitamin K dala badan bayi jika ibu meminumnya pada awal kelahiran.
8. Sebagai milk booster
9. Bantu untuk kurangkan masalah gout
10. Membantu untuk selesaikan mzasalah athritis
11. Kurangkan masalah kolestrol
12. Bantu selesaikan masalah prostat dan bladder

Alfalfa ini digunakan dalam perubatan untuk kurangkan masalah kolestrol dan tekanan dalam darah.

Dengan kadar alkali yang tinggi, ia sesuai untuk mengurangkan tahap gula dan di gunakan sebagai detox agen atau agen menyahtoksin terutamanya pada bahagian sendi yang bermasalah. Alfalfa ini ialah sumber makanan yang sangat baik dengan kandungan nutrisi yang tinggi, dan tiada masalah untuk di ambil oleh kanak-kanak dan ibu mengandung. Namun masih perlukan nasihat doktor untuk mengambilnya.

Tetapi sebagai peringatan alfalfa hanyalah pelengkap kepada jurang kekurangan nutrisi dalam erti kata nama lain ianya bukan UBAT. Gunakan apa pun kenalah pakai ikut keperluan. Stay HIP!

Baca juga:



References
Diamond, Marilyn (1990). The American Vegetarian Cookbook from the Fit For Life Kitchen. New York: Warner Books. p. 379. ISBN 0-446-51561-2

The Facts About Alfalfa, Melissa Kaplans' Herb Care. Anapsid.org. Retrieved on 17 October 2011.
Nutrition Research Center, Alfalfa Nutritional Value Archived 14 April 2010 at the Wayback Machine.. Nutritionresearchcenter.org (21 March 2008). Retrieved on 17 October 2011.

"Understanding Autotoxicity in Alfalfa". Uwex.edu. Archived from the original on 14 June 2011. Retrieved 29 June 2011.


Continue Reading

Suplemen Bukanlah Ubat | Winichelen Wongkin


Suplemen Bukanlah Ubat | Winichelen Wongkin

Banyak kali dapat soalan macam ni, “Macam mana nak makan ubat ni?” apabila dah hantar order dengan pelanggan Winy. So yaa, macam tajuk kat atas tu, suplemen bukanlah ubat seperti yang ramai sangkakan. Pentingnya untuk ketahui perbezaan kedua benda ini supaya korang tidak keliru.

UBAT
Secara amnya, menurut U.S Food & Drug Administration (FDA) menyatakan bahawa ubat yang baru di keluarkan adalah tidak selamat sehingga di buktikan melalui ujian klinikal. Dan FDA ini perlu sahkan apa-apa jenis ubat yang baru sebelum ianya di benarkan untuk di pasarkan di US. Ujian klinikal ini adalah kajian yang dijalankan di bawah kelolaan dan sangat ketat ke atas sukarelawan. Ujian ini juga mesti di lakukan ke atas semua jenis ubat-ubatan, walaupun ubat-ubatan yang di jual di kaunter-kaunter (Tanpa kebenaran pakar). Pengesahan FDA ini memerlukan bukti kajian secara berperingkat dalam beberapa kajian. Kajian ini membuktikan bahawa ubat-ubatan tersebut adalah selamat dan efektif untuk digunakan. Kenapa kena ikut FDA? Jawapannya ringkat, sebab badan ini bertanggungjawab untuk mengklasifikasikan kategori makanan dan sahkan yang mana satu selamay dan tidak selamat.

SUPLEMEN/MAKANAN TAMBAHAN
Makanan tambahan pula, mengandungi bahan-bahan seperti vitamin, mineral, herba, asid amino dan enzim. Makanan tambahan atau suplemen ini di jual dalam bentuk tablet, kapsul, gel lembut, serbuk dan cecair. Sesetengah suplemen boleh membantu untuk mengisi jurang yang sepatutnya di perlukan oleh tubuh tetapi tidak mencukupi, nutrisi ini di gunakan oleh badan untuk berfungsi, selebihnya pula boleh mengawal risiko penyakit. Tetapi supplemen tidak akan menggantikan makanan yang sememangnya di perlukan untuk diet seimbang. So, korang kena pastikan untuk pelbagaikan makanan.
Jika anda tidak memakan, makanan yang berkhasiat suplemen akan membantu untuk cukupkan keperluan nutrisi tersebut. Walaubagaimanapun, suplemen tidak boleh mengambil alih keseluruhan diet harian kita.

KESIMPULAN
Ubat-ubatan tidak di sahkan selamat selagi tiada bukti dan hasil kajian, manakala suplemen pula selamat sehingga di buktikan tidak selamat. Oleh itu, di harapkan dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak pengetahuan keada kita dan dapat mengambil tahu apa bezanya ubat dan suplemen. Stay HIP!
Continue Reading

Wednesday, 8 November 2017

ESP Shaklee | Winichelen Wongkin


ESP Shaklee | Winichelen Wongkin



ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

Memberikan tenaga berterusan, berasaskan protin tumbuhan yang berkualiti tinggi.

Protin adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu-bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan. ESP Shaklee ialah makanan lazat kaya dengan kalsium.

Keistimewaan Shaklee

Shaklee menggunakan protin soya yang tidak di ubahsuai secara genetik (Non-GMO) di bawah program pengekalan indentiti (IPP). 
Setiap hidangan membekalkan 14 gram protin berasaskan tumbuhan. Dan Protin tumbuhan akan kurangkan paras kolestrol dalam darah.
Membekalkan 9 jenis asid amino.
Tinggi tahap kalsium yang membantu perkembangan tulang yang kuat.


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Continue Reading

Vitalea Iron Plus Shaklee| Winichelen Wongkin

Vitalea Iron Plus Shaklee| Winichelen Wongkin



Nutrien Penting Untuk Kesihatan Optimum

Formulasi yang di cipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, Beta kerotena untuk perlindungan anti oksidan.

Vitalea mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang di perlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.

Keistemewaan Shaklee

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama di A.S. Dari asas inilah terhasilnya Vitalea.


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.
Continue Reading

Vivix Shaklee | Winichelen Wongkin

Vivix®


Minuman Botani yang Lazat


Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeerberi Eropah dan Lobak Ungu.

Keistimewaan Shaklee
Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur mucadine- salah satu buah-buahan semual jadi paling sukar di perolehi dan paling berkuasa. Anggur Muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang di temui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elaitanin yang apabila di gabungkan dengan polifenol lain menghasilkan kuasa anti oksidan yang sangat kuat.

Di Shaklee, kami memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tingi dan mengekalkan polifenol.

 Item Code DescriptionSize Unit Price (RM)
Peninsular
Unit Price (RM)
(Sabah & Sarawak)
10320Vivix®150m- -
Continue Reading

Tuesday, 7 November 2017

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin




Hi dearies ;) 
 Sebabkan sekarang ni haru dengan majlis konvokesyen tidak kira la universiti  awam dan swasta Winy eksited nak cerita pengalaman pertama sambut Majlis Konvokesyen di UNIMAS pada tahun 2014.

Waktu ni Winy baru sahaja habiskan tahun 1 di Unimas. Tahun sebelumnya ada gak tapi tidak rasa aura nya kot tu Winy pandang sebelah mata ajer. Sombong kan.haha

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin




CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin




CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin
Muka-muka tak balik cuti semester ><
Tahun tu konvo jatuh pada hujung bulan oktober, selepas cuti pertengahan semester. Memandangkan Winy tidak balik kampong, kali ni ambil la peluang nak join aktiviti kolej. Niat asal nak joined sebab nak kumpul MERIT. Budak-budak hostel je yang tau susah nak kumpul merit ni tau! Haha

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin
Ini antara PROPS yang kami pakai pada waktu persembahan kelak

So yaa untuk pengetahuan uolls Winy stay kat KOLEJ SAKURA. Kolej ni semua  Sumandak (gadis/perempuan) saja yang stay. 

Bermula lah kisah buat latihan menari. Kalau korang nak tau Winy ni dalam bab-bab menari  adooi memang hancurrr. Yala tak pernah menari ni, keras sangat boleh jadi tunggul kayu.haha Hari tu nekas sahut cabaran. Fuhh... Merecik peluh.

Minggu satu buat latihan badan susah nak goyang, apa lagi ingat step. Fening sungguh otak dan badan tidak dapat buat rentak yang sama. Bayangkan kena hafal step dan pergerakan dah tu kena synchronize dengan lebih dari 40 orang. Mencabar sungguh.

But once u started it u must finish it!


Kami buat latihan dari jam8 malam sampai 1 pagi tiap hari. Siapa kata tidak penat, dah gi kelas dengan assignment yang bertimbun lagi. Dah habis cuti pertengahan semester tu kena hadap ujian pertengahan pula. Maak aiii memang sibuk nau-nau kan. But WE DID IT!

Info emas untuk korang, citrawarna ni di adakan sempena majlis pembukaan konvokseyen dan merupakan pertandingan yang di sertai oleh kolej-kolej kediaman di dalam UNIMAS dan terbuka untuk luar juga.  Penyertaan keseluruhan ialah sebanyak 12 pasukan yang terdiri dari 6 buah kolej di UNIMAS dan 6 buah sekolah di sekitar Kuching.

Hadiah menarik sungguh tau, piala kejohanan, piala pusingan, hadiah berupa wang tunai pun ada!

Pada petang 29 OKTOBER 2014, bermula la sesi mekap dan persediaan untuk malam pertandingan. Ni first time Winy pakai mekap tebal, ni first time nak buat persembahan depan beribu orang yang ada LIVE STREAMING kat Youtube. Erghhh neves sangat.


CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin
CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin

Dah la team kami dapat giliran yang ke 12, tiap pasukan kena buat persembahan selama 8-12 minit. Nak patah kaki ni tunggu tau, lutut pun gegar bila giliran dah semakin dekat.haha
Walla dah siap buat persembahan. Peluh merecik kat badan sebab bersemangat sungguh waktu tu. Semua menari dengan penuh senyuman.

And you want to know what? We WON!!!

Memang penat lelah tu terbayar tau, dapat pegang piala pusingan dan kejohanan, dapat wang tunai sebanyak RM2,000 berserta Award untuk susunan lagu terbaik. Maveles ;)

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin

CITRAWARNA UNIMAS 2014- Unimas Confest | Winichelen Wongkin

Sampai di sini saja sharing Winy, harap korang enjoy reading.hehe
Salam sayang.

Continue Reading

Sunday, 5 November 2017

About Me

Helo, salam perkenalan dari saya.
Winy baru saja mulakan dunia blog ni. Dah ketinggalan jauh dah kan.haha Tapi tak pa better late than never gitu tu.hihi

Winy baru saja menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kewangan di Universiti Malaysia Sarawak pada tahun lalu. Still freshie la tu kan.hikhik





Passion Winy dalam kesihatan dan kecantikan. Sho winy nak bantu lebih ramai lagi untuk ke arah itu.
 
Bulan Oktober yang lepas Winy ranked up sebagai Supervisor dalam Shaklee, dan akan terus berjuang untuk melahirkan ramai leaders di bawah Elyisan Empire.


Winy merupakan pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan menggatal. COD is available tapi kena inform awal yaa. Postage seluruh Malaysia dan luar Negara .




Whatsapp: 019-8312837
Instagram: winichelen.wongkin


Last but not least semoga pembaca akan enjoy dan dapat manfaat dari blog ni ;)



Continue Reading